BAB 7

Jimin yang berasa geram dengan namjoon, dia menghempas pintu biliknya Dan tidur dengan perasaan marah, pada keesokan paginya, Melissa bangun dan lakukan rutin hariannya, Dan mengucapkan selamat pagi kepada mereka semua, kecuali jimin Dan namjoon, Melissa yang perasan akan Hal itu, mengambil tempat disebelah taehyung Dan berbisik kepadanya" taehyung oppa, kenapa dengan jimin Dan namjoon oppa? pelik Lissa tengok" sambil melirik kearah mereka berdua yang masam mencuka, taehyung mengalihkan pandangannya ke Melissa Dan mengeluh kecil,

Dia mendekati Melissa Dan berbisik" jimin marah dekat namjoon hyung pasal Kes semalam, jimin rasa Tak adil sebab namjoon hyung Tak bagi Lissa pilihan, sebab tu mereka Tak betegur Sapa sekarang" ujar taehyung berbisik, Lissa berasa agak bersalah kerana dirinya , jimin Dan namjoon bermasam muka.

lissa yang kekenyangan, meminta izin untuk kembali ke biliknya, dia melalui ruang tamu, namun terhenti apabila dia lihat jimin yang berseorangan disofa termenung , Lissa mendekati jimin "oppa? kenapa oppa Tak duduk dengan oppa yang lain?" sambil melabuhkan punggungnya disebelah jimin, jimin tersenyum nipis Dan memandang Lissa dengan pandangan yang sayu," oppa rasa nak berseorangan je dekat sini" Lissa menghela nafas berat Dan berkata" oppa jangan marah namjoon oppa, sebenarnya apa yang namjoon oppa cakap memang betul, Lissa ada keluarga yang tunggu Lissa, dan Lissa Tak boleh penting diri, Lissa memang seronok duduk dekat sini, tapi lissa kena juga fikir kebahagiaan orang lain juga, jadi Lissa rasa namjoon oppa cuma nak yang terbaik untuk kita semua" jelas Lissa dengan lembut,

jimin yang mendengarnya tersenyum nipis Dan berkata" tapi lissa, namjoon hyung Tak Beri Lissa pilihan, sama ada Lissa nak ikut kami atau pulang? jadi oppa rasa Tak adil Macam tu Lissa, oppa sayang kan lissa sangat" sambil memandang Melissa sayu, Lissa peluk jimin Dan berkata" Lissa pun sayang jimin oppa macam Lissa sayang members yang lain" namun bila jimin mendengar kata Lissa, senyumannya hilang Dan melepas keluhan berat, ' tapi saya sayangkan Lissa lebih dari itu, saya cintakan lissa' kata jimin dalam hati.

DIHOSPITAL•••

encik Rizal yang sudah 2 minggu menjaga Melissa di hospital, kembali pulang kerumah Dan disambut oleh puan rozi," abang nak makan ke? saya boleh hidangkan" kata puan rozi bila melihat suaminya dihadapan pintu.

encik Rizal hanya melirik Dan melangkah memasuki biliknya, puan rozi mengeluh Dan berjalan lemah kearah dapur untuk menghidangkan makanan untuk encik Rizal,

selepas membersihkan diri, encik Rizal berjalan keluar dari kamar mereka dan menuju ke pintu rumah, puan rozi yang baru selesai membersihkan dapur, melihat suaminya yang baru sahaja ingin keluar, dengan segera puan rozi menarik lengan baju suaminya Dan berkata" abang, makanlah dulu, saya dah hidangkan untuk abang, rasanya kalau Melissa ditinggalkan sekejap Tak apa kot?, sebab Kat hospital tu ada doktor Dan nurse boleh tengokkan dia" ujar puan rozi, encik Rizal menyentap lengan nya dengan agak kuat membuatkan puan rozi terkedu, " kalau dia boleh panggil nurse dengan doktor tu, kalau Tak boleh ! awak nak tanggung risikonya ke? kalau doktor Tak dengar panggilan dia, awak nak buat macam mana? saya Tak sekejam awak ! nak biar anak saya sorang-sorang Kat wad tu, lepastu lebih pilih Layla dari dia, ! oh saya lupa!? awak suka lah kan bila Lissa Kat hospital tu sorang-sorang pastu sakit tenat sorang-sorang, lepastu mati, awak nak kan macam tu awak sukakan!?" ujar encik Rizal dengan geram.

puan rozi yang Cuba menahan airmatanya, tanpa sedar airmatanya mengalir di pipinya, " abang, besar sangat ke salah saya bang! sampai abang tuduh saya macam tu? saya Ibu dia abang ! saya yang melahirkan dia, saya yang mengandungkan dia selama 9 bulan, ibu mana yang sanggup mengharapkan anaknya mati abang !? tolong lah jangan tuduh saya macam tu ?!" tangis puan rozi, encik Rizal berpaling dari isterinya Dan berkata" memang awak melahir Dan mengandung kan dia, tapi bila dia dah besar, apa yang awak buat dekat dia, awak abaikan dia, awak pilih kasih dengan dia, pernah awak Beri dia perhatian, Tak ! saya Tak pernah langsung tengok awak luangkan Masa awak dengan dia! kalau awak ibu dia, awak Tak akan pernah pilih kasih ! awak Tak akan banding- bandingkan dia dengan Layla, ibu jenis apa awak ni hah rozi !" marah encik Rizal,

puan rozi hanya berdiam diri Dan menunduk lemah, malu akan sikap nya yang dulu. kata suaminya memang benar sekali, jika dia seorang ibu,mengapa dia memilih kasih antara Layla Dan Lissa , dia memang ibu yang tidak berguna. dia merasakan yang dia tidak layak untuk digelar ibu.

' maafkan mama lissa, mama Tak pernah sedar kesalahan mama Dan sikap mama pada Lissa, mama Tak tahu yang lissa harus hadapi semua ini disebabkan sikap egois Mama' kata puan rozi dalam hatinya, sambil menahan sendu tangisannya .

bts world....

jimin yang sedang melihat lissa dari jauh, tersenyum apabila melihat senyuman yang lissa lemparkan pada Jungkook, dia ingin meluahkan perasaan nya, namun dia takut yang cinta nya ditolak, lamunannya terhenti apabila taehyung duduk bersebelahan dengan nya, taehyung melirik kearah lissa, dia tahu apa yang bermain dibenak kawan nya itu, Dan memeluk bahu jimin seraya berpesan"jangan pernah mengejar angin jimin, kau Tak akan boleh menggenggam nya, aku tahu apa yang kau fikirkan, hentikan perasaan itu, aku Tak nak kau kecewa ataupun dia terluka, ".

jimin mengalihkan tatapannya ke arah taehyung, dia seakan faham akan pesanan taehyung, dia kembali mengeluh Dan meraup wajahnya," apa yang harus aku buat taehyung ? aku dah terjatuh hati dengan nya, aku Tak boleh menidakkan perasaan ini? " jawab jimin, taehyung hanya mengerutkan pautan pada bahu kawannya itu," aku tahu itu jimin, tapi kau kena tahu jimin, dia Dan Kita terlalu berbeza !, dia Muslim Dan Kita Kristian !, Kita di Alam bawah sedar dia, sedangkan dia nyata jimin, Kita Tak boleh melawan takdir, cinta boleh disingkir kan, hanya perlu waktu Dan pasrah," ujar taehyung lagi, jimin dapat merasakan kesakitan did hatinya, namun apa yang dikatakan taehyung benar, dia tidak berhak merampas Melissa dari tuhannya Dan melawan takdir yang tertulis untuknya.