Chapter 1: soo ah nervous

Pada 12 Oktober yang lalu, kebanyakkan keluarga pergi bercuti ke beberapa tempat. Keluarga Pak cik kim jiho sahajalah yang selalu berpindah randah kerana tugas sebagai anggota polis yang menyebabkan mereka perlu ke sana dan ke sini. Keluarga mereka terpaksa berpindah kesana dan kemari demi menjaga keselamatan semua pihak. Pak cik kim jiho telah bercadang untuk menukarkan Soo ah ke sebuah sekolah yang agak terkenal di Korea. Soo ah sangat gembira tetapi masih ada jugak gementar dalam dirinya. Beliau takut dengan kisah silamnya. Dahulu, dia pernah tidak diperlukan oleh rakan rakannya. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah memberitahu ayahnya. Dia tetap sabar dengan ujian yang diberikan. Dia tahu mungkin mereka tidak menyukainya kerana kulitnya yang hitam dan kelakuannya yang agak lemah lembut.