"Kurang dari sebulan karnival U nak mula, ada apa-apa cadangan?" tanya salah seorang dari senior yang bertanggungjawab mengendalikan karnival itu, " kita ni club catur mesti fikir sesuatu di luar kotak baru nampak bijak, sesuatu yang akan menaikkan lagi nama club catur ni supaya lebih ramai yang masuk nanti" Amy membalas," betul juga kata Amy itu tapi apa? " ha aku tahu bukan ke kita ada 'face of the group' ke dalam club kita, kita minta tolong dia jaga gerai biar ramai orang datang semata-mata nak bergambar dengan dia" kata Amy, ' face of the group? siapa pula desis hati Asya "mesti dia tak naknya. dia tu bukannya suka buat kerja macam ni, setiap tahun mesti dia cuma duduk dan hanya melakukan kerja yang ringan sahaja" senior itu berkata, baru Asya hendak membuka mulut Amy pun memotong " tu dia datang.." Asya menoleh ke belakang untuk memandang siapa ' eh tu bukan ke Hafiz ke? sejak bila pula dia masuk club catur ni?' dengan nada yang perlahan. Hafiz datang menuju ke arah tempat mereka berkumpul dan mengambil tempat di depan Asya, " biar saya yang buat" kata Hafiz, buat apa pula ni, mereka menunjukkan reaksi tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Hafiz itu, Hafiz memandang dan ketawa " biar saya yang jual di kedai kita tu nanti, tapi saya mahukan dia dengan saya" Hafiz mengangkat tangan dan menunjuk ke arah Asya. AKU?? Asya kebingungan dan bertanya " kenapa saya, awak banyak lagi kawan yang boleh diajak?" belum sempat Asya menghabiskan ayatnya semua sebulat suara mengatakan setuju dengan apa yang Hafiz minta, dia hanya senyum apabila mereka setuju " kalau macam tu saya minta diri dulu" Hafiz pergi meninggalkan sesi perbincangan tersebut, dengan tidak puas hati Asya berkata " kenapa setuju, banyak lagikan orang lain dia boleh dia jadikan pembantu dekat sana kenapa saya yang kena jadi pembantu dia pula?" dengan riak muka tidak puas hati, " alah Asya kali ni saja tolonglah lagipun bukan untuk orang lain untuk kita juga" haih semua buat muka kesian ni, nak tolak tak sampai hati pula, akhirnya Asya setuju dengan cadangan itu tadi, " karnival kali ni akan jadi karnival yang paling meriah dalam sejarah!" teriak Amy dengan nada yang gembira, Asya hanya tersenyum melihat gelagat kawannya itu, " eh dah lambat ni, saya minta diri dulu ya, saya kena balik awal kerana ibu saya nak datang rumah harini" Asya mengemas barang dan pergi.
Berlari-lari Asya apabila melihat ibunya berada di kawasan perumahnnya itu "ibuuuu" ibunya berpaling " lambat balik harini", "Asya ada kerja sedikit tadi, maaf ibu" balas Asya yang keletihan akibat berlari tadi," yalah jom masuk ibu nak masak sikit lagipun ada hal yang ibu nak cakap dengan kamu sikit ni" hal? macam penting je bunyinya sampai datang sini cari aku, " hal apa ibu?" " nanti ibu cakap masuk dulu mandi badan dah bau macam apa dah" ibu menarik aku masuk ke dalam rumah " ibu nak masak sekejap, sambil nak kemas barang dalam peti ais, kamu naik atas dulu mandi lepastu buat apa patut dekat tu" ibu sudah memberikan arahan maknanya aku kena buat " baik ibu" kata Asya lalu melangkah pergi. Selesai mandi Asya sarungkan baju tidurnya sebelum turun ke bawah " dah siap ke ibu?"jenguk Asya melihat ibunya yang sedang menyusun makanan di atas meja makan," dah marilah duduk, ibu nak ambil ibu sekejap" Asya hanya duduk dan mengangguk faham, banyaknya ibu masak kata Asya , ibunya yang datang bersama air duduk di hadapan Asya " saja ibu nak masak unutk anak ibu yang bongsu ni tu tengok tu" ibunya menunjukkan lauk kegemaran Asya iaitu ayam masak merah " wau, terima kasih ibu sebab masak untuk Asya " kata Asya dengan nada yang gembira, ibu menyedokkan nasi ke dalam pinggan Asya dan makan bersama-sama Asya, tiba -tiba ibunya memecahkan kesunyian apabila mereka sibuk makan ketika itu," Asya ibu nak cakap ni, ibu nak Asya kahwin ", Asya memandangnya pelik, aku ni silap dengar ke ibu yang salah cakap? Asya menanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, " ibu cakap apa ibu?" " ibu nak kamu kahwin dengan pilihan ibu" tersembur makanan dari mulut Asya dia pasti dia tidak salah dengar kali ni," apa yang ibu merepek ni, kenapa tiba-tiba nak Asya kahwin ?" tenang sahaja ibunya menjawab soalan Asya " sebab ibu nak tengok kamu kahwin awal, tu harapan ibu, Asya jangan kecewakan ibu ya sayang" Asya yang terpinga-pinga hanya diam seribu " Asya cakap Asya akan setuju kalau ibu yang carikan pasangan untuk Asya"," memanglah ibu tapi Asya tak kenal pun siapa dia tu, dia pun belum tentu kenal Asya, takkan la ibu nak Asya jadi janda dalam usia yang muda ?" keluh Asya rasa nak menangis pun ada, " ibu yakin dia tidak akan buat Asya macam itu, dia baik orangnya, takkanlah ibu nak anak ibu kahwin dengan orang yang bukan-bukan, percayakan ibu ya sayang"Asya hanya mengangguk faham dan berkata " tapi kalau dia tak setuju Asya pun tak setuju"," tapi dia cakap dia kenal Asya" ibunya berkata lagi "tidak mengapalah Asya nampak penat, pergilah rehat dulu, ibu nak kemas-kemas lepastu itu nak balik rumah ibu, ada kerja yang ibu perlu siapkan", " tidak mengapa ibu , ibu balik sahaja, biar Asya yang kemas, ibu pun mesti penat lepas balik kerja terus datang sini" ," baiklah kalau macam tu ibu balik dulu" Asya menghantar ibunya ke pintu hadapan dan melambai tangan sehingga ibunya tinggalkan kawasan perumahannya itu. Asya menutup pintu dan menuju ke biliknya, badannya terasa amat penat dan berat dia memerlukan tidur Asya pergi ke katil dan menutup lampu meja, tetapi dia tidak dapat tidur dengan lena kerana perbualan dia bersama ibunya tadi masih bermain dalam fikirannya, 'kahwin?' lelaki itu kenal aku? 'tapi siapa?'.