Suasana menjadi riuh selepas waktu tayangan di luar panggung. Ramai juga yang berpusu - pusu keluar dan tidak kurang juga yang sedang menunggu waktu tayangan masing - masing di ruang lobi kawasan panggung wayang tersebut. Hakimi, Ariel, Shakira dan juga Vee antara yang tidak terkecuali. Tapi mereka baru sahaja selesai menonton dan bercadang hendak singgah makan terlebih dahulu di food court yang terletak tidak beberapa jauh dari kawasan panggung.
Baru beberapa minit mereka duduk, Shakira sudah mengajaknya untuk ke bilik air. Hakimi dan Ariel meminta mereka membuat pesanan makanan terlebih dahulu sebelum berlalu pergi. Tapi Shakira yang sudah tidak sabar hendak beredar hanya meminta mereka membuat pesanan mengikut citarasa keduanya sahaja. Mereka berdua boleh makan apa saja asalkan halal dan bukannya kayu dan juga kertas, kata Shakira lagi.
"Order ajelah apa - apa yang korang rasa patut kami makan! Dahlah kami pergi dulu. Karang banjir pula food court ni kang!" Vee sempat ketawa dengan lawak Shakira.
Hakimi dan Ariel sekadar tersengih. Mereka lantas membuat pesanan sebaik Vee dan Shakira berlalu pergi. Hakimi mengambil peluang itu untuk bertanya mengenai status perkembangan hubungan Ariel dengan Vee sekarang. Malah semenjak Ariel bertunang, sudah agak jarang dia mendengar temannya itu mengeluh mengenai sikap panas baran gadis itu di hadapannya. Hakimi dapat melihat perubahan sikap Ariel yang kini lebih banyak memendam perasaan sendiri.
"Vee sudah bagi syarat dia tak?"
"Belum lagi. Aku malas nak tanya dia lebih - lebih, karang angin satu badan pula minah celup tu dengan aku nanti. Kau bukannya tidak tahu mod hantu Vee macam mana" ujar Ariel sambil melepaskan keluhan kecilnya.
Hakimi yang turut terasa beban masalah Ariel, meluahkan rasa simpatinya. Namun di dalam hati dia di geletek perasaan lucu. Ariel sebenarnya masih lagi keliru dengan perasaannya sendiri.
"Kau rasa dia bukan pilihan yang terbaik? Habis itu kau dah cari little princess tu?" Ariel kembali mengeluh.
Dia bersandar lemah pada bangkunya. Setiap kali dia di tanya dengan soalan yang sama, pasti dia akan dilema semula. Sukar untuk dia mentafsir isi hatinya sendiri. Malah bukan mudah untuk dia mengerti akan isi hati tunangnya itu juga.... Vee is complicated!
"Dah puas dah, aku cari. Tetap buntu macam itu jugak! Vee bukannya tidak terbaik cuma dia bukan orang yang aku harapkan sangat - sangat untuk pegang title wife aku. Tapi dia tetap yang terbaik kalau dia boleh kurangkan sedikit mod hantu dia tu...
Hurm, Vee cepat sangat panas bila aku bergurau dengan dia. Apa saja yang aku cakap semua akan ada jawaban. Rasa - rasanya darah dia cepat naik menggelegak bila dengar aku bergurau kot!" ujar Ariel dengan nada sedikit tegang.
Dia meraup wajahnya. Cuba untuk mengukir senyuman di sebalik masalah yang cuba dia selindungkan di hadapan Hakimi.
"Habis itu, kau nak putuskan pertunangan engkau dengan dia?"
"Kau gila, Kimi! Kau nak papa dia cincang aku hidup - hidup?!"
"Dah tu, yang kau monyok bila aku sebut tentang Vee itu kenapa? Mood kau hilang bila bercerita soal dia depan aku, macam itu?"
"Bukan macam itu, Kimi. Cuma aku terkilan sikit dengan sikap dia tu aje. Kalau bukan sebab dia tolong aku, agaknya aku dah kahwin dengan Fiesyah kot sekarang ni..." Ariel membetulkan duduknya. Dia menyedut air minumannya sebelum menyambung semula bicaranya.
"Vee memang baik cuma angin dia aje yang buat spoil mood aku kadang - kadang. Aku bersyukur sebab dia yang jadi tunang aku dan bukan Fiesyah atau pun orang lain. Aku tahu ….. Dia pun bukannya suka sangat dengan aku ni, Kimi. Dia terpaksa terima aku sebenarnya biar pun pada hakikatnya kami sudah bertunang!" Hakimi diam.
Sekurang - kurangnya Ariel dapat beralah sedikit dengan sikap Vee dan mereka tidak lagi bertegang urat setiap hari, sudah cukup bagus. Biar pun agak berat untuk mengakuinya, Hakimi yakin Vee memang orang yang paling sesuai untuk Ariel. Cuma mereka berdua masih lagi buta dalam menilai pasangan masing - masing.
"Actually, to be honest... aku sebenarnya pernah jatuh hati dengan Vee dulu. Waktu itu aku baru masuk mendaftar dekat kampus kita… first time aku nampak dia, aku rasa lain…" Hakimi membulatkan anak matanya.
Ariel lantas menggoyang - goyangkan jari telunjuknya sebagai tanda Hakimi jangan cuba untuk berfikir yang bukan - bukan pula bila mendengar dia meluahkan perasaan seperti itu di hadapannya.
"Kau jangan nak salah faham pulak! Aku jatuh hati bukan sebab dia tu cantik. Well.. she is pretty after all. Kemudian bila aku sudah tak terfikir soal dia, aku hampir - hampir pula terlanggar dia dekat kampus. God! She look so damn beautiful that day" ujar Ariel panjang lebar sambil tersenyum. Hakimi turut tersenyum meleret. Dia memuji sikap Ariel yang berani berterus - terang dengannya malam itu.
"Lepas tu apa jadi?" Ariel mencebik.
Perli akulah tu... Aku tahulah aku ni suka ikut kepala aku aje bila bercakap, tapi memang betul... hari tu, Vee memang cukup cantik sangat. Dia pun kebetulan pakai gelang yang sama dengan Sweet.... mana aku tak berdebar bila tengok gelang dia pakai waktu tu... Minah celup tu aje yang salah faham dengan niat aku waktu tu... lebih lagi bila aku tertekan pedal lain. Bertambahlah dia mengamuk dengan aku.... Aku pun terus cabut bila tengok dia mula nak dekat dengan wajah merah padam macam tu....
"Apa lagi, kami gaduhlah! Kau pun bukannya tidak pernah nampak aku gaduh dengan dia sebelum ni pun"
"Habis tu sekarang, apa perasaan engkau dengan dia? Kau tak rasa pencarian kau itu sia - sia? Tidak perlu main tarik tali lagilah Riel, aku rasa Vee itulah jodoh yang terbaik untuk engkau. Jangan sebab Sweet kau masih lagi terikat dengan kenangan lama kau tu…
Aku tahu empat belas tahun bukan waktu yang singkat buat engkau. Tapi untuk apa kau terus menunggu sedangkan kau langsung tidak ada apa - apa perkembangan terbaru pun mengenai diri Sweet! Kau tak payah fikir lagi soal little princess kau tu. Anggap aje jodoh engkau dengan dia memang tidak ada" Ariel memandang Hakimi.
Kata - kata Hakimi itu memang betul. Tapi dia tidak dapat membuang Sweet jauh dari hati dan mindanya. Dia kembali ke tanahair pun sebab ingin bertemu dengan Sweet semula. Kalau bukan kerana dia pernah berjanji untuk kembali, dia tidak mungkin akan pulang semula ke Malaysia.
"Entahlah Kimi. Sweet ialah sebab utama aku balik Malaysia. Kalau bukan sebab dia, aku tidak mungkin akan kenal engkau, Shak dan juga Vee. Dia penting untuk aku jugak, Kimi…"
"Tapi Vee, tunang engkau Riel. Kau kena ingat itu jugak. Korang pun bukannya budak - budak lagi. Besok lusa siapa tahu, korang akan kahwin. Takkan kau langsung tidak ada perasaan cinta dan sayang dekat dia lagi? Sedikit pun tidak ada?"
"Maksud engkau perasaan sayang aku dekat dia? Cinta dekat dia, macam itu?" Hakimi angguk. Ariel menggelengkan kepalanya perlahan - lahan sebelum meraup wajahnya.
"Entah, aku pun tak berani nak cakap lebih, takut lain pulak yang akan jadi nanti. In Shaa Allah. Perasaan itu pasti akan wujud dengan sendirinya kalau betul kami di takdirkan bersama. Tapi aku memang tidak boleh bertahan lama dengan sikap dia…" ujar Ariel sambil mengacau - ngacau air minumannya menggunakan straw.
"Habis tu, kau plan tunang berapa lama dengan Vee? Kau betul - betul nak putuskan pertunangan engkau dengan dia, semudah itu?" ada nada terperanjat pada suara Hakimi.
Menyesal aku heret Vee! Ingatkan bila dah bertunang, dia akan lupa dengan little princess tu dan terima Vee dengan sepenuh hati dia... Humm, masalah aku kalau Shak tahu perkara ni!
"Aku tak cakap macam itu pun. Mungkin. Bergantung pada keadaan juga. Kalau tak ada aral melintang rasanya aku dengan dia tidak akan jadi kahwin" Hakimi meraup wajahnya.
Kalau saja Shakira tahu yang dia mencadangkan nama Vee sebagai calon sesuai untuk Ariel, pasti Shakira akan mengamuk besar dengannya. Teringat dia dengan panggilan Ariel petang itu.
"Please... Kimi… takkan kau langsung tidak dapat tolong aku?"
"Hmm… kalau tolong nak jadi wife kau terus, rasanya ramai yang sanggup kot! Kalau setakat nak berlakon jadi kekasih engkau, memang payah sikit kita nak cari Riel" kedengaran suara Ariel mengeluh hampa di dalam talian.
"Aku tengah desperate ni, Kimi. Shak pasti ada ramai kawan perempuan yang sanggup tolong… tidak kiralah berapa yang aku kena bayar, janji dia orang sanggup berlakon malam ini aje…"
"Okey. Aku call Shak dulu. Tanya dia siapa yang dapat tolong kau nanti…"
"Kimi…This just between us okay. Orang lain tak perlu" Hakimi pecah ketawa di dalam talian.
"Hello, bro! You need much help as can loh... okey, aku call Shak dulu... tanya dia macam mana nak tolong kau.... Kalau tak, apa kata kau minta Ery yang tolong kau. Mana tahu dia ada kawan yang sanggup nak berlakon jadi makwe kau kali ni..."
"Aku dah tanya dia awal - awal lagi dah. She already pick one actually"
"Owh, iya… siapa?"
"Kak Ifti dialah, siapa lagi!"
"Wow, elok juga cadangan Ery tu Riel. Kita minta Vee tolong engkau. Mana tahu dia boleh…"
"I don't think so, Kimi. Aku dengan Vee macam bom atom! Nakkah dia tolong aku?"
"Alah, belum cuba belum tahu. Vee would be so perfect for the role! Cuma dia sorang aje yang boleh faham apa masalah engkau sekarang ni, Riel"
"Err... aku malulah nak cakap dengan dia"
"Alah, small matter bro! Biar aku try pujuk Shak dengan Ery sekali. Aku pasti mereka akan cuba sedaya - upaya yakinkan Vee untuk tolong engkau!"
"Hurm…"
"Janganlah macam tu, Riel… kau tak payah risau sangat, nanti aku tahulah nak cakap apa dekat dia orang bertiga itu nanti. But one more thing...."
"Apa dia?"
"Kau jangan cakap dekat Shak, kalau aku yang beria - ia mahu Vee tolong engkau kali ni!"
"Kenapa?"
"Aku tak naklah hubungan aku retak dengan dia pulak! Shak memang tak nak Vee terlibat langsung dengan engkau. Dia takut korang asyik bergaduh saja nanti. So let me do the talking here... okey?"
"Okey. Tapi aku tak rasa, Vee akan sanggup tolong aku …"
"Let me handle it first. If there is something I need for you to do... I'll call. ASAP! Kau jangan risau"
"Humm… emm…"
"Rileks, Riel. Aku pasti Vee akan cuba tolong kau nanti. Percayalah!" Hakimi tersentak dari lamunan panjangnya bila dia terasa bahunya di tolak secara tiba - tiba. Dia yang masih lagi kalut cuba untuk tersenyum. Dia lantas menggeleng kepala.... Nasib baik tak kantoi!
"Jauh kau termenung. Sampai dekat planet mana?"ujar Vee dengan nada gurauannya. Hakimi sekadar tersengih.
"Hish, mana ada Vee. Aku saja nak layan feel sikit tadi..." balas Hakimi dengan senyuman penuh maknanya.
Mereka menikmati hidangan mereka, penuh selera sekali. Sesekali mereka akan ketawa bila ada yang mencuit hati mereka. Shakira mengajak mereka pulang setelah agak lama, duduk di dalam food court tersebut. Jam pun sudah hampir merujuk ke angka dua belas tengah malam.
"Call, aku bila kau sudah sampai rumah" ujar Vee seraya memeluk Shakira sebelum mereka berpecah balik.
Shakira balik bersama Hakimi dan Vee dengan Ariel. Vee bersandar di bangku sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Ariel. Dia keletihan dan perutnya juga terasa penuh. Dia kurang selesa dengan keadaan badannya malam itu. Lagu yang di putarkan di corong radio kereta Ariel juga boleh tahan jiwangnya. Vee hanya mendiamkan diri dan mendengar lagu itu dengan mata yang separuh tertutup.
"Ehem! Ehem…" Ariel berdehem kecil beberapa kali bagi memecah sunyi di antara mereka berdua.
"Besok awak free tak? I nak bincang tentang perjanjian kita…" Vee berpaling dengan wajah yang keletihan.
Dia malas mahu berbicara sebenarnya, tapi kerana tidak mahu Ariel terasa hati dengannya, dia terpaksa juga untuk membuka mulut. Ariel yang sedang memandu kereta kelihatan ceria sambil bersiul kecil di sebelahnya.
"Besok? Saya ada janji dengan Zariel. Nak tengok rumah… malam, saya baru free"
"Dia dah dapat cari tapak untuk rumah diakah?"
"Belum lagi. Harap sajalah kali ni dia setuju. Kalau tidak, kena cari tempat lain lagi. Owh, ya... ini syarat dari saya. Make sure awak baca. Lepas itu awak sain tau!" Vee mengeluarkan sekeping sampul dari tas tangannya. Dia lantas memberikan sampul tersebut kepada Ariel.
"U simpan dalam box tu dulu. Nanti I baca…" ujar Ariel sambil meneruskan panduannya sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna.
Siapa sangka malam itu keadaan trafik agak teruk. Mereka terpaksa berhenti beberapa kali kerana kesesakan lalu lintas.
"Make sure, awak sain malam ni. Besok awak bagi balik dekat saya sebab saya nak simpan sebagai bahan bukti!" sebaik mendengar kata - kata Vee itu, Ariel pecah ketawa, lucu.
Dia tidak sangka kalau Vee berfikiran seperti itu terhadapnya. Dia sendiri hampir terlupa dengan janji mereka. Mujur Hakimi ada bertanya mengenai surat perjanjian yang dia janjikan kepada Vee, tadi. Kalau tidak pasti dia tidak akan terfikir lagi mengenai perjanjiannya dengan Vee sebelum ini.
"U ni mengalahkan detektif. Siap suruh I sain pelbagai… U jangan risau sangatlah, I takkan mungkiri janji I dengan U" sambung Ariel sambil masih lagi bersisa ketawa.
"Whatever!"
"Kenapa, tak percaya dengan I?"
"Iya! Lelaki, hari ini cakap lain besok cakap lain. So saya memang tak percaya. Awak pun macam itu jugak!" Ariel sempat melirik Vee di sebelahnya dengan kerutan dahi.... Urm... sampai macam tu sekali?? Hai!
"Mana mungkin I nak apa - apakan U, Vee. I tahu kita cuma berlakon aje. Kalau U dah ada special boyfriend, U cakap aje dengan I… I, anytime akan lepaskan U . Jadi U tak perlulah bimbang sangat, I tidak akan mungkir janji I dengan U"
"I hope so too..." Ariel sekadar tersengih.
Vee memang tidak akan mempercayai kata - katanya. Tengok sajalah apa yang dia sudah buat terlebih dahulu. Dia menulis perjanjian seorang diri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dirinya..... Ikut suka hati dia je nak letak syarat apa sekali pun. Vee... Vee!