part7(izmi)

setelah sampai izmi mengarahkan supaya kepala robert di tutup dengan plastik hitam yang di sediakan olehnya.. "man,kau pergi tutup gate., sebelum ada yang nampak kita," arah izmi.. dalam pada itu izmi yang di bantu prof.hasan mengeluarkan robert dari kereta. dalam keadaan kepala masih pening kesan dari ubat pelali robert mulai sedar. dia cuba untuk membuka mata dan melihat sekeliling tapi malangnya semuanya gelap kerana kepalanya berbungkus plastik hitam..

"Arhh lepas kan aku" jerit Robert.. "Kalian siapa ??" Robert terus menyoal.. Tiba- tiba kepalanya di hentak dengan kuat dan mnyebabkan dia tak sedarkan diri..

Dalam pada itu izmi dan konco- konco nya masukkan robert dalam sebuah bilik stor di rumah mereka dan mengeledah beg robert dan. badan robert untuk dapat kn semula bukti yang di curi robert.. tapi mereka buntu kerana bukti tidak di temui..

izmi tidak berpuas hati lalu mengambil sebotol air dan menyimbah ke muka robert untuk menyedarkan robert semula yang pengsan akibat di pukul sebentar tadi. setelah robert kembali sedar.. tetapi matanya telah di tutup terlebih dahulu oleh prof hassan bagi mengelak robert mengetahui identiti mereka semua.. "Robert sekarang kasi tau sama kitaorg mana kau sorok bukti yang kau curi itu?", bentak izmi.. robert ketawa kecil kerana dia sudah mengetahui siapa yang menculiknya, hanya izmi dan konco-konco nya sahaja yang mengingin kan bukti itu.. robert terus berdiam tanpa sebarang kata.. sementara izmi terus menyoal robert tanpa henti.. setelah hampir 30minit disoal robert tetap berdiam diri.. kini izmi tidak lagi dapat menahan kesabarannya.. dia membuka ikatan dimata robert lalu menyiram air kemuka robert supaya robert kelemasan.. dan menyerah kalah tetapi telahan izmi salah robert tak selemah itu.. dia terus membisu.. kini penderaan terhadap robert bermula apabila smua konco-konco izmi tidak lagi dapat menahan sabar. mereka mengunakan kekerasan terhadap Robert .. mereka memukul kaki nya dengan kayu dan besi secara bergilir.. tetapi usaha mereka tetap tidak mengubah pendirian robert yang terus berdiam. izmi menjadi buntu.. azman bejalan kearah izmi yang sedang berdiri di pintu bilik stor dan membisik supaya izmi menelefon rakan mereka yang lain yng turut terlibat dalam pembunuhan nabila.. "izmi kau call je diorang semua aku plan baik punya untuk robert ni tapi aku perlukan diorang semua di sini.. hahaha", kata azman dalam nada jahat.

setelah lima belas minit tiga lagi rakan mereka sampai.. kini rancangan jahat azman bermula.

Robert dirantai di kerusi dan di buang semua pakaian hanya tinggal pakaian dalam.. Izmi dan kawan-kawannya menyimbah air panas ke tubuh robert untuk terus menyiksa Robert secara berterusan hingga tubuh robert melecur sepenuh nya.. bila malam mereka menggunakan air sejuk beku untuk menyiksa robert.. di sebabkan oleh kecederaan lecuran yang di sebabkan air panas itu kecederaan robert makin parah kerana air sejuk beku itu membuatkan luka makin parah.. akan tetapi semangat robert makin kuat.. segala usaha izmi dan kawan-kawan menjadi sia-sia.. robert kini makin bertekad untuk terus bertahan demi membela nasib nabila.. "aku harus terus kuat demi nabila, aku akan terus bediam demi keadilan nabila," omong robert sendirian dalam lemah, akan tetapi tubuh robert tidak dapat terus bertahan dengan penyiksaan berterusan..akhirnya robert tidak menyedarkan diri kerana kondisi tubuhnya sudah terlalu lemah..

izmi dan yang lain masih tidak menyedari akan kondisi robert ketika ini.. mereka masih terus dan terus menyiksa robert dengan harapan robert akan mnyerah..

dalam pada itu tiba- tiba azman tersedar yang wajah robert kian pucat dan ada darah yang mengalir tanpa henti dari lubang telinga robert . .. azman panik lalu dia menjerit sekuat hatinya.. "cukup!! berhenti semua!!" teriyak azman sekuatnya..

izmi dan yang lain tersentak..

"kau kenapa man?" soal aniq yang merupakan salah seorang dari konco izmi dan pmbunuh nabila.

"hey!! korang buta ke? robert dan parah.. dia takkan jawap pertanyaan kita lagi..dia akan mati jika terus di pukul begini.. !! cuba korang tengok muka robert dah pucat macam mayat dah.. tiada reaksii.. darah dah banyak yang mengalir dari telinga dia..." azman terduduk dan trus menangis.. dia seperti pilu .. takut.. jika robert mati mereka menjadi pembunuh untuk kedua kali nya.. dan semuanya sia- sia... dia terus dan terus menangis..

yang lain turut terkedu melihat keadaan robert.. yang sudah seperti mayat.. semua mula menjarakkan diri.. pada saat ini prof hassan dan izmi saling berpandangan seperti ada sesuatu yang di rencanakan dalam fikiran masing-masing. Tiba - tiba prof.hassan bersuara.. "izmi, awak try cek dah mati ke belum si robert tu?".. izmi jalan menghampiri robert dan dia meletakkan jari nya d hidung robert untuk pastikan masih ada nafas atau tidak.. tapi ternyata tiada.. izmi mulai panik.. dia melihat azman dan prof.hassan dengan wajah keliru.. kemudian dia mendekati bahagian dada robert .. dia mula tersenyum semula. . izmi teriyak.. "jantung dia masih berdegup.. relax la guys" tapi semua itu tidak membuatkan azman senang.. azman pergi kearah robert untuk memastikan sendiri.. ternyata benar jantung robert masih berdegup tapi terlalu lemah.. dan nafas sudah tiada... .dengan keadaan yang masih menangis ketakutan azman triyak sekuatnya pada izmi "mi., apa yang relax nya.. dia bakal mati..keadaan dia dah xde harapan hidup.." azman dalam pada itu tangan nya memukul dada robert dengan harapan robert sedar kembali.. kerana dia tidak mahu jadi pembunuh untuk kedua kalinya..

izmi dan yang lain kehairanan melihat keadaan azman yang seperti orang tak betul.. memukul dada robert sambil menangis..

setelah 20 minit robert bernafas semula.. usaha azman tak sia-sia.. tapi semuanya sementara sahaja.. kerana kecederaan robert terlalu parah.. tak sampai 5 minit kembali bernafas robert menarik nafas panjang dan hembus nafas yang terakhir..

kali ini semua panik .. mereka tidak pastikan semula tetapi semua sudah yakin robert meninggal..

dalam keaadan panik, ketakutan, dan risau.. prof hassa bersuara dan mmberi cadangan untuk membuang mayat robert ke dalam hutan.. tetapi yang lain tak setuju kerana pasti akan di jumpai oleh orang lain .. aniq memberi cadangan supaya meletakan mayat robert dalam kereta jiran mereka.. supaya mereka tidak di sabitkan kesalahan jika mayat robert di jumpai..

semua setuju dengan cadangan aniq kecuali azman yang terus membisu..

memandang kan pada masa itu sudah malam mereka tidak tahu bagaimana ingin meletakkan robert dalam kereta jiran mereka.. jadi izmi dan aniq keluar dari rumah.. untuk melihat jika ada mangsa yang bole mereka kambing hitam kan.. dalam keadaan malam yang makin jauh.. mereka trnampak sebuah kereta yang datang.. dari arah hadapan mereka.. sebuah kereta berwarna hitam.. dan kereta itu telah berhenti di surau yang berhampiran rumah sewa mereka.. jarak antara surau dan rumah mereka hanya dalam 50 meter..

oleh itu izmi mula merencanakan sesuatu yang tak terduga.. dia meminta aniq untuk perhati kan kereTa itu sementara dia itu dia telah masuk semula kedalan rumah meraka bagi menjalan kan rencana yang telah di rangka di dalam fikiran nya.. setelah masuk ke dalam rumah dia menuju kebilik tempat kurungan robert.. dan memberi arahan kepada semua..

"ok guys skrg aku nak smua orang dengar arahan aku.. aku nak kita bawa robert ni keluar dari sini dan masukkan dalam kereta d luar.. tetapi ada satu yang aku nak kamu semua bua dulu.. mula-mula aku nak korang tukar pakaian robert supaya kesan darah tidak kelihatan.. ambil baju aku.. seterusnya aku nak kau imran(salah seorang lagi kawan mereka yang terlibat dalam kes ini) kau menyamar jadi budak sindrom.. kau mekap sikit muka kau bagi orang tak kenal.. tapi kau kena bertindak cepat.." tegas izmi..

setelah semua sudah bersedia izmi memberi arahan kepada imran supaya berlakon menangis di luar nanti dan beri tahu kepada pemandu itu bahawa abang nya sakit.. akn tetapi izmi memberi arahan supaya imran jangan menaiki kereta itu..

dan imran mengangguk tanda faham..

mereka semua mula bergerak memulakan operasi.. dalam pada itu baju robert yang penuh darah telah di ambil izmi untuk rancangan seterusnya..

mereka berjaya membawa robert keluar dan pergi menghmpiri aniq..

"aniq kereta tadi ada mana? " soal izmi

"ada lagi di situ." jawap aniq kehairanan melihat robert di pimpin prof hassan dan imran ..

di satu sudut lain kelihatan adli(seorang lagi suspek pembunuhan nabila) sibuk menelefon seseorang