Berminggu-minggu lamanya berlalu. Aireen pun dah okey and dia dah boleh datang Perth. Hmm, tapi ade one problem, dia taknak balik Malaysia langsung. Dia cakap dia nak lupakan segalanya tentang Aliff. Dia benci sangat-sangat kat Aliff. And start dari diorang bercerai, kitorang langsung tak sebut pasal Aliff. Sebab dia dah bagi warning. Aku dengan Syazliana pun setuju. Harini aku dan Syazliana balik Malaysia. Ibu Amri cakap ade benda penting nak bincang dengan Syazliana dan Amri. Aku temankan Syazliana. Firdaus ape lagi, dengar Aku nak balik Malaysia, dia pun balik jugak la.😂 Tinggallah si Aliff tu sorang-sorang kat New Zealand. Haha.
*Didalam Plane*
"Raa, aku nak bagitau sesuatu, actually aku tak bersedia lagi nak bagitau sape sape. Just Amri and family dia jer yang tahu." Ujar Syazliana.
"Pasal ape tu? Macam serius jer." Soalku.
"Mesti kau pelikkan? Kenape aku still tak mengandung sampai sekarang? Actually, aku and Amri ade pergi jumpa doktor, tanya pasal keadaan aku, doktor cakap kemungkinan aku tak boleh pregnant. Sebab yang kes dulu tu kan, aku kena tikam dengan Zulhelmi." Terang Syazliana dengan panjang lebar dan sedih.
"Ya Allah Syaz... Tapi doktor cakap kemungkinan jer kan? Tak semestinya. Kau jangan sedih Syaz... Mesti kau boleh pregnant, trust me." Ujarku ingin menenangkan Syazliana.
Syazliana pun melentokkan kepalanya di bahuku.
"Sabar Syaz." Ujarku.
Sebaik sahaja aku dan Syazliana sampai, aku dan Firdaus tinggal kat rumah mama and papa. Syazliana ngan Amri pulak duduk kat rumah diorang la.
Tapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Kringgg! Kringg! Kringg!
Telefon Amri berbunyi. Menandakan panggilan masuk, terpampang nama ibunya.
Amri terus mengangkat call.
"Hello,ibu? Ade ape call?"Soal Amri.
"Datang rumah ibu jap, ade benda nak bincang. Tapi, ibu nak Amri jer datang okey?" Ujar Ibu Amri.
"Okey,bu." Ujar Amri.
'Ape benda yang ibu nak bincangkan ni?' Soal Amri didalam hati.
"Kenapa ibu call??" Soal Syazliana.
"Tak tahulah yang, dia cakap ade benda penting nak bincang. So, bieyy nak pergi rumah dia jap. Ayang duk rumah oke?" Ujar Amri.
Syazliana menganggukkan kepalanya.
Amri pun bergegas keluar dan masuk ke dalam perut kereta.
'Ehh, mane si Zana ni?' Soal Syazliana didalam hati.
Setibanya Amri dirumah ibunya, dia terus melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ade ape ibu suruh berkumpul kat sini?" Soal Abang Amri.
"Betultu. Kitorang terpaksa tangguh meeting." Ujar kak ipar Amri.
"Actually ibu nak bagitau, ibu nak Amri berpoligami." Terang ibu.
"What????? Are you kidding?" Soal Amri dengan suara yang dinaikkan satu oktaf.
Semua orang terkejut.
"Awak dah gila ker???" Soal Ayah Amri.
"Ok, listen. Syazliana tak boleh nak bagi zuriat kat Amri and ibu just nak Amri bahagia jer. Amri bersama dengan orang yang boleh bahagiakan Amri. Yang boleh bagi zuriat kat Amri." Terang Ibu Amri dengan panjang lebar.
"No, walau apapun yang jadi, Amri takkan kahwin lain!!!" Tengking Amri.
"Amri jangan nak malukan ibu!!! Bakal isteri Amri akan sampai kejap lagi." Ujar ibu Amri dengan tegas.
"What???" Soal Amri.
"Ibu, why ibu sanggup buat macamni?" Soal Abang Amri.
"Zhaf tak payah nak sibuk. Ni takde kena mengena dengan Zhaf!!!" Marah ibu Amri.
"Kalau Amri taknak kahwin ibu nak buat ape?" Soal Amri dan tersenyum sinis.
"Kalau Amri tak nak tengok mayat ibu, lebih baik Amri kahwin!" Marah ibu Amri.
"So, ape pilihan Amri?" Soal ibu Amri.
Amri terkejut dengan kata-kata ibunya, dia tiada pilihan.
"Amri setuju." Jawab Amri.
Ibu Amri tersenyum lebar.
"Macamni la anak ibu." Ujar ibu Amri.
Tiba-tiba,
"Assalamualaikum." Ujar Seseorang diluar rumah.
"Waalaikumussalam." Jawab ibu dan terus ke pintu.
"Masukla. Amri dah ade kat dalam." Ujar ibu Amri.
Mereka pun terus masuk. Amri pun memusingkan badannya ke belakang, dia amat terkejut.
"Zana??" Soal Amri dengan terkejut.
Zana hanya tersenyum.
Amri pun berlalu keluar dan terus masuk ke dalam perut kereta.