BAB LAPAN

"Vee!" Vee berpaling ke arah belakangnya bila namanya di panggil seseorang. Kelihatan Zariel Nazmie sedang melambaikan tangan padanya. Vee membalas senyuman lelaki itu bila melihat dia berjalan mendekatinya.

"U nak kemana?"

"Nak jumpa kawan. Awak?" soal Vee sekadar mahu berbasa - basi dengan Zariel Nazmie yang kelihatan begitu ceria. Senyumnya yang lebar jelas memperlihatkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"I nak jumpa dengan klien I kejap lagi. U free tak malam nanti? I ingat nak ajak U pergi dinner dengan I malam ni.. U free kan?"

"Ohhh... saya ada group discussion malam ni dan saya dah janji dengan kawan nak datang. Rasanya malam ni tak boleh kot" balas Vee berbohong.

Zariel Nazmie angguk mengerti. Dia faham dengan kehidupan seorang pelajar seperti Vee yang pastinya memerlukan banyak waktu untuk menyiapkan pelbagai assignment, projek dan juga tutorial yang kadangkala mencuri banyak masa dari yang sepatutnya. Dia pun pernah melaluinya juga dulu. Kalau mahu lulus dengan cemerlang kenalah banyak buat pengorbanan sama ada waktu tidur, makan atau rehat, semuanya penuh dengan pelbagai tugasan dan ulangkaji.

"Hurm, my bad! Bila U ada masa nanti?" Vee senyum sumbing.

Dia sebenarnya malas hendak membuat janji temu. Dia tahu Zariel Nazmie seorang lelaki yang baik, cuma dia tidak sesuai dengan dirinya saja. Lelaki gentleman seperti Zariel Nazmie yang punya segalanya, layak untuk mendapatkan seorang wanita yang setaraf dan setanding dengan kedudukan status dirinya.

"Tak tahu lagilah, Zariel. Awak pun tahukan jadual student macam saya ni... kejap tak sibuk, kejap sibuk memanjang sampai tak ada masa nak keluar relax dengan kawan. This whole month, saya memang busy dengan tutorial. Lepas tu trial exam lagi.... so maybe dalam pertengahan bulan depan kot baru saya ada free..."

"Wow, tak sangka hectic jugak jadual U..." Vee sekadar jungkit bahu selamba di hadapan Zariel Nazmie yang kelihatan tidak percaya dengan alasannya itu.

Tapi itulah hakikat yang sebenar. Dia memang betul - betul sibuk sepanjang bulan itu dan dia juga tidak mahu repeat class kalau dia gagal. Jadi perlu bekerja lebih keras kalau di tidak mahu mengulang kelasnya kembali.

"Itu belum masuk final lagi..." sambung Vee. Sengaja mengubah tone suaranya lebih tekan pada ayat 'final' di depan Zariel Nazmie.

"I faham. Kalau macam tu, I jumpa U bulan depan ajelah nanti. Perhaps U can give me a call then?"

"Okey..."

"Err... or just let me call U!" Vee kerut dahi... Tadi cakap lain. Sekarang lain pulak... hurmm!

Vee senyum hambar. Zariel Nazmie lantas menjelaskan maksudnya yang sebenar kepada Vee. Lebih elok kalau dia yang menelefon terlebih dahulu memandangkan Vee tidak tahu kalau - kalau dia punya waktu ketika itu pula nanti. Ahli perniagaan sepertinya juga kadangkala padat dengan pelbagai bentuk mesyuarat dan pertemuan. Sekurang - kurangnya kalau dia yang menelefon Vee nanti, Vee tahu yang dia memang punya masa pada ketika itu. terpulang dengan Vee saja sama ada dia mahu meluangkan masa dengannya masa atau tidak.

"Terserah. Saya ikut aje..." Zariel Nazmie senyum gembira mendengar ucapan gadis itu.

Dia akui yang Vee punya ciri - ciri wanita pilihannya. Cuma masih terlalu awal untuk dia menyuarakan hasrat sebenar hatinya itu. Takut kalau dia terlalu terburu - buru nanti, gadis itu akan menolak niat baiknya mentah - mentah tanpa ingin mengenali siapa dirinya yang sebenar.

"Okey. I akan call U nanti. I harap U akan sudi keluar dengan I waktu tu..."

"In Shaa Allah, Zariel. Urm, awak dah ada nombor telefon sayakah?" Zariel Nazmie angguk sekali lagi.

Menurut Zariel Nazmie dia ada meminta nombor telefon Vee dari papa Vee selepas dari majlis malam itu. Dia turut berharap Vee tidak ambil hati dengannya kerana dia memintanya tanpa kebenaran.

"Takpe. Saya tak ambil hati pun. Kalau macam tu, saya gerak dululah, Zariel. I'll see you soon, okay. Take care"

"Okey. See you soon too! I akan call U kalau I ada masa nanti... take care, Vee! "

"Okey.... bye!" humm... entah apa lagi yang papa dah cakap dekat Zariel tentang aku. Aloy? Agaknya dia dah lama kahwin dekat luar negara tu kot... Ugh! I wish you were with me, now... Ya ALLAH, mungkin dia bukannya jodoh untuk aku kot sebab itulah sampai sekarang aku tak pernah bertemu dengan dia semula... Uwaa...

Ariel menopang kepalanya. Kalau bukan sebab dia bosan duduk di rumah, pasti dia tidak akan menerima pelawaan Hakimi untuk bermain bowling bersama hari itu. Dia bukannya mahu sangat pun main bowling hari ini, tapi memandangkan dia mahu menghilangkan serabut kepalanya dia terus bersetuju dengan cadangan Hakimi itu tadi.

"Sudah - sudahlah duduk termenung tu, Ariel. Dari tadi kau asyik layan feel karat kau tu aje kat situ. Jomlah kita main bola jap. Takkan kita nak duduk melongo je dekat sini kot?" ujar Hakimi memecah sunyi di antara mereka berdua yang sejak tadi sunyi. Ariel lepas keluhan kecil. Dia memandang sekitar kawasan tenpin yang lengang tanpa kehadiran ramai pengunjung.

"Rileklah brader. Aku garenti kau pasti akan jumpa juga dengan awek kau tu satu hari nanti. Malaysia ni pun bukannya luas mana pun. Cuma ada 14 buah negeri aje. Tak masuk dengan federal lah... aku yakin kau pasti akan jumpa dengan dia juga....

Trust your instinct, bro. Hari tu kau juga yang cakap... yang kau akan kenal dia sebaik saja kau nampak barang yang pernah kau bagi dekat dia dulu..." Ariel memandang Hakimi dengan pandangan kosong. Kata - kata Hakimi itu memang betul. Tapi dia sudah tersalah orang. Nasib baik dia tidak terlanggar Vee waktu itu.

"Sudahlah dengan muka poyo kau tu.... buang masa dengan duit ajr kalau kita duduk dekat sini tak main biar satu game! Aku pun selalu juga berdoa untuk engkau. Biar kau di pertemukan dengan awek tu secepat yang mungkin... 14 negeri tu kira kowtim bro...." sambung Hakimi panjang lebar. Ariel mencebik, geram.

"Pandailah kau cakap! Kau ingat 14 tu tak cukup banyak? Kalau empat belas tu besar macam padang ragbi memang dah lama aku jumpa Sweet. Engkau lainlah, hari - hari boleh jumpa. Boleh call dia anytime kau nak. Aku? 14 negeri aku dah cari, masih jugak tak nampak batang hidung dia... takkan nak aku redah hutan belantara baru dia nak muncul pulak?!" ujar Ariel dengan nada geram.

Matanya yang masih meliar memerhatikan setiap pengunjung yang keluar masuk dari situ, terhenti saat dia terpandang seseorang yang dia mahu elakkan selama ini. Tanpa sedar dia lepas keluhan berat.

"Kenapa kau diam?" soal Hakimi sambil dia turut mengalihkan pandangannya ke arah Ariel. Dahinya berkerut melihat kelibat seorang gadis yang kelihatan cukup menarik dan seksi. Potongan badan gadis itu boleh di kategorikan sebagai perfect.

"Siapa?" soal Hakimi membuat Ariel berpaling memandangnya sebelum menjawab.

"Kau ingat tak gadis yang aku cerita dengan kau minggu lepas?" Hakimi angguk.

"Dialah awek tu!" balas Ariel dengan nada bersahaja.

"Serius? Cantik tu bro..."

"Cantik pun kalau hati tak berkenan nak buat macam mana. Kau nak gadis jenis macam dia kah atau yang macam Shakira?" Hakimi memandang Shakira yang duduk bersendirian di belakang mereka.

Wajah itu kelihatan gelisah. Hakimi akhirnya tersenyum nipis. Dia bukannya seorang yang mementingkan soal rupa paras sangat pun. Apa yang penting wanita itu mampu memenuhi segala kekurangannya dan mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan sudah cukup untuknya. Tidak perlu cantik atau seksi kerana itu semua pasti akan hilang saat di mamah usia.

"Of course lah Shak! Aku pun bukannya hadap sangat dengan awek cantik ni..." balas Hakimi jujur.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima kehadiran Fiesyah Zeyha dengan hati terbuka. Mereka lantas di perkenalkan kepada kawan - kawan fiesyah Zeyha yang ada bersama dengannya. Eta, Jack dan Diana. Mereka semua bekas rakan satu sekolah dengan Fiesyah Zeyha.

Kebetulan Fiesyah Zeyha sekarang bercuti di tanah air jadi mereka mengambil keputusan untuk bertemu dan bermain bowling bersama. Ariel pula sekadar bersikap biasa dengan Fiesyah Zeyha. Dia tidak mahu melayan secara berlebihan sehingga gadis itu tersalah anggap dengannya pula nanti. Lagipun dia belum bersedia untuk mencari orang lain selagi Sweet tidak di temuinya.

"U selalukah main bowling kat sini?"

"Tak juga. Tapi I ada jugalah main dalam dua ke tiga kali macam tu dalam sebulan. Itu pun kalau I sibuk dengan study atau latihan ragbi, I dengan Kimi memang akan lepak kejap dekat sini..."

"Ooo... I see. So U memang pemain ragbi dekat kolej?" Ariel angguk mengiyakan pertanyaan Fiesyah Zeyha itu.

"I memang suka main ragbi sejak kecil... in fact I play with some local team here" ujar Ariel sambil tersenyum bangga.

Fiesyah Zeyha gigit bibir. Dia dapat merasakan ketidakselesaan Ariel dengan kehadirannya bersama dengan mereka di situ. Namun dia menolak andaiannya itu jauh - jauh kerana Ariel pada majlis malam itu tidak bersikap dingin dengannya.

"Kak Ifti? Akak buat apa dekat sini?" Ery Saffiyah mendekati Vee yang sedang duduk bersendirian menunggu seseorang di salah satu bangku di dalam shopping mall berkenaan.

"Ery?! Akak sebenarnya tengah tunggu kawan, tapi sampai sekarang batang hidung dia masih tak nampak - nampak lagi. Ery nak ke mana pulak? Shopping dengan kawan?" soal Vee ramah. Dia turut melemparkan senyuman pada kawan Ery yang berdiri tidak jauh dari mereka. Ery Saffiyah lantas menggelengkan kepalanya.

"Taklah. Ery nak jumpa dengan Along! Entah kenapa Along tetiba nak ajak Ery dengan Ijoi main bowling hari ni" Vee angguk lagi.

Pasti hubungan Ery Saffiyah dengan abangnya begitu rapat. Kalau tidak, mustahil dia hendak mengajak adik perempuannya untuk bermain bowling bersama sedangkan dia pasti tidak mahu di ganggu bila bersama - sama dengan kawan atau kekasih dia. Ery Saffiyah dan Ijoi mengambil keputusan untuk menunggu kawan Vee, bersama terlebih dahulu sebelum mereka berlalu ke Tenpin Bowling untuk menemui Ariel.

Setidak - tidaknya Vee tidaklah duduk menunggu sendiri di situ. Setelah agak lama mereka menunggu kehadiran Shakira yang semenjak tadi tidak muncul - muncul, Vee akhirnya memutuskan untuk balik sahaja memandangkan dia sudah membuang masanya lebih dari dua jam menunggu kehadiran Shakira. Telefon bimbit temannya itu juga tidak dapat di hubungi. Kalau saja dia tahu nombor Hakimi, awal lagi dia sudah menelefonnya untuk bertanyakan perihal Shakira yang menghilang entah ke mana itu.

Padahal tadi, bukan main lagi dia beria hendak menemui Vee di pusat beli belah berkenaan.... Harapkan pagar betullah minah Korea ni! Hurm, takkan dia dah tak tahu nombor aku kot?? Arggh..... Vee berterima kasih dengan Ery Saffiyah dan Ijoi kerana sudi menemaninya tadi. Dia yang mahu balik terpaksa akur dengan pujukkan Ery Saffiyah yang begitu beria - ia mahu mengajaknya turut serta bermain bowling dengan mereka. Sekurang - kurangnya waktu yang terbuang tadi tidak sia - sia.

"Jomlah Kak Ifti! Lagi ramai lagilah meriah. Sambil itu bolehlah Ery kenalkan Kak Ifti dengan Along, Ery nanti..... jomlah!" Vee akhirnya akur.

Dia mengikut langkah kedua sahabat itu pergi ke Tenpin Bowling bersama. Muncung panjang Vee muncul sebaik sahaja dia melihat kelibat orang yang di nantinya tadi ada berada di situ. Bukan main lagi Shakira duduk berbual dan ketawa bersama - sama dengan Hakimi....

Patut sangatlah dia tidak risau nak cari aku. Rupa - rupanya mata air dia ada bersama dengan dia. Memang dasar kawan baik sampai mati.... Vee menjeling tajam bila Shakira terpandangnya. Senyuman Shakira langsung tidak dapat memujuk hatinya yang sakit.

"Sorry Vee. Aku betul - betul lupa tadi! Lepas aku call engkau, aku terus datang sini dengan Kimi..... hehe" Vee diam. Dia mencebik.

Dia malas mahu mendengar alasan basi dari mulut temannya itu. Shakira memang lebih mementingkan kekasihnya berbanding dengan persahabatan mereka berdua.

"Alah.... sorry lah! Aku bukannya sengaja hendak mengabaikan kau pun. Bateri telefon aku habis, sebab itulah aku tak dapat nak call atau terima call dari engkau..."

"Habis tu telefon pakwe kau pun low bateri jugakah?!" balas Vee dengan nada geram.

Shakira sekadar tersengih. Dia memang bersalah dengan temannya itu. Tapi dia betul - betul terlupa sebenarnya. Dia ingatkan dia berjanji untuk bertemu Vee di situ dan bukannya di dalam shopping complex. Shakira lantas angkat tangan tanda bersalah. Dia cuba meraih simpati dari Vee yang masih lagi berwajah tegang di hadapannya ketika ini. Vee lepas keluhan kecil sebelum dia menyambung hujahnya semula.

"Hang ni kan! Aku tak tahulah nak cakap apa.... tahap pelupa engkau tu dah nak capai tahap kritikal agaknya sebab itulah kau selalu terlupa janji dekat mana! Asal nampak Kimi aje, mulalah kau lupa kawan. Nasib aku tak balik terus tadi...

Kebetulan pula aku jumpa dengan anak jiran aku tu hah? Kalau ianya pun nak ajak aku main bowling, tak payahlah cakap urgent. Aku risau tau bila kau tak muncul - muncul tadi. Ingatkan kau terbabit dalam accident kah apa... mana aku tahu kalau handphone kau pun off terus macam tu..." ujar Vee panjang sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Shakira. Dia bukannya hendak marahkan teman baiknya itu pun, cuma dia risaukan temannya itu sahaja.

"Okey... okey, aku minta maaf banyak - banyak dekat engkau, Vee. Tapi kalau aku tak cakap macam tu... belum tentu lagi kau nak datang sini, iya tak?" Vee mencebik.

Shakira sekadar membalas cebikan temannya itu dengan tawa. Dia lantas meraih bahu Vee mesra dalam dakapannya. Apa yang penting mereka berdua selamat dan sekarang berada di tempat yang sama... Aissh... dia ingat aku senang hatikah sekarang ni? Kalau betul dia terbabit accident dekat jalan tadi, siapa yang nak jawab? Ughh... bila bercakap tak nak guna otak lebih dulu!! Humm....

Ariel dan Hakimi memandang Vee dengan Shakira yang kelihatan begitu serius berbual di tepi mereka. Masing - masing membuat andaian mengenai perbualan kedua gadis itu yang kelihatan agak serius dan tegang sedikit, lebih -lebih lagi wajah Vee yang langsung kelihatan blushing sejak keduanya mulai berbicara tadi.

"Along, jom Ery kenalkan dengan Kak Ifti!" Ery Saffiyah menarik Ariel, berdiri.

Dia lantas memperkenalkan Ariel kepada Vee tanpa mengetahui yang abangnya itu sebenarnya sudah pun terlebih dahulu berkenalan dengan Vee. Vee tidak dapat menolak dari tersenyum sinis melihat reaksi Ariel yang kelihatan agak berlebihan saat dia di perkenalkan dengannya. Seolah - olah itu merupakan kali pertama mereka bersua. Padahal baru seminggu yang lalu mereka berdua duduk berbual di taman hotel. Shakira kenit mata nakal.

"Finally, kenal juga engkau dengan Ariel! Tak sangka pula dia tu duduk berjiran dengan kaukan, Vee? Kecil sangat dunia ni..." ujar Shakira separuh berbisik. Vee tarik muncung panjangnya semula.

Mereka bermain dalam tiga kumpulan. Lorong pertama di sertai oleh Hakimi, Shakira dan Eta, sementara lorong yang kedua pula di isi oleh Fiesyah Zeyha, Ijoi dengan Ery Saffiyah. Ariel, Vee dan Diana akan bermain di lorong yang ketiga. Mereka akan bermain dua game terlebih dahulu sebelum menentukan pasukan yang kalah.

"Siapa yang kalah kena belanja makan!" seloroh Eta penuh semangat.

"Boleh, tak ada masalah! Pilih aje dekat mana..." ujar Fiesyah Zeyha, dengan senang hati.

"Okey. Kalau macam tu... what about dinner at the five star hotel? Deal?"

"Deal! And there'll be no limits too. Setuju?!" ujar Jack menambahkan lagi keghairahan yang lain untuk menang.

Setelah mendapatkan kata sepakat di antara mereka semua mengenai nilai pertaruhan mereka pada permainan kali ini, mereka lantas memulakan permainan dengan penuh bersemangat sekali.

"Yess... no limits kan? I takkan kalah dengan U, Jack!" ujar Fiesyah Zeyha yakin.

Vee sekadar ikut sahaja dengan cadangan mereka. Selagi bukan dia yang membayar, dia tidak kisah untuk bermain bowling dengan mereka semua. Kalau ikutkan hati, dia lebih suka menonton perlawanan bola sepak atau apa sahaja yang sewaktu dengannya dan bukannya membaling bola di dalam gelanggang yang tertutup sebegitu. Vee menarik muka kurang senang bila Ariel tanpa segan - silu mengenyit mata padanya.

Gila!