Hmmm... Kisah hidup saya....
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Saya anak kedua daripada 6 orang adik-beradik.
Saya masih mempunyai ibu dan bapa saya pula sudah lama hidup di alam lain sebab Tuhan lebih sayang dia. Bapa pergi dulu dari kami. Kami sayang bapa... Rindu bapa.
Dipendekkan cerita, semasa kecil saya ni seorang yang nakal tapi pemalu. Rindunya zaman kanak-kanak. Kalau boleh diputarkan masa. Mau saja saya hidup dalam zaman kanak-kanak sebab rasa bahagia sangat.
Kalau mau cerita semua memang sangat panjang kisah hidup saya. Tapi zaman kanak-kanak saya pun tidaklah bagus sangat. Saya cakap macam tu sebab bayangkan saya baru dalam lingkungan umur 10 tahun saya sudah memahami erti seksual. Sebab saya pernah mengalami gangguan seksual daripada beberapa orang lelaki. Kebanyakkan tidak lain dari keluarga saya sendiri. Saya pernah diraba semasa tidur oleh pakcik sendiri. Tapi saya pandai mencari taktik supaya dia tidak mengganggu saya. Dan dia juga pernah cuba meraba adik saya yang tidur disebelah saya pada masa itu. Dan saya cuba taktik yang sebelum ini saya pernah buat supaya dia tidak teruskan niat dia untuk ganggu adik saya. Ada pula yang mengajak melakukan hubungan intim tapi kerana takut saya terus melarikan diri. Macam-macam kisah hidup saya masa zaman kanak-kanak tapi kita berhenti setakat disini saja tentang zaman kanak-kanak saya.