BAB 5

"Tapi kalau saya tak nak balik boleh tak? saya nak tenangkan diri saya dulu"ujar melissa membalas pandangan namjoon, namjoon hanya mengeluh dan kembali menatap ke langit yang semakin gelap.

Dalam sisi dunia lain, puan rozi cemas apabila dia melihat darah yang keluar dari pergelangan tangan anaknya, dia segera mencapai telefon bimbit miliknya dan segera mendail suaminya,"Abang anak kita abang!" ujar puan rozi cemas,encik rizal yang tercengang dengan suara cemas isterinya menyuruh isterinya bersabar, "kenapa dengan anak kita zi, " tanya encik rizal.

puan rozi cuba untuk menahan getar dibadannya dan terus berkata" melissa kelar tangan nya denga pisau, saya dah telefon ambulans dan kami dalam perjalanan ke hospital" ujar puan rozi sambil melirik wajah melissa yang pucat bibirnya, encik rizal yang mendengar khabar itu segera mengemas barang nya dan bergegas menuju ke hospital, puan rozi yang cemas sentiasa melirik kearah wad kecemasan, seketika suaminya tiba membuat kan hainya semakin sedih pabila melihat airmata suaminya yang mengalir.

Encik rizal berlari mendapatkan isterinya, dan segera memgang bahu isterinya"macam mana boleh jadi macam ni rozi ! " dengan tegas, puan rozi hanya menatap suaminya dan kembali menangis dan berkata" semua ni salah rozi bang! kalau rozi tak marah kan lissa untuk mengalah pada layla, mesti tak jadi macam ni?! semuanya salah rozi..," tangis puan rozi menyesal akan tindakannya, encik rizal seakan kecewa dengan isterinya, mengeluh keras dan melepaskan genggamannya dari bahu isterinya , encik rizal berpaling , kata-katanya membuatkan puan rozi menyesal akan tindakannya ," abang cukup kecewa dengan kamu rozi, abang dah katakan, jangan pernah memilih kasih diantara layla dan melissa, setiap anak kita ada kelemahannya, tapi jangan jadikan kelemahan mereka sebagai alasan untuk kita memndang nya lemah, mereka juga ada keistimewaan tersindiri, tapi awak tak pernah dengar kata abang, awak tetap selalu menangkan layla, dan sisihkan melissa, abang selalu perasan yang awak akan selalu marah melissa, dan manjakan layla" tempelak encik rizal, dia tidak sanggup memandang isterinya lagi,

nyawa anaknya sekarang lebih penting dari dirinya, doktor berjalan keluar dari wad kecemasan , encik rizal yang terlihat doktor itu segera berjalan merapati doktor itu dan menanyakan akan keadaan melissa,"macam mana anak saya doktor? dia selamat ke? tanya encik rizal.

doktor membuka pelitup mukanya dan menggeleng lemah," keadaan anak puan dan tuan sekarang ini dalam keadaan kritikal, beginilah kami dapat jaminkan dalam masa seminggu sahaja, jika anak encik tidak kembali sedar kami minta maaf, kami tidak dapat berbuat apa- apa, " jelas doktor dan berlalu pergi, puan rozi yang mendengar akan hal itu, terduduk dan terpaku.

tiada dia sangka yang semuanya akan jadi begini, anak yang dia kandung dan lahirkan kini bertarung nyawa dan semua ini terjadi atas kesalahan dia sendiri, dia tidak dapat melakukan apapun, hanya airmata yang dia boleh luahkan dari hati nya yang terluka akan sikapnya sendiri.

' maafkan mama lissa, maafkan mama!, mama tak pernah fikir akan perasaan lissa dan apa yang lissa fikir, mama terlalu bodoh sehingga lupa akan kasih sayang yang lissa cuba berikan pada mama,mama menyuesal lisa, tolong beri mama peluang sekali lagi' luah puan rozi dalam hati dengan doa supaya dia dapat diberikan kesempatan untuk dia tebuskan kesalahannya yang dahulu.

BTS WORLD...

melissa yang sedang tertawa akan lawak yang jungkook katakan terhenti apabila dia terdengar bisikan seakan suara mamanya, dan dia segera berkalih namun tiada siapa dibelakangnya,, jungkook yang tertawa segera berhenti sambil memandang lissa, dan bertanya"lissa awak okay?, kenapa? awak tengok apa?" sambil melihat apa yang dilihat lissa, namun tiada apa disitu, lissa yang tersedar segera berpaling dan tersenyum sambil membalas pertanyaan jungkook dengan gelengan dan berkata" tiada apa-apa, jungkook awak rindukan makayah awak tak? tanya lissa sambil tersenyum, jungkook memandang lissa dan tersenyum, sambil menghela nafas"mestilah saya rindukan ibu bapa saya, tapi kerana tugas yang saya kena habiskan saya harus berpisah dengan mereka untuk seketika"ujar jungkook.

jungkook pandang lissa dan bertanya"kenapa awak berminat dengan kumpulan kami?" tanya jungkook dan lissa hanya memandang dan mengeluh lembut," saya minat dengan kamu semua sebab kamu semua selalu membuatkaan saya bahagia walaupun hanya mendengar lagu awak, lagu kamu semua membuatkan saya rasa kuat semangat dan ingin terus hidup, dan saya ambil/keputusan untuk sentiasa menyokong dan mencintai awak semua, sampai sekarang." ujar melissa.

DIHOSPITAL...

puan rozi yang sudah selesai solat, kembali berjalan ke wad yang diduduki lissa, puan rozi menolak daun pintu wad dan terkejut apabila melihat suaminya ada disitu,"abang, kenapa tak balik lagi ?," tanya puan rozi kepada suaminya, encik rizal hanya mengeluh dan berkata" kalau awak nak balik, baliklah, biar saya yang jaga lissa" jawab encik rizal tanpa memandang isterinya" tak apa bang, biar saya jaga lissa abang baliklah, kesian abang penat" ujar puan rozi lembut, encik rizal menatap isterinya tajam," saya bukan suruh awak balik sebab kesian kat awak, tapi saya takut bila saya tinggalkan awak dengan anak saya, entah aa yang awak akan buat dekat anak saya lagi,baliklah, saya tak nak awak dekat dengan lissa." marah encik rizal.