Luka di hati Ros Hanania masih berbekas dek kerana Amirul Zaidi insan pertama yang disayangi pergi menghilangkan diri tanpa berita.Mengenali insan baru, khairil di sebuah laman web mencari jodoh bukanlah perkara yang disangka bagi Ros Hanania.
"Kau betul suka khairil?" Fadhlin serius sahaja mukanya.
"Entahla,kadang aku sayang dia kadang rasa macam tak" Ros Hanania masih ragu dengan apa yang dirasa.
Khairil,baginya siapa yang hadir dalam hidupnya pasti dia akan hargai tapi dia tidak akan berharap untuk selama dengan insan tersebut kerana dia yakin manusia pasti akan pergi satu hari nanti.Mengenali Ros Hanania membuatkan dia ingin menjaga wanita itu walaupon tidak pernah bersua muka.Namun langit tidak selalu cerah,datang pelbagai dugaan untuk dia mendekati Ros Hanania.
"Kau tak pernah layak untuk dia la perempuan,kau kene sedar kau tu takkan pernah layak untuk khairil" herdik Dania
Hadir Amirul Zaidi secara tiba-tiba di hadapan Ros Hanania membuatkan dia berdebar,disaat dia sudah melupakan Amirul Zaidi muncul pula dia untuk menagih cinta kembali membuatkan khairil sedar Ros Hanania pasti akan hilang di hatinya.
"Abang,Orang janji orang akan ada sentiasa dengan abang.orang takkan tinggalkan abang" .khairil tersenyum lega mendengar jawapan dari Ros Hanania.
Namun,hati manusia sentiasa berbolak balik,janji hanya di bibir namun tindakan yang menentukan segalanya.Atas dasar terpaksa Ros Hanania pergi untuk sekian kalinya dan ini membuatkan Khairil terpaksa membuat sesuatu yang tak terjangka dek akal supaya Ros Hanania sentiasa akan menjadi miliknya.
"Kau betul nak buat macam ni?kau tak takut kene tangkap nanti?" Soal Amad dengan riak risau, dia yang pada mulanya terkejut selepas mendengar rancangan gila khairil.
"Aku terpaksa sebab aku taknak kehilangan dia lagi,cukup dia dah pergi sekali bukan untuk kali ke 2 dan kalini aku akan pastikan dia jadi milik aku" khairil sudah fikir dengan teliti rancangan yang akan dia buat dan dia berharap semua akan berjalan lancar. Tapi adakah rancangannya akan berjaya?adakah Ros Hanania akan kembali ?atau ia hanyalah angan-angan yang takkan menjadi kenyataan?