*Di hospital*
"Adik tunggu kat luar yer, sementara kami rawat kawan adik." Ujar seorang nurse kepada Aireen, Syazliana, Amri dan Firdaus.
Mereka mengangguk tanda faham.
"Korang, aku nak call Iera jap, nak bagitau pasal Aliff." Ujar Syazliana.
"Helo Iera" Ujar Syazliana.
"Helo, korang okey tak kat sane?? Balik la wei."Ujarku.
"Aliff Excident!!!" Ujar Syazliana
"Hahhhh??? Ok, kau share location yer, aku datang sekarang." Ujar ku, risau .
"ok ok" Jawab Syazliana.
Sesampai aku disana, terpampang wajah mereka dengan riak wajah yang sedih.
Aku dapat rasa Firdaus memandang aku, tapi aku langsung tak memandang ke arahnya.
Aku segera pergi memeluk Aireen. Mata dia dah merah.
"Sabar yer Aireen." Ujarku.
"Kalau la aku tak cari pasal dengan dia masatu, takde la jadi camni." Ujar Aireen. Air matanya mengalir laju.
"Korang dah call mummy dia ker??" Soalku kepada kawan-kawan ku.
Mereka menggeleng, tanda tidak.
"Nanti aku call." Firdaus mencelah.
Aku hanya memberikan jelingan yang tajam.
Aku pun segera call Mummy Aliff.
"So, macamana??" Soal Syazliana.
"Mummy ngan daddy dia takleh balik, mummy dia ade kat Zimbabwe." Terang ku.
Mereka mengangguk tanda faham.
Doktor pun keluar.
Kitorang segera pergi ke arah doktor.
"Doktor, macamana dengan kawan kitorang??" Soal Syazliana.
"Kawan korang okey, dia stabil tapi dia still tak sedarkan diri and maybe dia tak sedar dalam 2/3 haru lagi." Terang Doktor.
"Boleh kami masuk??" Soalku.
"Boleh." Jawab Doktor.
Kami pun berlari anak menuju ke arah Aliff.
Keadaan Aliff boleh dikatakan memang teruk.
Aireen menangis.
Kami pun duduk atas sofa. Hospital ni hospital swasta.
Setelah beberapa jam kami disini, Aliff masih tak sedar.
Tiba-tiba,
"Iera, boleh tak aku nak cakap dengan kau kat luar kejap." Firdaus bersuara.
Aku mengabaikan soalannya, buat buat tak dengar, menyampah do!
"So, sape nak jaga Aliff malam ni??" Soalku. Tukar topik.
Firdaus mengeluh.
"Aku jaga." Jawab Aireen.
Aku mengangguk tanda faham.
Hari demi hari berlalu, Aliff masih tidak menyedarkan diri. Aireen selalu ade disamping Aliff. Sehinggalah satu hari,
"Aireen, kau balik la rumah harini yer, biar aku pulak jage dia kat sini." Ujar Amri.
Aireen mengangguk tanda setuju. Aireen pun pulang.
"A amri, a aku kat mana?" Soal Aliff.
"Kau kat hospital. Jangan banyak gerak, kau still lemah lagi ni." Ujar Amri.
Aliff mengangguk perlahan.
Tiba-tiba,
Krekk!!!
Pintu bilik dikuak,
Terpampang wajah Zana. Dengan senyuman yang manis.
"Hai awak" Ujar Zana.
Aliff hanya tersenyum.
Aliff pun teringatkan peristiwa tadi.
"Amri, mane Aireen?? Dia okey tak??" Soal Aliff.
"Dia okey jer." Jawab Amri.
Zana pun berdehem, Amri seakan akan tahu maksud Zana, segera meluru ke luar. Meninggalkan Aliff ngan Zana. Amri menelefon Aireen, Aliff dah sedar.
"Kenapa dengan awak ni??" Soal Zana, kononnya merajuk.
"Ape??" Soal Aliff kembali.
"Awak tu pergi sebut nama perempuan tu dah kenape??" Soal Zana.
Aliff hanya berdiam.
"Awak nak tahu tak?? Saya yang jage awak mase awak tak sedarkan diri, hari hari saya tunggu awak bangun tau!" Ujar Zana.
Aliff tersenyum lebar.
"Awak nak tau tak, Aireen cakap ape pasal awak??" Soal Zana.
"Nak nak." Jawab Aliff.
"Dia cakap, awak ni patut manpus aje, hidup menyusahkan orang. Pastu dia tampar saye semalam, dia cakap saye nak rampas awak dari dia." Ujar Zana.
"Tak guna punya perempuan, takpe, nanti dia tahulah nasib dia." Marah Aliff.
Krekkk!!!
Pintu bilik dikuak, terpampang wajah Aireen.
Aireen tersenyum melihat Aliff dah sedar.
Selangkah dia masuk, dia terhenti.
"Kau nak ape lagi?? Kau keluar sekarang!!! Kau ingat aku tak tahu ker kau doakan aku cepat mamposs??? Kenape kau tampar Zana hah??" Soal Aliff.
"Ape ni?? Aku tak faham." Soal Aireen kebingungan.
Aliff pun memegang tangan Zana dengan erat dan mencium tangan Zana. Aireen terkejut.
"Kau boleh berambus dari hidup aku!!!" Marah Aliff.
"Ape semua ni??" Soal Aireen dan air matanya mengalir dengan laju.
"Mulai hari ini, persahabatan kita putus!!!" Ujar Aliff dengan suara yang tinggi.
'Ape yang Zana dah bagitau kau?? Kenapa kau tak percaya kat aku, Aliff??' Bisik Aireen dalam hati.
"Pergi!!" Marah Aliff.
"Tapi," Air mata Aireen mengalir lagi.
"Sayang, tolong tutupkan pintu, taknak laa ade orang kacau privasi kita." Ujar Aliff dan tersenyum sinis kearah Aireen.
Zana pun bangun, menolak Aireen dan menutup pintu,
tapi dia sempat berbisik kepada Aireen,
"Aku dah menang." Bisik Zana.
Aireen tak dapat mengungkapkan apa-apa, dia kaku. Dia rase kecewa.
Sebaik sahaja Zana menutup pintu,
"Ok, kalau ni lah yang kau nak, sumpah aku takkan kacau dah kau lepasni. Semoga kau bahagia dengan Zana." Bisik Aireen dan berlalu pergi dengan kecewa.