"Jay, cepat bangun nanti lambat ke sekolah"jerit Datin Bobo dari dapur. Dia memang sudah masak dengan perangai anaknya itu, Jay suka tidur lewat malam dek bermain permainan video dan kadang-kadang Jay akan tidur sejurus mendengar azan subuh yang dikomandangkan dari surau berdekatan. *squash*
Tiba-tiba setimba air menyimbah wajah kacaknya itu. Tahulah dia bahawa itu kakaknya,Jasmin, punya angkara. Kakak Jay memang garang tambah-tambah selepas kematian bapa mereka,Dato Zack, 2 tahun yang lepas. Jasmin mahu dia menjadi anak yang berguna pada ibunya.
"Kau pekak ke apa, mama dah berbuih mulut jerit nama kau, dah la hari ni hari pertama kau sekolah menengah, kau ingat same ke macam zaman ribena kau dulu".Jasmin memulakan bebelan. Jasmin adalah anak yang rajin dan bersopan santun, cuma dia perlu berkeras dalam mendidik adiknya, lagi lagi selepas kematian dadynya.
"Kak Min ni bising jelah, pagi hari pertama 2016 akak dah membebel". Selamba Jay membalas bidikan kakaknya itu.
"Aku bebel untuk kebaikan kau, kalau nak tunggu kau bangun alamatnya memang ponteng lah kau hari pertama, dah cepat pergi mandi siap siap nanti akak hantar kau".
Jay dengan malas dan tak ihklas bangun mencapai tuala yang tersangkut kemas di dinding. Dalam perjalanan ke bilik air sempat lagi dia membuang tahi mata yang menumpang di kelopak matanya dan mengorek tahi hidung. Jasmin sudah lama meninggalkan bilik adiknya itu. Jasmin tidak mahu Jay mengulangi kesilapannya hingga dia dibuang dari sekolah 3 tahun yang lalu semasa dia di tingkatan 4, Dato Zack malahan tidak membenarkan Jasmin menyambung pelajaran ke mana mana sekolah lain kerana malu.... (bersambung) n.k. nak tahu kesilapan apa yang dibuat oleh Jasmin... sila tunggu bab2.