Bab 2

Bilik kaunselor adalah salah satu tempat dimana Si Z suka menyendiri. Pada hari tersebut, daripada menyendiri, ramai pula orang di bilik kaunselor itu melihat PC beramai-ramai. Kata mereka, melihat gambar dan video yang dah lama berlalu dulu, throwback lah kiranya. Disebabkan kebosanan dan tiada apa yang perlu dibuat, Si Z melihat juga bersama apa yang buat mereka bergelak ketawa dan seronok tergelak tu.

Kebetulan pada masa itu mereka sedang melihat video dimana seorang senior buat pelik-pelik semasa mereka sedang melakukan aktiviti riadah bersama. Apa lagi! dibahannya senior itu dah alang-alang orangnya ada dekat dengan mereka. Gian tawa mereka. Yang senior pula chill baik! Tak hairan adik2nya membahan.