BAB EMPAT

Dari jauh Vee sudah dapat menangkap kelibat Shakira yang duduk menunggunya di bawah sebatang pokok yang cukup besar dan rendang di dalam kawasan varsity kampus mereka, pagi itu yang kelihatan lengang. Pada waktu - waktu tertentu ramai juga pasangan kekasih di kampus mereka yang suka duduk dating di kawasan tersebut kerana ia banyak kawasan privacy berbanding dari kawasan yang lain di kampus. Macam - macam bentuk ragam dan perangai pelajar kampus yang boleh di lihat di kawasan itu. Vee berjalan sambil menjengkitkan kakinya perlahan - lahan mendekati Shakira yang langsung tidak menyedari akan kehadirannya disitu.

"Hoi! Hang dah lama tunggu akukah dekat sini?!" Shakira kepal buku limanya.

Mahu sahaja dia menghadiahkan penumbuk sulungnya saatitu kepada Vee kerana membuat dia terkejut beruk tadi. Lantas dia menjeling tajam dengan cebikkan di bibirnya tanda dia tidak berpuas hati dengan sikap temannya itu.... Arggh, nasib baiklah hang tu kawan baik aku tau! Kalau tidak, tadi lagi dah kena dengan penumbuk sulung aku dah. Grr... minah celup ni kan!!!

"Kau dah tak pandai nak bagi salam dulukah?! Kau memang sengaja nak buat aku mati terkejutkan!" ujar Shakira dengan nada geram.

Vee sekadar lepas ketawa mendengar rungutan Shakira yang baginya agak lucu di dengar. Dia sengaja mahu melihat sejauh mana tindakan temannya itu akan bertindak padanya jika dia berbuat sedemikian dengan dirinya.

"Nasib baiklah aku ni tak ada penyakit lemah jantung! Kalau tidak, memang dah gol agaknya tadi...." balas Shakira sambil mengurut dada.

"Alah, kalau betul gol pun cuma setakat 1 - 0 je" seloroh Vee bersahaja membuatkan kening Shakira bertemu erat.

Dia betul - betul geram dengan sikap acuh tidak acuh Vee kepadanya pagi itu. Namun begitu dia tetap mengukirkan senyuman lebar dan ikhlas kepada Vee kerana dia tahu temannya itu hanya sekadar bergurau dengannya dan dia tidak bermaksud apa - apa pun.

"Lain kali...."

"Lain kali, aku janji.... aku akan buat lagi! Hahaha...."

"Ugh...memang aku dah agak dah!" balas Shakira dengan muncung panjangnya.

Vee lantas memaut bahu Shakira mesra. Mereka berdua memang suka bergurau dan kadangkala gurauan mereka kedengaran serius seperti itu juga sudah biasa di antara mereka berdua. Mereka langsung tidak menyimpannya di dalam hati. Kadangkala ada juga teman yang sefakulti dengan mereka yang terkejut mendengar ucapan serta kata gurauan mereka yang kedengaran agak serius lagak orang bergaduh besar.

"Lain kali no excuse, aku garenti kau akan dapat penyepak punya!" ujar shakira membuatkan mereka berdua ketawa lepas bersama. Shakira membuka beg galasnya dan menghulurkan beg plastik bersaiz sederhana kecil kepada Vee.

"Nah, barang yang kau pesan semalam..."

"Terima kasih, Shak! Berapa semua?"

"Kau tak payah susah - susah nak bayar dengan akulah! Kali ni, biar aku yang belanja engkau..."

"Really?"

"Alah, kau ni.... macam jelah aku ni ciput sangat! Aku cakap tak payah bayar, tak payahlah. Kau simpan je duit kau tu..."

"Okey.... thanks. Sekarang, jom kita masuk kelas" ujar Vee sambil menarik tangan Shakira lembut untuk berjalan seiring bersamanya.

Namun Vee pelik bila Shakira langsung enggan berganjak dari tempat dia berdiri. Vee angkat kening, sebagai tanda dia bertanya kepada temannya itu. Shakira tunduk, diam.

"Cepatlah Shak. Kita ada tutorial lagi ni.... nanti Prof mengamuk pulak kalau kita terlewat masuk kelas!" ujar Vee sekali lagi.

Shakira yang sekadar menggeleng kepala membuatkan Vee berasa curiga dengan sikap Shakira pagi itu. Selama dia mengenali Shakira, itu merupakan kali pertama Vee melihat wajah manis itu gelisah seperti dia sedang menyembunyikan sesuatu darinya.... Takkan dia masih nak layan rajuk lagi kot? Takkan gurau macam itu pun dah tak boleh dah, sekarang?! Hurm, sensitif sangat pagi ni kenapa? Hurm... pelik!

"Wei amoi, kenapa dengan kau ni? lain macam aje aku tengok hang. Apasal?" Shakira masih lagi mendiamkan diri.

Dia langsung tidak memberikan apa - apa jawapan pada Vee yang semakin tidak senang hati dengan sikapnya itu. Apa yang Vee tahu, Shakira jarangambil hati jika mereka bergurau sebegitu.... Aik.. apa yang sebenarnya tidak kena dengan minah Korea ni sebenarnya? Wajah dia okey aje, aku tengok.... tak adalah merajuk mana pun! Nak kata dia merajuk sangat, tak ada pulak muncung dia keluar seperti selalu bila setiap kali dia naik merajuk dengan aku. Humm... yang muka merah padam semacam ni kenapa pulak? Takkan dia betul - betul nak gaduh dengan aku kot??

"Apasal kau monyok macam tikus mondok ni? Aku ada buat salah apa - apakah dengan kau, Shak? kalau ada aku minta maaf, okey?" Shakira menggelengkan kepalanya. Vee garu kepala. Dia betul - betul tidak faham dengan perubahan sikap temannya itu.

"Kau ceritalah dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong...." mendengar ucapan Vee itu, Shakira akhirnya mendongakkan wajahnya memandang Vee dengan pandangan yang penuh, meminta simpati.

"Sebenarnya aku ada hal sikit hari ni. Aku nak jumpa... jum...pa... ermmm..." ini yang buat aku cepat high blood ni! Hendak kata dia gagap, elok jer dia bercakap dengan aku awal tadi.

Takkan susah sangat dia nak inform dengan aku kot?.. Ini mesti ada kaitan dengan budak lelaki ni. Sebab itulah muka dia pelik semacam pagi ni. Hai, cakap ajelah Shak. Kata kawan sampai mati konon! Cakaplah ajelah. Bukannya aku nak telan hang hidup - hidup pun. Hurm!

"Apa dia?!!!..." soal Vee secara spontan dan mengejut.

Dia tahu Shakira memang cukup pantang di sergah begitu. Pasti dia tidak akan dapat mengelak dari menjawab yang sebenarnya kerana tindakan refleksnya cukup mengagumkan. Sebab itu jugalah Vee suka menggunakan taktik sebegitu bila setiap kali Shakira bersikap sedemikian dengannya.

Sikap teragak - agak Shakira dalam menjawab pertanyaan Vee hanya akan muncul bila temannya itu mulai terlibat dengan makhluk bernama 'lelaki'. Jadi untuk mendapatkan jawapan yang sejujur jujurnya dari Shakira, Vee akan berbuat sedemikian dengannya. ini kerana mulut temannya itu tidak selari dengan kata hati dan mindanya.

"Aku ada date hari inilah! Ugh... hang ni kan,Vee!" Vee kuntum senyuman lebar apabila melihat wajah Shakira lantas tunduk, tersipu malu.

Cewah! Dah mula nak tangkap cintan rupanya minah Korea ni... Patut sangatlah wajah dia lain macam dari tadi, rupa - rupanya dia nak pi dating hari ni! Hahaha.... Shak is in love? Finally... urm, itu pun payah nak cakap dengan aku? Bukannya aku nak halang dia bercinta dengan orang tu. Hurm, siapakah gerangan jejaka yangbertuah yang dapat mencuri hati teman aku ni agaknya?

"Jadi kau nak miss out kelas hari ni?" sekali lagi Shakira menganggukkan kepalanya perlahan - lahan. Vee menarik nafas dalam.

"Kau on date kah atau blind date ni, Shak? Aku kenal dia siapa tak?"

"Aku on datelah! Budak tu kau kenal jugak!" balas Shakira sambil tersipu malu kembali. Vee lantas mencebik.

"Siapa?"

"Hakimi"

"Hakimi?! Budak dari fakulti binaan tu? Kawan baik Ariel?!" soal Vee dengan nada terkejut.

Dia terlopong besar mendengar pengakuan Shakira. Patut sangatlah semenjak kebelakangan ini dia sering melihat kelibat Shakira dan Hakimi berbual setiap kali keduanya bertemu di mana - mana kawasan kampus. Rupa -rupanya mereka sudah mulai menyimpan perasaan yang sama debngan diri masing - masing..... Memang aku dah agak dah... dari cara mereka berdua berbual aje pun, dah tahu kalau mereka memang ada affair! Well not bad juga pilihan Shak kali ni. Malah jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

"Sejak bila lagi korang ada hubungan?"

"Baru ajelah! Aku bukannya tak nak cakap dengan kau terlebih dahulu Vee, tapi aku nak confirm kan betul - betul terlebih dahulu sebelum aku nak bagi tahu kau. Kau janganlah merajuk pulak!" Vee diam.

Dalam hati dia bersetuju dengan tindakan Shakira itu. Kali ini Shakira tidak terburu - buru dalam membuat keputusan. Tidak seperti yang sebelumnya. Nampak gayanya dia sudah tidak perlu risaukan temannya itu lagi kerana dia sudah tahu menilai sendiri, sejauh mana keikhlasan seseorang dalam mahu menjalinkan hubungan dengannya.

"Nanti kalau aku cakap tak confirm lagi... mesti kau akan kata yang aku ni syok sendiri! Angau gila dengan orang yang entah serius entah tidak nak berkawan dengan aku..... Kita ni perempuankan? Orang perempuan kena selalu berhati - hati dan berwaspada bila ingin mngenali orang baru... iya tak?" Vee sekadar senyum simpul mendengar kata - kata Shakira. Ternyata Shakira masih lagi mengingati akan segala kata - katanya dahulu.

"Memang betul apa! Kita ni orang perempuan. Banyak sangat bahayanya! Dulu masa Max rapat dengan engkau, kau kata dia sukakan engkau. Bukan main lagi kau berangan waktu tu.....

Nasib baik time tu kita cuma buat trial. Kalau final exam macam mana? Masuk longkanglah engkau nanti! Bukan kau tidak tahu mak engkau macam mana. Aku bukannya nak halang kau bercinta, Shak. Aku sekadar nak nasihatkan engkau je. aku nak kau tahu mana yang baik mana yang tak. Mana yang ikhlas mana tak... aku tak nak tengok kau kecewa. Sebab itulah aku risau kalau kau mula nak cakap soal lelaki dengan aku..." ujar Vee panjang lebar.

Dia bercakap apa yang dia rasakan betul dan baik untuk Shakira. Shakira mudah jatuh cinta dan dia juga mudah tersalah anggap kalau ada yang mulai mengambil berat tentang dirinya. Lebih - lebih lagi bila seseorang itu kelihatan naif dan jujur pada pandangan matanya. Shakira lantas tarik muncung panjang.

"Sudah - sudahlah monyok tu, Shak. Aku doakan kau yang terbaik dengan Hakimi. Korang pun memang banyak persamaan. Macam pinang di belah dua pun ada jugak! Aku doakan kau bahagia selamanya. Jujur aku cakap dengan kau... Hakimi memang yang terbaik!" ujar Vee bersungguh - sungguh.

"Betul?" Vee angguk untuk kesekian kalinya.

Mata Shakira bersinar galak. Dia gembira bila buat pertama kalinya temannya itu bersetuju dengan keputusan yang di buatnya kali ini. Dia lantas memeluk Vee erat ke dalam dakapannya. Dia betul - betul gembira mendengar kata - kata Vee kali ini.

"With all my heart and soul, I wish you happiness forever, Shak! Aku tengok Hakimi pun baik orangnya. Humm, kau pergilah dating. Tahulah aku nak salin nota untuk engkau nanti"

"Thanks, Vee..."

"Tapi ingat, Shak. Dating tu dating jugak. Jangan sampai tak ingat dunia. Ingat dengan family engkau. Jangan balik terlalu lewat sampai menyusahkan keluarga engkau..." Shakira angguk faham dengan kata - kata Vee itu.

Dia pun bukannya suka sangat keluar sampai ke lewat malam.... Don't worrylah! Aku pun bukannya budak kecik lagi, Vee.... Thanks for understand! Yess....

"Thanks a lot, Vee. Kaulah satu - satunya kawan baik aku, dunia dan akhirat. Yang terbaik!" Vee mencebik, lucu dengan kata - kata Shakira yang seperti budak kecil.

"Iyalah sangat. Sekarang ni akulah sahabat terbaik, dunia dan akhirat engkau. Entah - entah bila aku dah mati besok, entah kau ingat lagi dengan aku atau tidak..."

"Hish, mulut hang ni kan! Nak kena makan cabai agaknya baru pandai nak berlapis bila bercakap. Of course lah aku ingat hang sampai bila - bila! In Shaa Allah, aku akan sentiasa mengingati engkau Vee" ujar Shakira sambil ketawa.

Mereka berpelukan sekali lagi. Shakira amat menghargai sokongan dari teman baiknya itu kerana sokongan dari Vee sudah cukup untuk membuat dia berasa bahagia biarpun kadangkala hari tidak akan selalu indah buat sesiapa.

"Bye Vee..."

"Bye! Ingat Shak.... jangan balik lewat sangat..." Shakira angguk.

Dia membalas lambaian Vee sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Vee sendiri di varsity. Vee berlari anak menapak masuk ke dalam dewan kuliahnya. Biarlah Shakira berseronok sepuasnya hari itu, tanpa kehadirannya.