Bab 17:Pengalaman bekerja yang bermakna

Aku bekerja sudah hampir setahun di hospital tersebut dan Iqah juga sudah kembali ke Zurich.Dia menghantar resume di hospital yang aku sedang ditugaskan dan dia mendapat pekerjaan di situ.Hal ini lebih memudahkan kami untuk pergi ke tempat kerja memandangkan jarak antara hosipital dengan rumah tidak terlalu jauh.Jadi lebih mudah untuk pulang jika berlaku apa-apa.Aqasya sudah berusia 9 tahun,Ainur, 7 tahun dan Rafiqi,setahun.Kami boleh mengharapkan Aqsya kerana dia anak sulung dan dia juga boleh diharapkan jika Ain tidak sibuk,dia akan ke rumah menjengguk anak-anak kami.Rafiqi dihantar di pusat jagaan kerana dia masih kecil lagi serta abang kakaknya juga bersekolah dan tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.

Alhamdulilah,aku dan Iqah mendapat waktu bekerja yang sama iaitu pada sebelah pagi.Jadi di sebelah malam kami dapat meluangkan masa bersama anak-anak.Kami berdua bekerja dengan sangat lancar.Aku ditugaskan disektor otak dan Iqah disektor tulang.Kami bersyukur kerana diterima bekerja di sini.Gaji yang ditawarkan lumayan besar.Menjadi doktor perlu berdepan dengan pelbagai jenis orang pada setiap masa.Ianya tidak menjadi madalah kepadaku kerana aku memang seorang talkative.Melayan kerenah pesakit memang menjadi hobi aku walaupun perlu melayan pesakit yang panas baran.Suatu cerita bermula di mana aku bertemu dengan seoarang mak cik yang berumur 65 tahun ke atas.Ceritanya menjadi tamparan besar kepada diriku.

Suatu hari sewaktu aku menjalankan tugas,seorang mak cik datang sebagai pesakit aku.Disebabkan aku peramah jadi aku pun menegurnya.Sapaan aku disahut oleh mak cik tersebut dan dia juga bersembang denganku tanpa kekok seperti kami sudah lama berkenalan.Aku bertanya kepadanya apa yang dia amalkan sehingga otaknya masih segar dan dapat berfungsi dengan baik.Untuk pengetahuan semua,mak cik tersebut berjumpa dengan aku disebabkan dia kemalangan dan datang untuk melihat keputusan makmal.Mak cik tersebut menjawab persoalan aku dan dia menceritakannya dengan teliti sekali.Dia memberitahuku bahawa dia seorang mualaf.Dulu dia tidak beragama,segala perkara yang berdosa dia lakukan.Dia juga mendera anaknya sehingga mengakibatkan mental illness.Anaknya menanggung sakit selama 4 tahun dan akhirnya meninggal dunia.Dia sangat menyesali perbuatannya tapi yang telah pergi tidak lagi akan kembali walaupun kita tidak merelakannya.Setelah kejadian itu,dia berubah dan menjadi seorang ahli sains.Banyak benda yang dia ingin mengkaji dan suatu hari pasukannya telah mengkaji perkara-perkara dan kesan yang telah tertulis di dalam al-Quran.Mereka terkejut tenyata semua yang dinyatakan di dalam al-Quran semuanya benar.Hal ini membuatkan hatinya membuak-buak untuk mengenal sang pencipta Pada suatu hari, dia telah berjumpa dengan seorang ustazah yang telah banyak memberi makna kehidupan yang sebenar kepadanya.Ustazah tersebut telah membimbingnya mengenal tuhan yang esa.Sejak dari itu,dia memeluk Islam dan dia berusaha menjadi seorang hafizah dan akhirnya dia berjaya menjadi hafizah.Kajian telah mendapati seseorang yang menghafal al Quran ingatannya lebih kuat dan otaknya lebih tenang.Sekarang aku faham dengan apa yang nak disampaikan oleh mak cik itu.Aku berborak dengannya sehinggan urusan selesai.Aku sangat selesa berborak dengannya.Mak cik tersebut menasihatku seumpama aku ini ialah anaknya.Ianya membautkan aku teringat kepada ibuku yang berada di Malaysia.Mak cik tadi juga berpesan agar aku menyanyangi keluarga yang telah aku bina dan membimbing mereka dengan agam.Hati aku tersetuh kerana ini kali pertama aku berjumpa dengan pesakit sebegini.Hal ini kerana masyarakat di sini tidak akan kisah tentang hal orang lain bagi mereka hal aku hal aku,hal mereka hal mereka jadi mereka tidak akan mrncapur tangan.Hati aku berdoa agar Aqasya dapat menjadi hafiz yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Setibanya aku di rumah,aku menceritakan segala-galanya yang telah aku borakkan dengan mak cik tadi kepada Iqah.Tiba-tiba Aqasya menghampiri kami dan menyatakan hasratnya.

Aqasya:"Pa,Ma,Qasya nak explore pasal Islam boleh.I have a lot of fun while learning about Islam.So,can I?"

Iqah:"Yes,you can sayang.Belajar elok-elok tau."

Aqasya:"Ok mama.Nanti lepas Qasya ambil GCSE."

Aku:"Qasya serious la ni?"

Aqasya:"Betul la, pa.Qasya nak sambung dekat Turki la nanti.I want to learn more about Sultan Muhammad Al Fateh.Qasya suka dengar tentang perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh.I hope my dreams will be achieved one day.

Aku:"Kalau betul alhamdulilah.Papa agree dengan Qasya ."

Aku bersyukur kerana doaku benar-benar termakbul.Aku tak kan menghalang minat setiap anak-anakku yang penting setiap minat mereka membawa kebaikan kepada agama dan masyarakat