Sayu

Di saat aku mendengar jeritan anak kecil, aku tahu... aku sudah sah menjadi seorang ibu. keringatku, tidak putus-putus menitis jatuh. aku tercungap-cungap dan mulai merasa kekuatanku melayang entah ke mana. Kelopak mataku terasa sangat berat, tetapi aku kuatkan hati untuk mengangkatnya.

Aku ingin lihat, darah dagingku dengan mataku sendiri.

'manalah tahu, ini kali terakhir aku melihat dia...'. Aku menatapi bayi munghil yang tidak berhenti-henti menangis, membakar memori setiap inci dan saat ke dalam kotak mindaku. Tanganku mengeletar, ku tadahkan ke atas kepalanya.

"Welcome, my little princess. It's a harsh world but everything will be okay.. I will be your supermom. " Aku menutup mataku dan bersyukur kepada Tuhan.

'God,... Please give me monstrous strength because i am weak, weak human.' Aku sudah memilih jalan hidupku, it's done. Aku akan hidup. Anak ini juga akan hidup. Aku akan berjuang demi kehidupan kami.

'We will give you anesthesia. Can you sign here?" Aku memampukan seluruh kudrat yang masih ada untuk memegang pen dan menurunkan tandatanganku di satu kertas kecil. Doktor lelaki itu tersenyum, dan menyuntik masuk ke dalam iv line yang ada di pergelangan tanganku.

"Count with me... dear.. RAZ, DVA,, THRE-" perlahan-lahan, aku dibuai mimpi...

*********************************************

Aku melihat telefon bimbitku sehari selepas melahirkan anakku.. makian demi makian daripada 'bapa' kepada anakku, dilontarkan kepadaku melalui text mesej.

'Saya tidak mau bertanggungjawab dengan anak tu'.

'i'm not asking you to.'

"STUPID WOMAN! babilah kau sana" bla. bla. bla and so on.. benda yang melucukan pula, aku sudah terbiasa dengan kata-kata makiannya sehinggakan aku percaya setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya. Aku sedar.. cara pemikiran aku berbeza daripada orang lain. Kalau orang lain dilemparkan kata-kata makian, mereka akan membalas untuk mempertahankan diri mereka.. Aku? It was almost as if, aku tidak pernah berpihak dengan diriku sendiri. Sepertinya aku menganggap semua orang benar kecuali diri aku sendiri.

Aku sering kali tertanya-tanya dengan diri aku, bagaimana aku boleh mempunyai perasaan terhadap lelaki seperti dia? Sebab kata-katanya yang manis? Sebab wajahnya yang kacak? atau sebab dia pelajar perubatan seperti aku? Tiada satu jawapan yang muncul dan berakar di hatiku.

Hari bersilih ganti dan cuma wajah bayi kecil menjadi sumber kebahagianku. Saat aku berasa sebak memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini, memikirkan bagaimana aku harus memberitahu keluarga aku mengenai anak kecil dalam kendonganku... aku mencuit pipi bayi kecil ini.

'call me mama... baby El. Do you love me? Will you love me even when i'm at my worst?' aku mencucuk-cucuk pipinya yang gebu sambil tersenyum.

"Come on.. wake up... don't sleep only... Kasi kawan mama... baby girl.."

Jururawat Russia yang sering kali menolong aku selama ini, menyapa aku dengan senyuman.

"Malaijiet Kuinta... Ti mozet viti segodnia."(Well done, Quinta. Awak boleh discharge hari ini.) Dia membelai kepalaku dengan penuh kasih sayang seperti seorang ibu. Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih sambil menundukkan kepala aku. Dibalik senyumanku, hatiku bergetar, kerana aku tahu... aku tidak punya apa-apa... dinding putih disekeliling aku ini tidak lagi mampu melindungi aku daripada realiti. Aku harus memberanikan diri aku untuk melangkah keluar daripada istana putih ini bersama dengan anak aku.

Aku melihat ibu-ibu lain membalut anak mereka dengan kain sutera yang dihiasi dengan sulaman tangan ibu mereka sendiri. Anak mereka kelihatan berseri-seri. aku melihat anak aku yang terbaring di atas katil aku... Dia dibaluti dengan selimut yang buruk. Musim salji merupakan musim yang amat sukar untuk penduduk di negara empat musim ini, terutamanya bagi mereka yang bukan daripada keluarga yang berada. Anak kecil tidak akan mampu bertahan dengan suhu yang sangat rendah. Which is why, family harus menyediakan pakaian yang tebal dan banyak bagi anak kecil yang bakal dilahirkan.

Aku tidak mempunyai sebarang persediaan.. Sepatutnya aku sudah membeli semua persiapan bayi.. tetapi disebabkan lelaki itu menidakkan aku untuk membeli barang-barang bayi. mengambil duit aku.. aku tidak punyai apa-apa.. air mataku menitis jatuh. aku mengangkat bayiku dan keluar meninggalkan bilik wad tersebut. untuk pertama kalinya, pintu besi yang tidak pernah terbuka bagi pengungjung dan ibu-ibu di dalam, dibuka dan aku melihat salji tebal menghiasi halaman depan hospital bsmp. Jejakku terhenti seketika apabila aku memerhatikan gelagat keluarga di hadapan. mereka menyambut ibu dan anak itu dengan payung cantik, dengan bunga-bungaan.. pelukan dan pujian.. Pintu kereta terbuka luas baginya, kelahiran anak itu diraihkan dengan penuh kegembiraan. Aku mengetapkan bibirku dan melihat anak kecilku. Aku berasa sangat 'helpless'.. aku melihat kekerdilan keupayaan aku. Segala pencapaian aku dalam hidup aku sebelum ini retak dan berkecai begitu sahaja. Aku belajar dengan cara yang amat sukar.. untuk bertanggungjawab akan kesilapan aku. Untuk memulakan bab baru dalam hidupku..

"Maafkan mama, El... I couldn't give you like that.. But i'll promise you... mama akan berusaha untuk berikan kau hidup yang terbaik.."

aku melangkah keluar dan melihat taxi driver, Sasha, seorang lelaki tua yang sangat baik yang selalu membantu aku. Dia membuka pintu keretanya. Shasha.. dia merupakan father figure aku di dunia asing ini. Dia membuka topinya dan meletakkan topi di dadanya. Dia memberikan senyuman lebarnya.

"Malaijiet, Quinta.."

"Spasiba, Sasha..." (thank you, sasha). Dia kemudian memakai topinya kembali setelah aku duduk di dalam kereta. Pandangan mataku melirik kearah hospital yang disaluti salju putih.

"This is just a beginning.."