Chapter 4: Changed

Syazana dan Zara beriringan masuk ke kedai barangan kosmetik. Syazana yang paling teruja apabila kakaknya mengajaknya. Bukan selalu kakaknya itu mengikutinya ke mall untuk tujuan mencari mekap.

Sejak Zara berubah dari Zara dahulu yang ke Zara yang fashionista,Syazana tidak dapat melayan karenahnya. Kemarin Zara mengajak ke mall untuk membeli kasut. Kali ini mengajaknya ke mall untuk membeli make up.

Mata Zara mula mencari blusher yang sesuai dengan kulitnya . Syazana yang berada di sebelahnya turut melakukan perkara yang sama.

Tiba-tiba Zara ternampak Nik di kedai pakaian .

Dia memanggil nama sahabatnya tapi dia abaikan. Mungkin disebabkan peristiwa hari itu,dia sudah merajuk.

Zara menarik tangan Syazana dan menuju ke kedai pakaian itu.

"Hai,awak buat apa tu?"sapa Zara dari belakang.

Nik pun membatalkan niatnya untuk membeli pakaian. Dia terus keluar dari kedai itu. Mukanya kelihatan tidak senang akan kehadiran Zara.

"Wait!..."ucap Syazana kepada Nik.

"Apa Zana?"tanya Nik sambil menunggu perkara yang ingin Syazana beritahunya.

"Kenapa awak seperti menggelak dari kakak saya? Apakah dia itu ada buat kesalahan kepada awak?"tanya Syazana dengan lembut.

Mendengar pertanyaan itu,Nik tiba-tiba bersuara sambil tersenyum sinis. "Salah apa awak kata?Zana,kakak awak tu tak ada salah apa pun cuma dia tu tak pandai pilih kawan yang baik"balas Nik lalu beredar dari situ.

Syazana cuba menahannya dari beredar tapi apakah dayanya. Zara tiba-tiba hampir panas baran kerana dia menolak adiknya hingga hampir terjatuh.

"Tak pandai pilih kawan?Selama ni awak tak pernah cakap macam tu depan saya. Sebenarnya saya tahu yang awak cemburu dengan saya dan Shila kan?"tanya Zara sambil memeluk adiknya yang hampir menanggis akibat pergaduhan itu.

"Eh,i malas lah nak cari masalah dengan kau. Kau tahu tak yang Shila tu suka membuli orang. Kau masih nak berkawan dengan dia?" Belum sempat Zara menjawap pertanyaan itu. Nik menyambung lagi ayatnya.

"Maaf,i tak berkawan dengan orang yang macam tu"jawap Nik.

"Owh,kau tahu tak yang walaupun dia itu dulu pembuli tapi dia nak berubah. Aku kawan dengan dia pon sebab nak bantu dia jadi baik" balas Zara lalu menarik tangan adiknya dari situ.

Zara mengurung dirinya di dalam bilik. Sudah 2 jam dia menanggis di atas katilnya. Adiknya cuba menenangkan fikiran kakaknya tapi masih tidak berjaya.

"Kakak,kalau dia tak nak kawan dengan kakak pun takpe. Zana kan ada?yang lain pun ada juga"kata Syazana sambil tersenyum.

"K-kakak....,tak tahu nak buat a-apa lagi.." jawab Zara. Selama dia bersahabat dengan Nik . Tidak pernah mereka bertengkar walaupun hal itu kecil atau besar. Mereka masing-masing menjaga perasaan dengan baik.

Zara hanya berdiam diri di biliknya. Ibunya yang melihat perkara itu turut risau sekiranya terjadi apa-apa.

"Sayang,marilah makan?kalau sikit pun takpe. Nanti kamu tak ada tenaga."kata ibunya sambil membawa bubur oat buatannya sendiri.

"Okay tapi... Zara nak makan lepas ni. Zara nak rehat dulu"jawab Zara lalu cuba menyakinkan bahawa dia baik- baik saja.

"Baiklah kalau macam tu,ibu pergi dulu yer".

Ibunya beredar dari situ lalu menuruni tangga dan masuk ke biliknya.Zara pun terus menelefon Nina dan Lily untuk mengajak mereka ke taman bagi mengembirakan hatinya tetapi tiada siapa yang menjawap panggilannya.

dia pun hanya terbaring di katilnya sendirian.

keesokan harinya...

"My dear, can papa come in for a moment?" tanya Mr Jackson kepada anaknya. "can papa, please come in.."

"My dear, why are you still confining yourself in this room?"

"I just want to be alone papa. I will not do anything for a while." jawab Zara sambil tersenyum untuk menyakinkan papanya. "All right, I have some porridge for you. I cooked it myself "

kata Mr Jackson .

Zara merasa serba salah kerana berkurung dirinya di dalam bilik.

Dia memandang ke arah Mr Jackson sambil berkata"

papa, am I really bad? is it true that I have no feelings? Am I selfish?"

tanya Zara sambil memeluk Mr Jackson.

Mr Jackson berasa serba salah untuk menjawab pertanyaan itu.

Yang dia lakukan hanyalah mengusab kepala anaknya dan berkata

"You are a good person dear "cakap Mr Jackson kepada anaknya.