BAB 15

Perlahan² lissa membuka matanya, puan rozi lantas memeluk lissa, " lissa!! alhamdullilah, anak mama sedar juga, mama risau lissa tak akan sedar lagi!" ujar puan rozi teruja, tanpa sedar airmatanya mengalir dipipi namun segera diseka.

puan rozi hairan kerana melissa tidak membalas pelukan nya, wajahnya kosong tiada senyuman ataupun keceriaan,"lissa?, kenapa ni?!, mama risau dengan lissa, kenapa lissa diam macam ni?!" puan rozi menatap mata Lissa yang kosong, " puan, izinkan saya check pesakit" ujar doktor, puan rozi mengangguk dan melepaskan pelukan pada tubuh lissa

doktor menggeleng dan mengeluh" macam mana dengan anak saya doktor?" doktor hanya memandang wajah lissa dengan hampa" puan, cik lissa ni dah lama mempunyai simptom ² anxiety dan desspression, mungkin dulu kalau puan ambil tindakan, mungkin fia boleh diselamatkan, tapi kini.." doktor mengeluh, puan rozi yang tergamam,

hanya mampu menangis " mungkin kalau puan cuba luangkan masa dengannya selalu, mungkin boleh kembalikan dirinya dulu!" ujar doktor, " tapi macam mana doktor!! saya nak anak saya yang dulu!, disebabkan saya, dia jadi macam ni! saya selalu abaikan dia!" keluh puan rozi dengan tangisan, encik rizal yang mendengar dari luar hanya mengeluh lemah

seminggu berlalu, melissa masih tidak beriak dan bercakap dengan mama dan papanya, layla memandang lissa dengan rasa bersalah, teringat kata² puan rozi padanya, dia tahu lissa selalu melayan nya baik namun kerana egonya membuatkan dia membenci kakaknya sendiri.

" kak lissa nak makan tak?, layla boleh suapkan?" ujar layla lembut membuatkan mama dan papanya terpinga, mama melihat layla yang duduk sebelah melissa dan ingin menyuap lissa,"kakak bukalah mulut, layla suap kakak, aah~~ kakak!" layla menyuakan sudu dekat mulut lissa namun lissa mengalihkan wajahnya dan melangkah pergi.

layla hanya memandang lissa yang melangkah jauh darinya, " layla, papa tahu susah untuk layla nak berbaik dengan lissa. tapi layla beri masa dekat kak lissa ye~, dia perlukan masa untuk pulih, papa tahu layla menyesal dengan perbuatan layla dulukan?" layla seraya mengangguk dan menyuakan sudu kemulutnya dan menelan kesat, dia menoleh disisinya, nasi dipinggan lissa langsung tidak disentuh.

lissa yang merenung bulan diluar tingkap biliknya menoleh apabila ketukan dipintu kedengaran, layla senyum memandang kakaknya, namun hanya dipandang kosong oleh lissa" kakak boleh layla masuk~?, layla ada masakkan bubur ayam dan begedil, kakak makan ye? penat layla masak tau?!" ujar layla lembut, mata lissa tertancap padan tangan layla yang memegang dulang, kesan lecur dan tergores jelas kelihatan ditangan adiknya, namun segera layla selindungkan tangannya.

layla melabuhkan punggung dikatil kakaknya. " kakak makanlah, layla tengok akak tak makan langsung tengahari tadi, layla tahu layla salah!, tapi layla sedar salah layla, layla nak berubah, so izinkan layla suap akak boleh tak?"layla menyuakan begedil dimulut lissa, layla tersenyum melihat lissa membuka mulutnya sedikit dan menggigit begedil dan mengunyah perlahan, muka lissa berkerut menahan masin begedil itu membuatkan layla menggigit begedil yang disuapkan ke lissa dan mengunyah sedikit, matanya terpejam rapat bila kemasinan memenuhi ruang mulutnya" masinnya !!" jerit layla sedikit, membuatkan lissa tertawa kecil, layla terkejut mendengar ketawa lissa" kakak tak payah makan lah begedil ni! ,masin sangat!!" ujar layla, seraya tangannya cuba mengambil begedil dimulut lissa namun cepat lissa mengalihkan mukanya dan menelan sisanya " kakak lapar, nak makan bubur layla masak?!" layla tersenyum memandang lissa, airmatanya mengalir deras namun tersenyum nipis sambil menyuap lissa , hatinya terharu bila lissa sanggup memaafkannya walaupun kesalahannya besar dan tak pantas untuk dimaafkan, layla melihat bubur ayamnya yang habis dimakan lissa , dia membasuh pinggan didapur dan kembali dibilik lissa kembali, layla memerhati lissa dari pintu biliknya," kalau layla nak tidur dengan kakak, meh la sini?!, kakak dah ngantuk!" ujar lissa, layla pantas mengambil bantal dibiliknya dan melompat menaiki katil kakak nya, Melissa terkejut bila layla memeluk erat badannya kaki dan tangan layla melingkar dipinggang dan perut lissa, " goodnight kakak.. muaahh!" ujar layla seraya mencium pipi lissa . lissa hanya tersenyum dan terus dibuai mimpi.

puan rozi pelik melihat bilik layla yang kosong," mana pula pergi budak layla ni?" dia melangkah kebilik lissa dan mengetuk pintu biliknya, " lissa dah bangun ke?, mama buka pintu ye?" puan rozi terkejut melihat layla memeluk lissa yang masih tidur pulas, hatinya tenang melihat kedua anaknya , tidur bersama, Melissa memandang mamanya sambil memeluk layla yang masih tidur, baru sahaja tangannya ingin beralih dari layla, layla merengek dan menarik tangan Lissa kembali" mama tolong lissa~" namun hanya dibalas tawa oleh puan rozi.