Langkah di atur laju meredah hujan lebat.Pemuda awal 20-an itu melangkah masuk ke dalam hotel dengan baju basah kuyup.Dia tertunduk memegang lututnya melepaskan lelah.Sungguh sesak jalan raya pagi ni.
"Tengku Alief Fahim Bin Tengku Azam Badrul."
Pemuda Tengku itu menoleh ke kiri bila dengar namanya di seru.Lantas senyuman manis yang boleh memukau mana-mana gadis diukir.
"Wan Mohd Ikmal Hafri Bin Wan Mohd Saiful.Lama tak jumpa."Alief membalas sapaan lelaki berambut perak di depannya.Mereka bersalaman dengan mesra.
"Wah, makin hodoh kau ye sekarang.Dah sebijik muka uncle Arumugam dah."Ikmal berkata selamba.Alief terdiam mendengar pujian yang menggunakan kata-kata hinaan.Adakah dia patut berterima kasih?Ikmal menyentuh bahunya.
"Heh, kerja apa kau sekarang?Tukang sapu tepi jalan?Basah kuyup je?"tanya Ikmal lagi sambil mengangkat kening beberapa kali.Dua saat kemudian, Alief pun tersenyum kepura-puraan.
"Kerja aku selamatkan nyawa orang setiap hari.Kau pulak, kerja apa?Makin pendek je aku tengok kau.Ingat budak sekolah mana tadi."Alief membalas dengan nada sarkastik dan membuatkan Ikmal tersenyum kelat.
"Eh eh.Kau main kasar.Pendek jangan mention ah.Sensitif au.."Ikmal dah buat muka murung dia dan Alief ketawa jahat.
"Hahahah.. habis tu.Yang kau mention hodoh kat aku tak pe pulak?Dasar toyol."Alief terus berlalu ke kaunter untuk ambil kunci bilik.Ikmal hanya mencebik disitu.
"Cik, kod saya 601.Bilik nombor berapa eh?"tanya Alief pada penjaga kaunter.
"Kejap saya check ye."Alief mengangguk.Ikmal mula mendekati dia setelah beberapa saat jadi tunggul.
"Kau pun pengawal eyes beast pindahan?"tanya Ikmal tak percaya.Alief memapar wajah meluat.
"Ye.Kita kawan dari tingkatan 1 kut.Kau baru tahu?"Alief menjeling Ikmal.
"Hehehe.. sorry lah.Lagipun, masa kau tingkatan 1 je kita kawan.Lepas tu dah berpisah dah.Keluarga aku pindah London bila aku tamat sekolah rendah.Kau pun pindah en?"Ikmal bertanya sambil tersengih.Alief tak mempedulikannya.
"Encik, bilik encik bernombor 777.Blok 7 disebelah kanan ni je."kata penjaga kaunter sambil menyerahkan kunci bilik.Alief menyambut dengan senyuman.
"Eh?Tu bilik aku!Kita sebilik lah ni?!"Ikmal tiba-tiba melompat teruja.Alief memandang dia pelik.
"Kau roommates aku?Herrghh.. habislah barang aku."Alief terus berjalan keluar dari hotel itu.Ikmal pula masih melompat mengikutinya.
"Weh, jom ah gi kafe dulu.Aku lapar.Jom aku belanja kau.Ni kira hadiah perjumpaan semula ah.8 tahun tak jumpa."kata Ikmal dengan riang.Alief menoleh memandang si pendek tu di belakangnya.Baju yang basah kuyup dilibas.
"Kau tak nampak?"tanya Alief dengan muka bosan.Ikmal menggaru kepala.
"Err.. kalau macam tu, kau pergilah dulu.Aku nak gi kafe beli makanan.Kejap je.Nanti aku teman kau kat bilik."Ikmal menjawab sambil tersengih.Alief sekali lagi memalau dia dan terus berlari meredah hujan.
"Fuh.. tak berubah.Beku kalau dengan aku.Haih.."Ikmal menggeleng sebelum lesap ke kafe.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Ni ke biliknya?"
Seorang pemuda memegang tombol pintu bilik.Tak berkunci.Jadi dia pun terus buka.Alangkah terkejutnya dia bila nampak seorang lelaki di dalam bilik itu sedang membuka butang bajunya.Lelaki itu pun terkedu.
"Aaaarrghhhhh!"maka jeritan wanita mula bergema diseluruh blok 7 itu.
"Huhuhu... bonda... mata anakanda dah tak suci.Huhuhu..."pemuda yang berdiri di luar tadi mencangkung sambil menekup tangan di muka.
"Err.. kamu yang berada di luar tu.Masuk lah.Saya sudah selesai menyalin baju."kata lelaki tadi sambil menggaru belakang leher.Rasa janggal pula rasanya.
"Ni pehal menonggeng depan pintu ni?"Alief yang muncul entah dari mana menegur pemuda yang mencangkung tadi.Pemuda itu mendongak memandang Alief.
"Eh.. tak de pa pe.Cuma.. salah faham sikit je.Hehe..."dia terus pecut masuk ke dalam bilik.Alief hanya terkebil-kebil di depan pintu.
"Kamu berdua siapa?Penghuni bilik ini juga?"tanya lelaki berbahasa baku tadi.Alief hanya mengangguk sambil mengheret begnya masuk.Pemuda tadi terus menghempaskan badan di atas katil setelah melempar begnya di salah sebuah almari kosong.
"Aku, Alief.21 tahun."kata Alief selepas meletakkan begnya.Dia bersalaman dengan lelaki tadi.
"Haha.. aku pula Syahmie.Umur 23 tahun."tiba-tiba muncul pemuda berambut merah tadi ditengah-tengah.
"Aku tengah-tengah.Nama, Irsyad dan 22 tahun.Hehe.. "kata Irsyad sambil menyalam kedua duanya serentak.Alief dan Syahmie tersenyum janggal.
"Aku rasa, lebih baik kau pergi mandi.Basah teruk ni."kata Syahmie sambung melipat baju.Alief mengangguk dan mula mengeluarkan baju yang hendak di guna.Irsyad pula sambung bergolek di atas katil.
Mereka tidak bersuara sehinggalah Alief selesai mandi.Syahmie pula selesai mengemas baju-bajunya.
"Kau tak kemas baju, Irsyad?"tanya Syahmie pada Irsyad yang masih di atas katil membelek telefonnya.Irsyad menggeleng laju.
"Malas ah."jawabnya pendek.
"Aik.. dah ada tiga penghuni?Kita lewat lah, Farish.."satu suara berkata membuatkan mereka bertiga menoleh ke arah pintu yang kembali terbuka.Seorang lelaki berambut putih berdiri sambil bercekak pinggang.Di lehernya dia gantung beg.Tersembul satu kepala manusia disebalik pintu bilik.Seorang lelaki berambut hitam pekat.
"Tu lah kau, bang.Aku pesan jangan tidur dalam train.Tak pasal-pasal dah lambat."lelaki bernama Farish itu menolak badan si abang dan melangkah masuk ke dalam dengan muka tak bersalah.
"Hai semua! Aku Farish dan ni abang aku Firash.Aku 21 tahun."kata Farish sambil menunduk beberapa kali.Firash muncul dan mengetuk kepala Farish sekali.
"Auch!"
"Kan aku dah kata.Nak tegur orang, salam.Bukan tunduk!"kata Firash tegas kemudian tersenyum kembali memandang Alief, Syahmie dan Irsyad.
"Maaf semua.Aku Firash.Umur 25 tahun."kata Firash kemudian menyalam satu-persatu manusia tadi.
"Jadi.. kau lah paling tua?"Alief bertanya.Firash terus murung di sudut bilik.
"Haloh... perlu ke mention tua tu?Haku muda gi au?Hiks.."semua facepalm.Tak semengah punya perangai.
"Aku tak kenal jantan tu."kata Farish amnesia dua saat.
"Jadi.. kau dengan Alief paling muda kat sini?Hohoho.. aku boleh buli ni."Irsyad mula tumbuh tanduk syaitan.
"Sebelum aku sumbat kau di dalam almari itu, baik kau batalkan niat tidak murni itu."tegur Syahmie dengan nada seram.Meremang terus bulu roma Irsyad.Farish ketawa puas.
"Tak.Bukan kami paling muda Ada lagi sorang kawan aku, Ikmal.20 tahun.Dia dah sampai lama dah.Katanya nak beli makanan tadi.Tapi sampai sekarang tak balik."kata Alief lalu membaringkan diri di atas katil.Yang lain pun dah ambil tempat masing-masing.Firash sibuk memasukkan pakaian ke dalam almari.
"So.. 6 orang semuanya?Mana lagi sorang?Bukan 7 ke?"tanya Farish hairan.Alief hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
WEEEUUUUU WEEUUUU
Tiba-tiba satu bunyi siren menyentakkan penghuni bilik 777 itu.Firash yang tengah strugle nak letak beg di atas almari pun terkejut dan jatuh.Beg tu terus menghempap dia.
"Aku hidup lagi!"kata Firash.
"Perhatian penghuni bilik 777.Butang kecemasan telah diaktifkan dan kamu semua perlu berkumpul dilokasi yang telah diberi melalui telefon.Sila berkumpul segera."suara sistem membuatkan mereka berpandangan.Sepantas kilat Irsyad buka pintu nak keluar diikuti ahli lain.Tapi apa yang mengejutkan mereka ialah, seorang budak yang baru nak ketuk pintu terkedu di situ.Beg yang digalas, dikepit kuat.
"Err.. hai?"
"Kau siapa?"tanya Syahmie yang tersembul kepalanya diseblik pintu.Firash dan Farish juga menjenguk.Alief dan Irsyad yang berada di depan sekadar memerhati budak tak cukup ketinggian itu atas bawah.
"Penghuni bilik ni?"jawab budak tu serba salah.
"Owh.. nama?"tanya Farish pula dan budak tu masih tersengih.Nampak comel je dimata lelaki lelaki itu.
"Awiesh."
"Umur?"giliran Alief pula bertanya.
"20."
"Dah jom.Tinggalkan dulu beg kat sini.Kita pergi lokasi ni."Syahmie terus merempuh keluar dan mengarahkan adik-adik barunya.Awiesh mengangguk tanpa banyak cakap dan mencampak begnya ke dalam.Mereka terus bergegas ke lokasi yang diterima.Hujan yang masih belum berhenti melambatkan lagi pergerakan mereka.