BAB 14

Mia pun membaca ayat-ayat kursi dan pegangan dikakinya mulai longgar . Dia cuba berjalan kearah Nadirah . Kakinya masih terasa berat tapi masih lagi boleh bergerak . Dia cuba mencapai sebatang kayu yang berada didekatnya dan mulai menghayun kearah Nadirah ..

NADIRAH : ( terjatuh ) AAARRGGH !!!

Dengan pantas Mia mencapai patung tersebut dan dia menarik rantai yang dipakainya Nadirah dari lehernya .. Lalu Mia pun bersuara ..

MIA : Kau jangan nak bergerak kalau tak aku pecahkan rantai ni !!!

NADIRAH : Mia , bagi aku rantai tu ..

MIA : TAK !!!!! kau takbaik Nad .. aku ingat selama ni kau kawan aku , rupanya kau gunakan aku biar senang kau nak kenakan Aizat ..

NADIRAH : kenapa kau nak kesah pasal dia ? dia tu bukannya sesiapa bagi kau ..

MIA : SEBAB AKU CINTAKAN DIA !! DAN AKU SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKAN DIA HIDUP !!

NADIRAH : HAHAAHAHA !!! kau bodoh Mia .. Dia takcintakan kau , dia taksukakan kau .. sedar lah sikit .. Dia dengan abang dia sama saja , suka mainkan perempuan .. Kau ingat lepas kau buat semua ni , dia akan hargai kau ? tak , dia takkan pandang kau pun .. SEDARLAH MIA !!!! NOW BAGI AKU RANTAI TUH !!!!

Mia pun diamkan diri beberapa saat , lalu dia pun bersuara ,

MIA : Kalau pun lepas ni dia tak hargai aku , aku tetap akan pecahkan rantai ni !!!

NADIRAH : TIDAKKKKK !!!!!!!!!!!

Lalu Mia pun memecahkan rantai tersebut .. Tiba-tiba rantai itu mengeluarkan suatu roh . Roh itu mengelilingi Nadirah dan dia mulai menyedut rohnya dengan perlahan-lahan menyebabkan Nadirah mati dalam keadaan tragis . Lalu mayatnya mulai bertukar menjadi debu . Angin mulai bertiupan dengan kuat . Lalu Mia pun segera berlari keluar dari situ ..

Dalam hatinya dia bersyukur dapat keluar dengan selamat , dia tidak berhenti bersyukur terhadap Allah kerana melindungi dirinya dari segala bahaya .

Selang beberapa bulan selepas kejadian itu , Mia berpindah ke kawasan yang dipenuhi jiran-jiran , dan dia juga meletakkan jawatannya dan mendapat tawaran bekerja ditempat yang paling diminatinya . Terkadang dia terkenangkan suasana bekerja disana , pekerja-pekerja disana memang peramah .. Mia selalu menghubungi mereka .. Kadang-kala Mia juga pernah mengunjungi tempat itu , setelah kejadian itu tempat tuh terus berubah .. Suasana yang kelam kembali ceria . Bilik yang dikunci mulai diguna sebagai bilik simpanan barangan rosak . Dan kedai itu juga tidak kembali berhantu seperti yang dikatakan oleh pekerja dulu .

Mia pernah menanyakan keadaan Aizat tetapi setelah dia kembali sedar dari komanya , Aizat terus meletakkan jawatannya dab sejak itu tidak ada khabar berita . Mia cuba untuk menghubungi tetapi nombor telefon yang diberi sudah tidak aktif . Jadi Mia pun mengalah dan menganggap yang Akmal Aizat tidak lagi mahu berkawan dengannya ..

Sedang Mia mengelamun tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara pekerjanya .

PEKERJA : Chef !! Ada customer nak jumpa chef ..

MIA : Customer ? kenapa ?

PEKERJA : Taktahulah saya chef , dia cuma cakap nak berjumpa dengan chef saja .

MIA : Ha yelah ...

Sedang Mia berjalan , dia melihat sosok tubuh seorang lelaki memakai tuksedo sambil membelakanginya . Dan Mia pun mulai menegurnya .

MIA : Erm encik , Encik nak berjumpa dengan saya ke ?

Lalu lelaki itu pun menoleh , alangkah terkejutnya Mia apabila mendapati lelaki itu adalah Akmal Aizat . Aizat mulai mengukirkan senyumannya terhadap Mia . Mia masih lagi dengan muka terkejutnya .. Lalu Aizat pun bertanya ..

AIZAT : Akhirnya kita jumpa juga..

MIA : ( Tergamam ) Haa... Haa ??

AIZAT : Saya dah banyak kali datang restoran ni tapi tak ada keberanian nak jumpa awak ..

MIA : ( Tergamam ) Aaa.... awak dah sihat ke ?

AIZAT : Alhamdulillah ..

MIA : ( cuba mengukir senyuman ) oouh .. baguslah ...

AIZAT : Awak ... sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan awak ni ..

MIA : Ha ? benda apa ?

AIZAT : Saya sukakan awak .. saya cintakan awak ..

MIA : ( terkejut ) Haa ????

AIZAT : Sebenarnya saya memang dah lama sukakan awak , sejak awak first kerja dulu , tapi saya takberani nak confess .. takut kene reject .. hehehe .. Tapi harini saya beranikan diri nak confess dengan awak ..

MIA : Erm ... saya taktahu nak cakap apa lah ..

AIZAT : Kenapa ? awak dah ada boyfriend ke ?

MIA : Tak .. cuma saya taktahu nak cakap apa sekarang ni ..

Lalu Aizat pun mulai melutut dan mengeluarkan sekotak cincin yang dibelinya ..

AIZAT : How about yes ????? ( senyum )

MIA : Oh my god Aizat ... awak melamar saya ke ??

AIZAT : itu yes ke no ???

MIA : ( airmata mengalir ) YESS !! YES !! YES !!

Lalu Aizat pun menyarungkan cincinnya sambil ditemani sorakan dan tepukan oleh pekerja-pekerjanya dan pelanggan yang berada ketika itu . Inilah merupakan hari bahagia buat dirinya kerana dilamar oleh seseorang yang amat menyayanginya ..