Sebaik sahaja aku dan Firdaus turun kat bawah, kawan-kawan ku sudah mengatur langkah untuk masuk ke dalam kereta.
Sekali lagi, suasana dalam kereta sunyi. Hanya radio yang memecahkan kesunyian.
Syazliana dan Amri tertidur. Penat agaknya.
Aku dan Firdaus menghadap telefon.
Aliff dan Aireen masing-masing memandang ke luar tingkap kereta. Lepas kejadian tadi, dia tak bercakap apa-apa. Malu dengan kitorang agaknya.😂
Kringg!! Masuk notifikasi whatsapp dalam fhone aku.
Firdaus ❤️:
"Iera!! Aku rase la kan, diorang senyap semacam sebab diorang malu ngan kiter kot. Hahaha"
Iera ❤️:
Aku pun rase macam tu jugak, aku rase la kan, diorang ade apa-apa laa 🤔.
Firdaus ❤️:
Maksud kau?
Iera ❤️:
Diorang couple ker??
Firdaus ❤️:
Kesitu pulak kau. Apa-apapun, sweet la diorang tadi, cuba bayangkan kalau kita tadi.😉"
Iera ❤️:
Mengada ka kau ni.HAHAHAHA
Aku rase macam apa yang Firdaus cakap tu lawak. Tiba-tiba, "HAHAHAHAHAHA" Aku tergelak besar. "HAHAHAHA" Firdaus pun turut gelak. Aliff dan Aireen memandangku silih berganti. dengan wajah yang kebingungan. Nasib baik laa Syazliana ngan Amri tak bangun. Tidur mati kot diorang ni.🤣
Siap ternganga luas lagi mulut si Amri.🤣
"Iera, aku lupa nak bagitahu kau." Aireen bersuara.
"Hah?? Nak bagitau pasal apa?? Pasal kau couple dengan Aliff ker?? Opss, terlepas cakap."Aku pun menutup mulut ku.
Aireen dan Aliff merenung ku dengan renungan yang tajam. Aku hanya tersenyum dan mengangkat tangan ku dan menunjukkan simbol peace.
"Bukanla, pasal esok nak gi Kelantan. Balik kampung aku. Kan cuti seminggu ni." Terang Firdaus.
"Ooo, aku nak kena tanya mama aku dulu." Ujarku.
"Takyah, Aku dah call tadi, mama kau cakap boleh." Terang Aliff.
"Ok." Jawabku.
"Haa, teruja nak jumpa ngan ibu mertua ker???" Sakat Aireen. Tadi aku kenakan dia, ni dia pulak yang kenakan aku.
"Mana ada." Pipiku merona merah.
Aireen dan Aliff pun gelakkan aku. Aku hanya terdiam.
Sesampai aku dirumah, aku berlari anak menuju ke bilik ku. Aku mencampakkan tubuh ku diatas katil dan memandang siling bilikku.
"Haih, rindunya bilik aku ni." Bisikku. Sambil bergolek-golek diatas katil.
"Haihh, nasib baik aku tak lupa nak packing barang." Keluhku. Aku pun mencapai beg yang besar dan memasukkan semua barang-barang keperluan ku untuk holiday esok.
'Agak agak macam mana laa kampung Firdaus tu.' Bisikku didalam hati.
*Pada waktu malam*
Kringg!!!
(Dalam grup whatsapp bestfriend)
Aliff:
"Tidur awal guysss!!! Esok nak jalan-jalan!!!"
Syazliana:
"Aku rase macam takleh tidur laa, Teruja sangat, hehehe"
Aku:
"Aku pun sama laa."
Aireen:
"Aku baru siap packing barang. Nak tidur dah ni."
Aliff:
"Ooo. Sweetdream. Mimpikan aku erhh"
Aku:
"Ek eleh, nak sweet sweet dalam ni pulak. Jealous kiterr"
Aliff:
"Suka hati lahh, Firdaus kau mane??"
Firdaus❤️:
"Ade ni haa, Don't worry iera. I'm right here. I'm always with you forever."
Syazliana:
"Haa, dah nak retak dah skrin telefon aku. Amri mane Amri?? Tayang sweet saturrr!!!"
Amri:
"Ade ni sayang!!!"
Aku:
"Werkkk!!! Terlebih sweet ni"
Aliff:
"HAHAHAHAH"
Aku:
"K la guys, goodnight, Sweetdream."
Aku pun tutup fhone dan perkataan yang diungkapkan oleh Firdaus terngiang-ngiang di fikiran ku.
"Ape maksud dia selalu ade dengan aku?? Dia suka aku ker??" Soalku dengan perlahan.
Tak lama kemudian, aku pun terus tidur.