Dari jauh Hafiz memerhatikan Mira yang teragak-agak untuk datang ke gerai mereka, Asya yang terkejut melihat Mira tersebut segera memanggilnya "Mira? Syamira ke tu?" tanya Asya ragu " ya, saya Mira, awak kenal saya ke? " tanya Mira kembali " macam mana saya tak kenal awak ni kan perempuan yang paling cantik masa sekolah dahulu, takkan saya lupa, saya Asya" jawab Asya dengan nada yang gembira, gembira kerana berjumpa kembali dengan kawan lamanya " Asya " oh ya Asya, lama tak jumpa boleh pula kita berjumpa di Universiti yang sama " balasnya kembali " mari jemput duduk, ada banyak perkara yang saya nak tanya pasal awak sebab lama tak dengar khabar berita ingat ke dah kahwin" rancak Asya berborak dengan kawan lamanya itu sehingga memasuki topik lain, Mira bertanya " itu siapa? " tunjuk Mira, Asya yang tertanya-tanya memusingkan kepalanya untuk melihat " oh itu Hafiz, kenapa nak berkenalan dengan dia ke? " tanya Asya kembali " eh taklah saya tanya je lagipun saya malulah nak bertegur dengan dia" jawab Mira, Asya yang tahu Mira menaruh hati kepada Hafiz segera menarik tangannya menuju ke arah Hafiz, "Hafiz ni Syamira awak boleh panggil dia Mira" Hafiz yang leka melakukan hal lain memandangnya dan berkata "tahu"lalu sambung melakukan halnya kembali, Asya pelik 'tahu? Mereka pernah berjumpa ke? ' desis hatinya "cantikkan dia" tanya Asya lagi menginginkan respon yang positif dari Hafiz takut melukakan hati kawan nya itu, Hafiz memandang Mira lalu menoleh ke arah Asya lama mereka bertentang mata, Asya tiba-tiba merasa tidak selesa segera ingin membuka mulut tetapi Hafiz dulu berkata " awak lagi cantik" terkejut Asya apabila Hafiz berkata begitu terus Asya ketawa " kelakarlah awak ni saya tanya lain awak jawab lain" ketawa nya kembali tetapi Hafiz memandang nya dengan pandangan yang serius terus terhenti ketawa Asya " jom Mira kita pergi duduk sana dulu ada pelanggan datang saya kena melayan mereka dulu" segera Asya menarik tangan Mira pergi menjauhi Hafiz, Hafiz yang tidak berkata apa-apa selepas itu biarkan mereka berlalu pergi, ada sedikit kekecewaan pada riak wajah Hafiz apabila Asya pergi begitu sahaja tetapi dia pelik ' takkan dia tak tahu lagi yang aku ni bakal suami dia? ' Hafiz mengeluh perlahan perlu ke dia memberi tahu perkara ni atau biarkan sahaja Asya mengetahuinya sendiri, bingung dibuatnya, Hafiz melakukan kerja yang tertangguh tadi dengan leka tetapi sempat berfikir sejenak 'ke patut bagi tahu dia malam nanti semasa persembahan? Okay malam ni juga aku bagitahu' Hafiz yang sudah membuat keputusan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dia ingini.