22 November 2020. Hutan Keningau, Sabah
Pada waktu malam, seorang lelaki berambut perang panjang sedang duduk sambil menghembuskan aras rokok. Disebelahnya ada dua jasad lelaki dan perempuan yang sudah tidak bernyawa lagi. "Itu la kalau nak buat projek sekali pun cari la tempat yang selesa sikit dalam hutan jugak kau cari ishh-ishh Kan dah mendapat dengan aku budak zaman sekarang memang takde test langsung". Lelaki itu mengomel sendirian sambil mensiat kulit kedua pasangan tersebut dan merobek jantung mereka dan melahapnya dengan rakus.
:
Tiba-tiba seekor burung helang terbang kearahnya. Dia menghulurkan tangan nya agar burung helang itu dapat mendarat di tangannya. Dia membuka surat yang berada di kaki helang tersebut dan membacanya. "Azazil, Pedang bulan berdarah sudah dijumpai". Tulis surat itu kepada Azazil. "HAHAHAHA AKHIRNYA PEDANG ITU JATUH KETANGAN AKU JUGA HAHAHA." Azazil ketawa riang akan berita yang didengarinya itu hingga menyebabkan seluruh hutan Keningau bergema dengan suaranya.
:
Pada malam yang sama.Petaling street, Kuala Lumpur
"Kring-kring!!"satu panggilan video masuk. "Bayu, aku sudah menjumpai pedang Bulan berdarah" Kata hwuang pada Bayu. "Bagaimana kau menjumpainya' Tanya Bayu pada hwuang. "Pedang itu mengeluarkan gelombang yang agak pelik sejak dua menjak ini mungkin disebabkan kemunculan kau Bayu. Dia berinteraksi dengan diri kau disebabkan itu aku dapat mengesanya". Jawab hwuang pada Bayu. Kerana tidak mahu menganggu Alice dan Tuah hanya mendengar perbualan mereka dari tadi.
:
"Dimana pedang itu terletak sekarang?" Tanya Bayu pada hwuang. "Di Yokyakarta, Indonesia" jawab hwuang pada Bayu. "Baiklah kalau begitu aku akan berangkat ke sana" balas Bayu pada hwuang. "Tapi bagaimana kau hendak kesana, bukankah kau sudah menjadi buruan polis" Tanya hwuang pada bayu sambil ia meneguk arak. "Aku tak perlukan passport atau kapal terbang kesana. Aku boleh teleport kesana terus". Jawab Bayu dengan bangga.
:
"Sebelum tu aku ada persoalan pada kau Bayu. Sebenarnya aku ingin tanyakan dari dahulu lagi tapi aku tidak berani" Kata hwuang pada Bayu. "Hah kata lah apa yang hendak kau katakan". Jawab Bayu sambil meneguk segelas air. "Bagaimana orang tua kau boleh di mati dibunuh?? Dan bagaimana pedang itu berada di Yokyakarta dan bukannya di Malaysia dan yang terakhir kau bukan nya seperti Kami yang berada didalam kapsul dan membeku, bagaimana kau boleh terus hidup dan tidak menua?" Tanya hwuang dengan bertubi-tubi pada bayu. "Hmm aku memang ingin menceritakan pada kalian, sudah alang-alang kau bertanya akan aku ceritakan".
:
Tahun 1842, Kampung Cahaya
"Bonda, Bayu berangkat dahulu ya, petang nanti Bayu pulang bawakan bekalan yang bonda pesan". Kata Bayu sambil melambaikan tangan pada bondaya. "Nak kemana si Bayu itu?" Tanya Adi kepada suri. "Katanya dia ingin ke pekan, jadi aku pesan kepadanya minta dibelikan lauk pauk untuk Kita makan pada malam ini" jawab Suri kepada suaminya Adi.
:
"Apa kau tidak risau sama si Bayu itu? Dia tidak seperti anak-anak yang lain. Bagaimana dia jika ketahuan?". Tanya Adi pada isteri nya Suri dengan penuh kerisauan. "Dia sudah dewasa Adi, tidak perlu kamu khawtirkan tentang dirinya. Pandai la dia menjaga dirinya". Jawab Suri pada Adi bagi menyejukkkan hatinya yang gusar.
:
Seketika itu berhampiran hutan di pekan Khamis
Bayu yang sedang berehat sebelum meneruskan perjalanannya tiba-tiba terdengar suara jeritan "Tolong!! Jangan sentuh anak aku!!" Jerit wanita itu. Bayu cuba mencari dimana datang nya bunyi jeritan tersebut ternyata suara itu datangnya dari hutan. Dia Cuba menyelinap disebalik semak-semak.
:
Bayu melihat ada 3 orang samseng yang berbadan sasa sedang cuba memperkosa seorang gadis dihadapan ibunya. Bayu yang cuba untuk menghentikan mereka teringat akan pesan ayahdanya "Bayu, kamu mesti ingat yang kamu itu berbeza dengan anak-anak yang lain jangan sesekali kamu menggunakan kekuatan kamu dihadapan khayalak ramai faham". Bayu yang sudah tidak tahan melihat keparat-keparat itu cuba untuk mencorak langkah tetapi nasib tidak menyelebahi dia apabila dia tangkap oleh salah seorang dari kumpulan lelaki itu dan dia dibawa bersama.
:
"Kulup, aku tangkap budak ni mengintai kita" kata lelaki yang membawa Bayu itu. Kulup yang baru hendak melepaskan nafsu nya terhenti seketika dengan gangguan dari Bayu. Dia melihat ke arah Bayu dari atas ke bawah. "kau ni biar benar samad!! Hendak Aku bilang kau ni bodoh memang kau sudah cukup bodoh! Bukan kah ini budak dari Kampung sebelah yang buta pekak itu. Tiada guna kau tangkap dia sekali pun. Sudah kau lepaskan saja dia". Kata kulup sambil melihat ke arah anak gadis yang dia hendak perkosa.
:
"Tolong ayu bonda" kata gadis itu kepada ibu yang sedang diikat. Bayu telah pun dilepaskan dan dia berpura-pura seakan dirinya telah sesat dan mencuba mencari ranting-ranting kayu. Selepas samad melepaskan Bayu dia terus pergi ke arah kulup sambil menghembuskan asap rokok.
:
"Bangkit" Tiba-tiba keluar seekor harimau belang yang hitam kulitnya kerana telah ditukarkan oleh Bayu untuk dijadikan salah satu tentera bayangan nya. Bayu hanya boleh menukar kan benda hidup yang telah mati untuk menjadi bayangan nya. Tetapi kuasa bayangan ini merupakan Salah satu dari sisi gelap Bayu. Ayahdanya melarang Bayu untuk menggunakan kekuatan itu kerana takut kelak nanti akan memakan jiwa Bayu.
:
"Arghh!!" Samad tiba-tiba hilang dari pandangan. Kulup yang baru sahaja hendak melepas nafsu terkejut dengan jeritan samad. Dia mencari-cari kelibat samad tapi tidak kelihatan. Dan tidak sampai berapa saat mamat pula hilang entah kemana. "Kalian jangan bercanda dengan aku" Kata kulup dengan ketakutan. "Aumm!!" Kulup terdengar bunyi ngauman harimau dan dia cuba mencari dari arahnya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat mayat samad dan mamat yang sudah di carik-carik badannya oleh sang belang itu.
:
Samad cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya apabila harimau terlihat kelibat kikipi dan ia terus terkam ke arahnya. "Argahh!!" Mamat menjerit tanda kesakitan. Dia cuba mengambil pisau yang berada di kakinya dan cuba untuk membunuh harimau itu tetapi tidak berjaya. "Apa?? Mengapa pisau aku tidak boleh tembus ke badan kau??" Soal kulup dengan nada yang menggigil. Dan akhirnya kulup mati dengan lehernya dicarik-carik oleh harimau bayangan Bayu.
:
Dua beranak yang menyaksikan situasi yang mengerikan itu menggigil ketakutan apabila harimau itu menghampiri mereka. "Jangan dekat dengan aku!!" Jerit ibu kepada gadis itu. Tiba-tiba harimau itu mengigit tali yang telah diikat pada ibu gadis itu. Dan mereka pun lari bertempiaran meninggalkan tempat itu.
:
Berita tentang lembaga harimau yang membunuh kulup,samad dan mamat telah tersebar keseleruh penduduk Kampung. Dan cerita itu juga telah menarik perhatian dari organisasi rahsia iaitu the league.
:
Seorang lelaki yang memakai jubah assassin memasuki pintu Istana kegalapan dan datang mengadap tuan pendeta hitam."Ketua tuan pendeta, kedatangan saya kemari ingin menyampai kan tentang misteri lembaga hitam yang menyerang 3 orang samseng di Kampung kelip-kelip. Saya dapat merasakan serangan harimau itu berasal dari kuasa gelap. Kata lelaki berjubah itu.
:
"HAHAHAHA AKHIRNYA KAU MUNCUL JUGA YA" Gelak si pendeta hitam. "Azazil aku mahu kau bawa pulang budak itu hidup-hidup dan bunuh dua orang pengkhianat keparat itu faham!!" Kata Tuan Pendeta kepada Azazil. "Faham tuan Pendeta" balas Azazil sambil berlaku pergi meninggalkan Istana.
:
"Bayu!! Sudah aku bilang jangan gunakan kekuatan kamu sesuka hati! Kau lihat apa yang sudah kau lakukan!!" Marah Adi kepada Bayu. "Ayahnda, Bayu cuma mahu membantu mereka yang dalam kesusahan apa itu juga Salah?" Soal Bayu kepada ayahnda nya. "Tidak Salah Bayu, tetapi menggunakan kekuatan gelap mu itu yang salah!" Adi sudah hilang kesabaran dan hampir melempang Bayu.
:
"Adi apa yang kau lakukan ini, apa kau sudah hilang kewarasan mu?" Tanya suri kepada Adi. "Engkau terlalu memanjakan dia Suri hingga dia berani meninggikan suaranya pada aku!" Balas Adi dengan nada yang marah. Bayu yang sudah tidak tahan dengan pergaduhan antara kedua ibu bapanya bertindak keluar dari rumah. "Bayu kau mahu kemana!?" Jerit Suri kepada Bayu. Bayu yang tidak mengendahkannya terus berlari meninggalkan mereka berdua.
:
"Apa yang salah dengan kekuatan aku ini? Aku tidak pernah menggunakan nya untuk kejahatan. Mengapa ayahnda begitu melarang aku?" Soal Bayu pada dirinya. Bayu terus berlari dan berlari tanpa menyedari bahawa dia telah jauh pergi meninggalkan Kampung halamannya. Orang-orang yang berada dikawasan Kampung terkejut beruk dengan apa yang mereka lihat. Budak yang buta dan pekak yang mereka keji selama ni rupanya tidak buta dan pekak. "Eh bukan ke itu Bayu? Bukan kah dia itu buta bagaimana dia boleh berlari begitu pantas tanpa melanggar apa-apa yang berada di hadapnya?". Soal Salah satu penduduk Kampung.
:
"Entah-entah dia menipu Kita sekampung kot". Jawab salah seorang penduduk Kampung. Bayu berlari hingga ia sampai ke sebuah tasik. "Eh aku kat mana ni?" Soal Bayu pada dirinya. Dia tidak tahu kemana sudah dia melarikan diri hingga sesat entah kemana. Bayu menangis teresak-esak kerana terkenangkan perbuatannya. "Aku tidak sepatutnya meninggikan suara ku pada ayahnda, apa yang dikatanya ada benar juga. Aku tidak sepatutnya menggunakan kekuatan ini sesuka hati aku" pujuk Bayu pada dirinya.
:
Bayu yang tidak tahu kawasan tasik itu berjalan menggelingi kawasan itu cuba untuk menenangkan hatinya. Tiba-tiba Bayu terlihat satu cahaya kemerahan yang keluar dari kawasan tasik itu. Dan Bayu terdengar suara yang berbisik ditelinganya. "KAU PENERUS KU" Bayu terpinga-pinga mencari dimana datangnya suara itu. Tiba-tiba satu bilah pedang muncul dari tasik itu dan mengeluarkan cahaya kemerahan yang seakan-akan darah.
:
Bayu menghulurkan tangannya dan mengambil pedang itu dan tiba-tiba badannya bercahaya dan cahaya itu dapat dilihat oleh seluruh penduduk Kampung yang berada di Kampung cahaya. Dan pada badan Bayu terdapat satu kesan yang seaakan-akan bentuk Bulan. Bayu yang terpinga-pinga seakan keliru dengan situasi itu terkejut dengan perubahan pada dirinya. Mata dia yang samar-samar sebelum ini dapat melihat dengan terang dan jauh dan telinganya mampu mendengar beribu-ribu kilometer.
:
Kekuatan yang ada pedang itu telah meningkatkan kekuatan yang ada pada dirinya. "PEDANG BULAN BERDARAH DIKINI SUDAH MENJADI MILIK KAU WAHAI ORANG MUDA". Kata suara misteri itu pada Bayu. "tetapi mengapa aku yang dipilih?" Balas Bayu pada suara misteri itu. "KERANA ENGKAU ADALAH PERWARIS TERAKHIR DARI KETURANAN AKU YANG TERAKHIR INDERA PUTRA RAJA ALAM BUNIAN". Jawab suara itu pada Bayu. "Raja Salahudin?" Tanya Bayu pada suara itu.
:
Suara itu tidak menjawab soalan Bayu. "GUNAKAN PEDANG ITU UNTUK MEMBANTU MANUSIA DAN JANGAN LA ENGKAU MENGGUNKAN DIJALAN YANG SALAH. INI ADALAH WASIAT TERAKHIR AKU PADA MU ANAK KU. PEDANG INI MAMPU MEROSAKKAN MANUSIA JAGA LA IA SEBAIK-BAIK NYAWAMU". Kata suara itu pada Bayu.
"Baiklah akan aku gunakannya untuk membantu manusia yang lain" balas Bayu pada suara itu. Dan tiba-tiba suara itu hilang dan Bayu tersenyum dengan gembira.
:
Tiba-tiba Bayu terdengar suara orang sedang bergaduh. "Serah kan budak itu pada aku Adi! Dasar pengkhianat". Bayu yang mengenal akan nama itu terus berlari menuju ke rumahnya pergaduhan itu. "Ayahnda" bisik Bayu dalam hati.
:
Bayu terus berlari ke rumahnya tapi sayang dia sudah terlambat rumahnya sudah hancur berkecai Dan melihat seorang lelaki sedang mengarahkan parangnya ke arah ayahndanya. Belum sempat Bayu menuju ke sana. Ayahndanya memberi isyarat seakan jangan datang hampirnya. "Ini padahnya sebab mengkhianati the league kau sudah bukan jika seseorang itu mahu meninggalkan the league harus membayar dengan nyawanya. Mengapa engkau bodoh sekali Adi. Kenapa engkau tidak mahu menyerahkan budak itu pada aku. Kalau tidak Aku takkan buat begini pada kau dan Suri. Engkau sepatutnya membunuh bayi itu masa engkau ada peluang sekarang sudah terlambat Tuan Pendeta Hitam mahukan dia hidup-hidup, sekarang dimanakah budak itu!!". Kata Azazil kepada Adi sambil parangnya mengarah ke Leger Adi.
:
"Tidak Azazil, Aku tidak Akan sewenang-wenangnya menyerahkan Bayu pada kau!" Balas Adi pada Azazil. "Wahh kau sudah memberi nya nama, apa kau sudah sayangkan dia ke Adi? Bodoh sekali" Zasss". Azazil menebas kepala Adi dan mengambil kepalanya dan Azazil pun membuka mulutnya dan meminum darah yang keluar dari kepala Adi. "Hah segar sekali darah pahlawan ini HAHAHAHAHA". Gelak Azazil sepuasnya.
:
Bayu yang melihat bonda dan ayahnda nya dibunuh dengan kejam tidak mampu melakukan apa-apa. Dia kaku hingga tubuh badannya menggigil ketakutan. "Ayahnda, bonda" Bayu menangis teresak-esak dan akhirnya dia bertindak menuju ke arah Azazil. "Bangsat kau!!" Bayu terjah ke arah Azazil dan terus mengeluarkan pedang yang baru dia dapati. "Ktiing!!" Azazil menepis serangan dari Bayu. "Siapa kau??" Tanya Azazil pada Bayu. "Kenapa kau membunuh bonda dan ayahnda Aku?" Tanya Bayu pada Azazil.
:
"Jadi rupanya engkau la Bayu. Hahahaha bagus-bagus tidak perlu aku membunuh penduduk Kampung semata-mata untuk mencari engkau" Balas Azazil pada Bayu. "Arghh Bayu yang sudah hilang kewarasannya bertindak menyerang Azazil tanpa menyedari bahawa tahap kekuatan mereka amat berbeza. "Engkau Masih mentah lagi budak, engkau bukan tandingan aku". Kata Azazil pada Bayu. "Engkau akan aku siat hidup-hidup dan berikan pada haiwan peliharaan aku" balas Bayu sambil membuka langkah tanda siap untuk menyerang.
:
"HAHA angkuh sekali ya, kalau begitu ayuh kita beradu tenaga kita lihat siapa yang lebih kuat engkau atau pun aku". Balas Azazil pada Bayu. pertarungan antara mereka berdua berlanjutan selama tiga hari berturut-turut dan akhirnya Azazil tumbang dengan darah yang menitik di kepalany "HAHAHA engkau memang kuat Bayu, tidak heran Tuan Pendeta mahukan engkau hidup-hidup". Kata Azazil pada Bayu. "Argh persetankan dengan Tuan Pendeta engkau itu, Hari ini adalah hari terakhir engkau di muka bumi ini" balas Bayu pada Azazil sambil menghunuskan pedangnya pada Azazil.
:
"Tidak sempat Bayu memacung kepala Azazil tiba-tiba muncul satu kumpulan assassin mengelinggi Bayu dan memerangkapnya dengan satu sihir. Bayu tidak dapat menggerakkan badanya. "Tuan Pendeta?" Kata Azazil dengan keliru. "Engkau memang lembab! Aku berikan engkau tugasan yang paling mudah iaitu menangkap budak ini hidup-hidup pun engkau tidak mampu" Kata Tuan Pendeta hitam sambil datang menghampiri Bayu. "Tapi tuan" belum sempat Azazil memberi alasan Tuan Pendeta sudah bersuara. "Sudah!! Aku tidak mahu mendengar alasan dari kau. Sekarang bangun!". Azazil bangun dan menghampiri Tuan Pendeta.
:
"Tuan Pendeta, pedang yang ada di tangan Bayu itu memiliki kekuatan yang agak kuat. Saya tidak mampu mengalahkannya." Tuan Pendeta mengamati pedang yang berada di tangan Bayu dan dia terkejut. Pedang bulan berdarah, HAHAHAHA sungguh menarik, siapa sangka rupa-rupanya engkau adalah keturuanan INDERA PUTRA tidak heran lah pedang itu ada pada kau".
:
Bayu yang cuba untuk melepaskan diri dari sihir perangkap itu tiba-tiba mendengar satu suara. "GUNAKAN KEKUATAN YANG ADA PEDANG ITU". Tiba-tiba pedang itu mengeluarkan cahaya yg sangat terang dari sebelumnya hingga membuatkan mata-mata musuh buta seketika. "Prakk" sihir perangkap berjaya dipecahkan.
:
Bayu terus membuka langkah dan cuba menyerang Ketua Pendeta tetapi berjaya dihalang oleh Azazil. "Bangsat kau!!" Bayu terus menyerang Azazil tanpa henti. "Hm budak ini ada potensi aku mahu dibawa pulang hidup-hidup" kata Ketua Pendeta sebelum pergi menghilangkan diri. "Oii bangsat kemana kau mahu pergi!!" Jerit Bayu sambil menghunuskan pedangnya
:
"Aku takkan lepaskan kalian!!!" Kemarahan bayu telah membuatkatkan suasana bertukar menjadi kelam. Dimana awan yang terang bertukar menjadi gelap, daun-daun yang menghijau layu menjadi kekuningan, air yang jernih bertukar menjadi keruh.
"Serang!!" Arah Azazil kepada orang-orangnya.
:
Mata Bayu menjadi merah dan di badan Bayu mengeluarkan aura membunuh yang sangat kuat. Membuatkan musuh tidak berani menyerangnya. "Dasar pengecut!!" Kata Azazil kepada orang bawahannya. "Bangkit" tiba-tiba keluar seekor harimau hitam dari tanah dan meyerang kesemua orang bawahan Azazil.
:
"Kekuatan apakah ini!!" Kata salah seorang bawahan Azazil. "Arghhh!!" Hampir kesemua orang bawahan Azazil telah mati dibaham harimau hitam itu. "Tak guna kau budak!!" Jerit Azazil sambil menyerang bayu. "Hentakan seribu Syaitan!!" Azazil mengerakkan kakinya ke tanah dan hampir separuh dari kawasan itu telah musnah akibat hentakkan Azazil.
:
Bayu tidak mendiamkan diri dan membalas balik serangan Azazil dengan kekuatan yang penuh. "Tiupan taufan berlagu". Tiupan Bayu mengeluarkan bunyi seakan angin sedang menyanyi. Dan bukan itu sahaja tiupan itu juga telah membelah pokok-pokok besar disekelilingnya. Azazil yang tidak dapat mengelak akan serangan Bayu telah mendapat kecederaan yang parah dan tidak mampu untuk berdiri.
:
"Engkau takkan aku lepaskan!!" Jerit Bayu sambil menghayunkan pedangnya kearah leher Azazil. "Puihh!! HAHAHA, benar-benar angkuh sekali. Engkau sepatutnya dibunuh masa kau Masih bayi! Kata Azazil sambil meludah kearah Bayu. "Bangsat!! Kau sudah membunuh kedua ibu bapa ku. Kamu fikir aku akan lepaskan kau begitu sahaja" balas Bayu dengan mencuba menetak kepala Azazil. Tetapi usahanya gagal apabila Bayu telah diserang dari belakang. "Arghhh!!" Bayu tumbang jatuh ketanah.
:
Rupanya orang yang menyerang Bayu itu adalah Azazil. "Apa kau fikir Aku bodoh seperti kau!!" Kata Azazil sambil mengambil pedang yang berada di tangan Bayu. Azazil cuba menikam Bayu menggunakan pedang itu tetapi tidak berjaya kerana. Pedang itu seakan bernyawa dan setiap Kali dia cuba menikam Bayu pedang itu menukar arah ke tempat lain. "Sial!!!" Azazil mencampakkan pedang itu ketepi dan mengambil parang nya.
:
Tiba-tiba pedang yang dicampak Azazil itu menegak dengan sendiri dan mengeluarkan aura gelap. Bayu yang tidak sedarkan diri tiba-tiba bangun dengan sendiri dan matanya berubah menjadi hitam dan ia menyengih. "Eh, manusia bodoh!! Lemah! Kau mampu kalahkan Bayu Adi tapi bukan aku. Bayang Ajal, HAHAHAHAHA". Bayu ketawa sambil menghulurkan kan tangan dan pedang itu bergerak dengan sendiri ke arahnya.
:
"Dengan sepantas kilat Bayu sudah berada di berada di hadapan Azazil dengan pedangnya dihunuskan ke arah leher Azazil. Azazil yang tiba-tiba kaku seakan dirinya telah diikat tidak dapat mengerakkan dirinya telah ditebas lehernya dengan pedang milik Bayu.
:
Bayu yang sudah hilang kawalan dirinya telah mengamuk dan telah menghancurkan separuh daripada hutan. "Apa yang aku sudah lakukan ini. Hentikan!!!" Jerit Bayu pada dirinya Yang bukan lagi dirinya. "Bagaimana caranya untuk aku keluar dari sini" Bayu yang terus tenggelam dalam lautan ilusinasi tersedar apabila muncul satu cahaya dihadapan nya. Dan tiba-tiba Bayu sudah berada di tempat yang berbeza.
:
"Engkau lagi! Apa semua ini? Adakah ini semua permainan engaku!" Jerit Bayu pada cahaya itu. "Sabar nak, ayahnda tidak akan sama sekali menyakiti dirimu, Aku cuba menyelamatkan mu dari manusia itu semua" kata Indera Putra pada Bayu.
:
"Jika kau mahu menyelamatkan ku, yang berada diluar dan sedang mengamuk itu siapa? Mengapa tubuh ku dikawal oleh manusia lain?" Adakah ini juga ulah darimu?" Tanya Bayu pada Indera Putra. "Orang yang berada diluar dan mengawal dirimu itu adalah Bayang Ajal jati dirimu sendiri". Balas Indera Putra. "Apa maksud mu dengan jati diriku?" Tanya Bayu.
: