Hampir sejam kami berbincang di balconi kelas.Tiba-tiba ,Naz datang menyapa kami.Katanya sudah lama kami bersembang dan tidak menjamah makanan yang telah disediakan.Alangkah terkejutnya kami waktu kerana khuatir perbincangan kami didengari olehnya.
Naz:"Apa yang korang buat kat luar ni lama-lama.Nak dating pun balik nanti la.Aku bukan apa ,kesian dekat orang single macam aku ni lagipun tak manis kalau orang nampak korang berdua dekat sini."
Aku:"Tak sangka pulak aku yang kawan aku caring dekat aku.Setahu aku kau asyik menyakat aku ja.
Naz:"Mestilah aku caring kau kan kawan baik aku kalau jadi apa-apa dekat kau ,aku juga yang susah."
Iqah:"Dah la tu ,jom la masuk makan.Nanti sisa ja yang tinggal.Kau dah la makan banyak Ajiq😂🤣.
Aku:'Dah la,merajuk la macam ni .Dua-dua menyakat aku ja.Bye ,aku masuk dulu."
Kami pun masuk dan menjamah makanan yang ada.Kemudian,kami semua pun pulang ke rumah masing-masing.Setiba di rumah ,aku memilih untuk merehatkan badan dan mindaku yang semakin memikirkan soal perkahwinan.Aku juga memberi masa kepada Iqah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebelum dia bergelar isteri yang waktunya kian suntuk.Selepas beberapa hari merehatkan badan,kami mulai sibuk melakukan persiapan perkahwinan.Kami hanya melakukan majlis tersebut secara kecil-kecilan.Tiada jemputan kepada sahabat-sahabat handal yang dijemput hanya sedara-mara terdekat sahaja.Tanggal 20 Disember iaitu hari yang paling mendebarkan aku.Semua telah tiba di masjid dan kami hanya menanti ketibaan tok kadi untuk melangsungkan majlis.Setelah 10 minit tok kadi pun tiba.Acara segera dilangsungkan dan tok kadi hanya duduk disamping kerana ayah Iqah yang akan mewalikan pernikahan tersebut.Sewaktu aku menggenggam tangan ayah Iqah,jantungku hampir gugur kerana aku merasakan bertapa besarnya tanggungjawab yang bakal ayahnya lepaskan kepadaku.
Ayah Iqah:"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nurul Haziqah Binti Muhammad Haris berwalikan aku dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai. "
Aku:"Aku terima nikahnya Nurul Haziqah Binti Muhammad Haris dengan mas kahwinnya RM 2000 tunai."
Ayah Iqah:"Sah?"
Saksi-saksi:"Sah."
Kemudian tok kadi membaca doa dan tanpa aku sedar air mataku telah mengalir membasahi pipiku.Setelah selesai berdoa pengantin lelaki diminta untuk menyarungkan cincin di jari manis pengantin perempuan.Waktu itu aku merasakan pemindahan tanggungjawab untuk menjaga Iqah berada di atas bahuku.Selesai menyarung cincin aku membaca doa di ubun Iqah.Cara ini merupakan salah satu sunnah nabi agar isteri menjadi solehah.Tiba-tiba abah iaitu ayah Iqah memanggilku.
Abah:"Jaga Iqah baik-baik tau ,Haziq.Sekarang tanggungjawab abah Haziq yang pegang.Kalau suatu hari nanti hati Haziq dah tertutup untuk Iqah,pulangkan Iqah kembali kepada abah dengan cara yang baik,bagaimana Haziq menggambilnya."
Abah memesan sambil air matanya mengalir.Bertambah sebak aku kerana abah begitu mempercayai aku untuk menjaga puterinya.
Aku:"Insyaallah abah,Haziq akan menjaga Iqah sebaik mungkin.Haziq takkan sia-siakan hidup Iqah.Haziq cuma nak abah doakan kami agar kami tabah dalam setiap ujian rumah tangga ini.
Abah:"Insyaallah ,abah selalu doakan kamu berdua."
Selepas semuanya selesai masing-masing pulang untuk membersihkan diri dan merehatkan diri.Di rumah maka mulalah kisah sepasang suami isteri muda.