Bab 13

Lissa menangis sepuas hatinya, hatinya merasa sakit yang membuatkan kepalanya semakin sakit, dia memegang kepalanya dengan kuat, " arggh!!, sakitnya !" jerit Lissa menahan sakit, kemudian dia berasa gelap Dan dingin.

matanya terbuka perlahan bila dia mendengar namanya dipanggil," Melissa... Melissa!" panggil namjoon yang terkejut bila melihat Melissa kembali kesini balik, " apa yang awak buat dekat sini Lissa?!, bukan sepatutnya awak dah kembali kedunia awak?"Tanya namjoon pelik.lissa memegang kepalanya yang sakit," saya dekat mana ni?" Tanya Lissa sambil memandang Kiri Dan kanan, ' magic shop?' gumam Lissa dalam hati,

namjoon membawa Lissa pulang ke villa mereka, mereka terkejut bila melihat Lissa kembali kepada mereka balik," Melissa!!, kami rindu Lissa!" ujar Jungkook seraya memeluk tubuh kecil Lissa, Lissa tersenyum Dan membalas pelukan Jungkook, " Lissa pun rindu kamu semua" Lissa melepaskan pelukan Jungkook, Dan matanya melihat sosok yang memandang Lissa dengan takjub,Lissa mendekati Jimin Dan menyentuh lembut pipi Jimin yang agak cengkung Dan pucat itu" jimin~" hanya itu saja yang dapat lissa ungkapkan, Jimin mengalirkan air mata, melihat wanita yang dia amat rindui berada dihadapannya kini" lissa~" ujar Jimin seraya memeluk tubuh Lissa erat, Lissa mengalirkan Air matanya, hoseok mengesat airmatanya Dan tersenyum,hatinya kini tenang melihat senyuman diwajah Jimin membuatkan dia berpuas hati, Lissa mengesat airmatanya.

malamnya Lissa menemani Jimin makan Dan memberinya ubat untuk nya" kenapa awak jadi macam ni Jimin?" Tanya Lissa, Jimin memandang Lissa Dan mengeluh" rindu saya kepada awak membuatkan saya macam ni Lissa, saya Tak boleh hidup tanpa awak Lissa, setiap hari saya merindui awak, setiap saat saya menangis mengingati awak, tapi saya tahu yang Kita dari dunia yang berbeza, Dan Tak mungkin Kita boleh bersama" jelas Jimin, hatinya sakit bila mengingati cinta terlarangnya kepada Lissa, Lissa berasa sedih Dan sakit, dia memandang Jimin seraya bangun dan berlalu ketingkap" maafkan saya Jimin, jika saya Tak mampu untuk membalas cinta awak, tapi awak kena sedar yang Kita dialam yang berbeza, Tak mungkin Kita boleh bersama" jelas Lissa , Jimin Tak mampu menahan airmatanya Dan membawa diri kebiliknya meninggalkan Lisa didapur, Lissa mengeluh Dan berjalan keluar untuk menghirup udara segar.

Razi mengetuk pintu bilik Melissa, " lissa, buka pintu ni sayang?, papa dah marah Layla dah, Lissa buka pintu Lissa" pujuk Razi, namun dia berasa pelik bila anaknya tidak menyahut sambutannya," rozi, tolong ambil kunci bilik Lissa ni!, cepat!" arah Razi pada isterinya, dia membuka pintu bilik Lissa menggunakan kuncinya, alangkah terkejut dia bila melihat anaknya terkulai layu dihadapannya, " rozi telefon ambulans cepat!" arah Razi bila melihat isterinya yang terduduk bila melihat anaknya begitu" ya Allah Lissa, anak mama!" ujar rozi memangku anaknya diriba, ambulans membawa Lissa kehospital, encik Razi Dan puan rozi menunggu diruang menunggu,Layla yang berdiri agak jauh dari Ibu Dan bapanya, ditatap tajam oleh Razi" puas hati kamu sekarang ni Layla!?, bila kakak kamu jadi macam ni!?, kamu nak tunggu kakak kamu mati dulu baru kamu puas ke?" jerkah Razi yang sudah hilang sabar, Layla menjeling papanya Dan menjawab" kalau dia mati pun lagi baik lah!, sekurang²nya kuranglah beban papa and mama sikit kan?!" jawab Layla , namun tanpa dia sangka puan rozi menampar nya dengan kuat" kurang ajar !!, kau sedar Tak dengan siapa kau bercakap Layla!?, apa yang merasuk kau ni hah Layla!?, menyesal mama selalu bela kau, kalau aku tahu mulut kau macam ni, dah lama aku ajar kau cukup²" tengking puan rozi, Layla menangis bila mama nya menamparnya, Layla merenung tajam mamanya" sampai hati mama tampar Layla! mama pilih kasih !! mama sanggup tampar Layla disebabkan pompuan tu!!" jerkah Layla balik, puan rozi merentap lengan Layla dengan kuat Dan membawanya kearah wad icu, Layla melihat kakaknya yang terbaring lesu Tak bermaya, puan rozi memegang kepala Layla supaya Layla dapat melihat tubuh Lissa seperti mayat hidup,

"perempuan, yang kau kata beban Dan kau benci ni pernah selamatkan nyawa kau dulu!, kau tahu Tak?!, kakak kau pernah derma separuh dari hati dia untuk kau dulu!, tanpa minta ganti, kakak kau banyak beralah pada kau Dan korban kan kasih sayang mama dan papa untuk kebahagiaan kau!!, cuma kau terlalu buta untuk nampak semua ni, mama menyesal kerana layan Lissa lebih kurang dulu, Dan mama Tak nak kau menyesal seperti mama, mama nak kau sayang kakak kau macam mana dia sayang kau Layla, lebih baik kau balik, bila kau dah sedar salah kau, baru kau boleh datang sini balik!" ujar rozi, seraya menolak sedikit Layla Dan segera masuk ke wad Lissa. layla mengesat airmatanya, Dan melihat Lissa , sebelum berlalu pergi, encik Razi memandang isteri Dan anak bongsunya bersilih ganti, dia mengeluh Dan meraup wajahnya.