Jam menunjukkan pukul 4 pagi , kelihatan Aizat tertidur setelah makan , lalu Mia pun mengambil mop dan baldi untuk mengisi air .. di bilik belakang adalah office mereka dan disitu jugalah terletaknya tandas .. sebelah tandas mempunyai satu bilik yang berkunci .. tiada sesiapa pun yang mahu membuka bilik itu kerana mereka percaya bahawa terdapat cerita cerita seram mengenai bilik itu dari salah seorang staff lama .. katanya ada staff perempuan yang bercinta dengan pengurus lelaki di kedai ini , dan mereka mulai menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa .. Tetapi perempuan itu mulai mengandung dan ianya menimbulkan syak wasangka dari semua pekerja yang bekerja dengannya , jadi perempuan itu meminta lelaki itu untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka telah buat .. kerana lelaki itu masih muda , jadi dia memutuskan untuk berhenti kerja secara mendadak dan menghilangkan diri .. akibat berasa tertekan , perempuan itu pun membunuh dirinya sendiri didalam bilik yang berkunci .. sejak dari itu terdapat banyak gangguan gangguan yang membuatkan orang takut untuk bekerja disitu .. Apabila Mia memikirkan cerita itu , dia malah berasa kasihan kerana tergamaknya lelaki itu perlakukannya seperti itu , dan kasihan bayi yang dikandungkan .. tidak sempat melihat dunia yang luas tetapi ajal sudah menjemputnya terlebih dahulu ...
Sedang leka Mia memikirkan soal itu , tiba-tiba bahunya terasa dicuit oleh sesuatu .. Seperti ada sesuatu yang mencuitnya tetapi apabila dia menoleh tiada siapa pun dibelakang nya ..
Mia : Perasaan aku jeh kot ..
Lalu Mia pun mulai kerja nya .. sedang dia mengemop bilik belakang tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat seperti barang yang jatuh didalam bilik yang berkunci . Lalu Mia pun beranikan diri untuk membuka bilik itu walaupun dia tahu yang bilik itu berkunci ..
Mia : ( memulas tombol ) eh boleh bukalah .. kata bilik ni berkunci ..
Dengan perlahan-lahan Mia membuka pintu itu lalu Aizat dengan pantas menghalang mia dari membuka bilik itu ..