Perbezaan Suasana

Aku keluar dengan membawa 2 file di tangan ku dan tiba-tiba "Hana!" suara yang familiar memanggil ku dan berlari ke arah ku iya dia Hari. "Hari yah mianhaeyo (maaf) sebab tidak lunch sama kamu." kataku dengan memandangi mukanya yang agak pendek dari ku. "gwaenchanayo (tidak mengapa) Hana. Kamu pasti mencari jurubahasa kan." katanya seperti boleh membaca segala isi fikiranku dan menarik tangan ku ke suatu arah. Suasana di luar bilik tempatku bekerja 180 darjah lebih ceria dari tempatku. "kalau aku tau suasana jadi pekerja biasa aku sudah pasti tidak akan ikut temu duga untuk jadi PA, lagipun aku sangat inginkan gaji PA sebab aku ingin membayar semua hutang bibiku dan keperluan hari-harian kami .Aku perlu bersyukur dan harus bertahan apapun ujian yang akan datang." bisik hati kecilku dan memandangi semua pekerja yang sangat ramah dan suasana kerja yang aku idamkan.

"Hana!." suara yang aku rindukan dari dulu iaitu kawan seuniversiti ku. "Minhyuk! Kamu kerja di sini?" panggil ku dengan nada yang agak gembira kerana semenjak dia lulus dari universiti kami tidak pernah berjumpa lagi. "Iya aku kerja di sini, aku bahagian ketua kumpulan Alpha group yang paling di sanjungi di syarikat ini." katanya sambil menyombongkan diri dan melipat tangannya seperti biasa. "hahahah kamu tidak berubah dari dulu." kataku sambil tertawa dan memberikan file itu kepada jurubahasa yang Hari tunjuk.

"Hana kenapa kamu bekerja disini? Bukannya kam..." tanya Minhyuk dan aku potong di bahagian pertanyaan seterusnya kerana aku tahu apa yang dia ingin katakan dengan raut wajah yang kebingungan dan perlukan jawapan segera. "ne (iya) aku sudah biasa jangan risau aku bijak dalam hal waktu hehehe." jawabku dengan yakin ditambah dengan sedikit kata untuk menenangkan diri lalu pergi ke cafe yang berada di hujung untuk membuatkan boss kopi.

"Capt, kami sudah siap melakukannya." suara itu berasal dari seorang wanita yang tidak seberapa cantik memanggilnya dengan senyuman dibibirnya yang membuatnya kelihatan sangat cantik. Patutlah bibi selalu menyuruhku untuk murah senyum kerana aura dari senyuman itu membuat kita kelihatan lebih cantik. "Bye Hana nanti kita bercerita lagi aku punya banyak soalan yang mau aku ajukan kepadamu." kata Minhyuk yang melambaikan tangannya dan aku membalasnya dengan senyuman.

"Hana, kau kenal sama dia." tanya Hari yang tiba-tiba datang entah dari mana. "Oh Minhyuk, iya dia senior ku waktu dia masih di universiti dulu." jawabku yang sedang sibuk mencari kopi yang diinginkan oleh boss lalu ku masukkan ke dalam Nespresso coffee machine. "Ohh~ begitu yah." jawabnya sambil menganggukkan kepalanya tanda faham. "Hari aku pergi dulu nanti boss lama menunggu." kataku yang ingin berlalu pergi. "Ok Hana." jawabnya dengan semangat.