Gembira Sambil Menderita

Huang Shaotian tidak mahu berkata apa-apa!

Para wartawan sangat teruja. Ini adalah satu cara yang begitu kuat untuk meluahkan emosinya! Jika ini adalah orang lain, mereka pasti akan menggunakan pelbagai kata-kata, ekspresi atau mungkin air mata untuk menunjukkan betapa sedih dan kecewanya mereka dengan keputusan ini. Huang Shaotian cuma memerlukan satu ayat sahaja, "Saya tak nak cakap apa-apa."

Ini adalah contoh terbaik bagi kata-kata "Diam seribu bahasa." Ramai wartawan sudah memutuskan yang laporan hari esok akan berdasarkan ayat Huang Shaotian ini. Biarpun Huang Shaotian tidak ada apa-apa untuk dikatakan tentang kekalahan ini, adakah perasaan marah dan kecewa Blue Rain terhadap perlawanan ini perlu diterangkan?

Namun, emosi Blue Rain hanya menegaskan lagi kehebatan kemenangan Samsara.