Bab 2

"Alah.... janganlah merajuk... akak bukannya tak balik terus pun...lagi pun setiap dua minggu akak balik rumahkan.." Aku memujuk budak kecik ni.. sapa lagi kalau tidak si Aisyah nii. Tapi apa boleh buat, dah memang perangai dia macam tu. Walaupun dia agak kasar dengan aku, tapi kita orang tak pernah berenggang pun. Kemaman saja bersama walaupun dengan bertengkar. Kita orang boleh dikatakan agak rapat. Tapi.. sebenarnya memang sangat rapat!

"Kau tipu.... kau... kau.... dah tak sayang aku... aaarrr" Aisyah membalas dalam sedunya. "Aduh.. sedih la pulak aku tengok kau ni..." Hmm macam mana nak pujuk ni hah! Hah aku tahu...

"Hmm macam ni lah.... aku nak masuk asrama sebab aku nak berdikari.... aku nak tahu.... dunia luar. Aku nak tahu macam mana aku kalau nanti takde orang yang aku kenal. Aku nak buat macam mana. Lagipun ini untuk masa depan aku. Aku nak jadi seorang anak yang dapat banggakan umi ngan abah, aku nak jadi seorang kakak yang hebat untuk kau..... untuk adik aku.... untuk keluarga kita. Faham?" Pujuk aku panjang lebar. Lebih kepada penerangan kenapa aku nak pindah sebenarnya. Hmm takpe lah janji dia dah tak menangis lagi. Janji dia happy.

"Betul nii. akak tak bohong Aisyah?" Soal Aisyah yang masih ragu dengan jawapan aku. "Ye betul... Lagipun aku dah nak SPM. Aku kenalah lebih fokus dalam pelajaran...Nanti kalau aku kat sana... jangan lupa call aku tau. Nanti kalau aku free aku call lah kau yerr?" Pujuk aku lagi. 'Penat pujuk si Aisyah ni lagi daripada si..... arghhh tak payah ingat dia. Fokus Sumaiyah fokus adik kau masih merajuk ni, faham!'

" Hmm.... janji?" Katanya sambil menunjukkan jari kelingking ye kepada aku. " Hmm... ok. Janji" Aku turut menunjukkan jari kelingking aku kepadanya tanda aku betul betul akan menunaikannya. " Yeyy!! Sayang kak Su." " Kakak pun sayang Aisyah" Kami berdua berpelukan sebagai tanda kasih sayang kami adik beradik. ' Akhirnya aku dapat memujuk Aisyah. Kakak sayang Aisyah'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Kak, kau nak beli apa nanti. Apa yang tak ada? Kau nak aku pilihkan tak? Cepatlah kak.. kau nak apa ni. cepatlah" Pertanyaan Aisyah yang lebih kepada memaksa itu membuatkan aku pelik! Habis semua anggota badan aku bergoyang mana taknya kalau dah dia goncang badan aku pastu di tariknya pula. 'Hai lah adik kakak mu ini manusia bukan botol minuman ya. Harap sedar'

"Kau ni dah kenapa tarik aku tetiba ni. Semalam bukan main kau menangis tak kasi aku pergi, ni kau pulak yang over." Sempat lagi aku mengutuk Aisyah. hehehe kakak yang macho :) " Alah kau ni...aku nak bagi kau semangatlah.... kalau aku asyik sedih jer kau jugak yang susah hati. Ni aku nak bagi kau happy kau sindir aku pulakyer. Sampai hati kau..." Kata Aisyah dalam geramnya. 'Huh sedih hati aku... dia ungkit cerita semalam. walau yang sebenarnya malu!'

" Hah! " Sergah Aisyah tiba tiba membuatkan aku terkejut. " Hah! Apa kau ni terkejut aku tahu tak" Aku memarahi Aisyah. Dia hanya ketawa kecil. ' Gelak pula dia' "Hihihi. Takde lah... kau tak jawab lagi soalan aku..." Aisyah menunggu jawapan dari aku. Aku berpusing menghadap Aisyah dan jalan mengundur. 'Tempah maut betullah. Kalau tersadung ke , terlanggar orang ke mata je dapat malu'

" Ok macam ni.... Apa kata kita berpecah senang sikit jumpa barang. Cepat boleh balik. Setuju?" Cadangan aku dijawab dengan anggukan si Aisyah ni. "Ok kalau macam tu, kau cari alat untuk aku mandi ngan basuh baju... aku cari barang peribadi aku. Boleh?" Soal aku sekali lagi. Tapi kali ini Aisyah mengerutkan keningnya tanda tidak faham. Faham dengan maksud kerutan itu aku menerangkan. " Contohnya macam berus gigi,ngan ubat gigi. Syampu, sabun, pencuci muka, aku yang carikan nanti. ok?" Soal aku untuk mendapatkan kepastian dari Aisyah. "Hah. ok!" Sahut Aisyah keriangan. 'Pelik betul lah budak ni'

Sesampai saja aku di bahagian penjagaan diri. Aku mula mencari syampu, sabun, dan pencuci muka yang aku guna. Sebaik saja aku ingin beredar, tiba tiba aku terlanggar sesuatu yang keras. ' Aduh.... sakitnya hidung aku... benda apa yang keras nii' Fikir aku yang sedang sakit hidung ini.

Sebaik saja aku mengangkat muka, aku ternampak seorang lelaki yang sedang memandang aku anih. 'Apa kena ngan minah ni. Langgar orang tak tentu pasal pulak tu.' "Maafkan saya, saya tak sengaja . Tak perasan tadi. Maaf." Aku memohon maaf kepada lelaki tersebut. Walaupun hidung aku yang sakit tapi aku yang langgar dia, bukannya dia yang langgar aku kan?.

" Hmm takpe lah nak buat macam mana dah nasib..." Lelaki tersebut memandang perempuan di depan yer ini. Perempuan ini kelihatan agak keliru dengan kata katanya itu. "Hah?" Jap jap aku tak faham apa maksud dia dengan 'dah nasib' tu. Aku tak faham. Sila terangkan kepada aku semula.

"Hmm tak apa lah. Btw nama saya Harraz Rifqi. Awak?" Harraz memperkenalkan dirinya kepada Sumaiyah. "Oh, Nama saya Aliyah Sumaiyah. " Perkenalku agak kaku sedikit. Mana taknya langsung tak kenal tiba tiba boleh berborak.

"Hmm takpe lah kalau macam tu. Saya gerak dulu ya. Maaf sekali lagi.? " Aku meminta diri dahulu. Tak sanggup aku menahan degupan jantung ku yang semakin laju apabila melihat wajah putih bersih Harraz. Tergugat iman ku.. Astaghfirullah tak baik Sumaiyah. Aku terus berjalan mencari Aisyah.

'Ya Allah, cantiknya dia. Mata dia bulat. pipi sedikit tembam. Mukanya putih bersih. Cantik sekali sesuai dengan namanya yang membawa maksud 'kebanggaan yang paling mulia.' Tapi, dia dimana ya sekarang. Dia tinggal di mana ya? Hmm tak mengapalah... kalau ada jodoh kita jumpa.'