Aku melilau liau sekeliling. Untuk mengetahui aku dimana. Aku terkejut bila tengok Firdaus tidur atas kerusi dan kepalanya berlapik katil ku. Aku cuba bergerak, tapi perut aku terasa sangat sakit.
Firdaus tersedar.
"Awak dah bangun???" Soalnya.
"Wak, perut saya sakit." Ujarku.
"Awak jangan banyak gerak." Ujarnya.
"Kenape mata awak macam bengkak??" Soalku.
"Dah tu semalaman duk jaga awak. Ingatkan awak sedar semalam. Tengahari ni baru sedar." Ujarnya.
"Awak, saye nak cakap something." Ujarku.
"Ape dia??" Soalnya.
"Saya nak mintak maaf." Ujarku.
"Huh, for what??? Awak dah tahu kan perangai Zulhelmi tu macamana. Yang awak pergi jugak tu dah kenapa??" Marahnya.
"Dalam keadaan macam ni pun awak still nak marah saya??" Soalku dengan nada yang lembut tetapi tegas.
"Saya nak balik." Ujarnya.
"Last saye kena marah dengan orang yang saye sayang, kat Kelantan dulu. Tak sangka awak ulang balik." Ujarku.
"Sekali lagi awak melangkah, antara kiter nothing. Saye akan tutup balik hati saye and saye janji, saye takkan bukak dah hati saya kat awak." Ujarku.
Langkah Firdaus terhenti.
And dia melangkah. Aku pun cuba untuk turun, aku terjatuh. Perut ku semakin sakit.
"Iera!!!" Jerit Firdaus.
Darah yang banyak keluar dari perut ku membuatkan aku rasa macam nak pitam. Mataku terus tertutup.
*Wad Syazliana*
Syazliana membuka mata dengan perlahan, terpampang wajah Amri.
"Dah bangun??" Soal Amri.
"Saya nak mintak maaf awak." Ujar Syazliana.
"Takde guna. Benda dah jadi." Ujarnya dengan suara yang menyakitkan hati Syazliana.
"Awak maafkan saya tak??" Soal Syazliana.
"Huh, kenapa erk saye kena kahwin dengan awak?? Saye pelik, sekejap jer awak dah jatuh cinta dengan orang lain." Ujar Amri.
"Saye sakit." Ujar Syazliana.
"Dah tu??" Soal Amri.
"Ok fine, kenapa la saya tak mampus terus tadi??? Kenapa awak bawak saya sampai sini???" Soal Syazliana dengan suara yang lantang.
Syazliana pun cuba untuk bangun. Amri terkejut.
"Nak pergi mane?" soal Amri dengan wajah yang cemas.
"Tepi!!!! Kau jangan dekat dengan aku!!! Kau nak tengok aku mampus kan???" Soal Syazliana dengan suara yang lantang.
Syazliana pun cuba bangun, luka di perutnya masih parah. Dia pun mengambil garfu dan meletakkan di perutnya. Amri cuba mendekatinya, tapi dia tolak.
Amri pun memeluk Syazliana.
"Jangan buat macamni sayang, kalau awak takde, saye pun akan mati. Saya marah sebab saya sayang awak." Ujar Amri dan air matanya mengalir dengan laju.
Syazliana pun meletakkan pisau dan naik ke katilnya kembali dengan perlahan.
"Iera macamana??" Soal Syazliana.
"Dia dekat wad sebelah." Ujar Amri.
"Tolong bawak saya jumpa dengan dia." Mintak Syazliana.
"Jap, saya pergi ambik kerusi roda." Ujar Amri.
Amri pun menolak Syazliana menggunakan kerusi roda.
Sebaik sahaja sampai di wad aku. Syazliana dan Amri terkejut.
"Kenapa kau kat luar??" Soal Amri.
"Doktor tengah check Iera. Tadi kitorang bergaduh pastu iera turun dari katil and dia jatuh. Darah banyak keluar." Ujar Firdaus dan air matanya mengalir.
"Apa masalah kau hah??? Kau tak nampak ker kitorang tengah sakit?? Lupakan jelah pasal tu buat sementara waktu. Jantan ni semua same eh??? Kalau iera mampus kat dalam tu, puas la hati kau kan!!! Actually bukan salah dia pun, Zulhelmi dah pasang perangkap untuk kitorang!" Tengking Syazliana.
"Aku tahu, aku terlalu mengikutkan perasaan tadi. Maafkan aku." Ujar Firdaus.
"Kau nak ker Iera benci kau macam dulu balik?? Aku nampak la dia dah buka hati dia untuk kau. Kau ingat dia cepat sangat ker nak bukak hati untuk orang??? Lepas kau dengan dia gaduh mase form 1, dia tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa. Aku percaya, dia akan tutup balik hati dia untuk kau, atas ape yang kau buat sekarang ni." Ujar Syazliana.
Rasa bersalah menyelubungi Firdaus.
Sebaik sahaja aku sedar, terpampang wajah Firdaus dan Aireen.
"Reen." Ujarku.
"Takpe, aku maafkan kau." Ujar Aireen.
Aku membalas dengan senyuman.
"Awak, saye mintak maaf." Ujar Firdaus.
Aku pun cepat-cepat tutup mataku. Menyampah nak tengok muka dia.
"Aku dah cakap tadi. Sekali lagi kau melangkah, hati aku dah mati untuk kau." Ujarku.
"Maafkan saya sebab saya terlalu mengikutkan perasaan."Ujarnya.
Aku hanya berdiam.
Hari demi hari berlalu, Amri menjaga Syazliana dengan baik, and Firdaus pun same, dia jaga aku dengan baik. And kitorang pun semakin rapat. Tapi perangai annoying dia tu tak pernah hilang. Sesetelah beberapa minggu kami disini, aku dan Syazliana dah boleh discharge. Keesokannya kami balik ke Malaysia. Nak kahwin dah. Kalau ikutkan memang taknak balik lagi. Tapi tula, Syazliana dengan Aireen excited nak kahwin. Aku ikutkan aje.