Aku membuka mata perlahan-lahan dan aku terkejut,
'Kenapa aku ade kat sini?' Soalku didalam hati.
"Alhamdulillah Iera! Kau dah sedar." Ujar Aireen dan terus memeluk aku dan air matanya mengalir.
"Ape jadi ni Reen?" Soalku dengan kehairanan.
"Kau accident, Raa." Jawab Aireen dan terus duduk di kerusi berhampiran dengan katil aku.
"Accident?" Soalku masih lagi tidak faham.
Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa malam tu.
"Firdaus mana?" Soalku. Aku betul-betul berharap yang dia ada. Aku betul-betul perlukan dia.
"Kitorang tak tahu Raa. Actually kitorang cuba cari dia tapi still tak jumpa. Mungkin dia masih marah pasal kejadian tu." Jawab Aireen.
"Aku tak buat Reen." Ujarku dan airmata ku mengalir. Dah betul aku tak buat.
"Aku tahu, aku tahu, kau tak macam tu." Jawab Aireen.
"Dah, takyah cakap dah pasal benda ni. Jom video call dengan Syazliana. Dia runsing dengan keadaan kau." Ujar Aireen dan tersenyum nipis.
Aku mengangguk.
Lepas kami siap buat video call,
"Anak aku macamana reen?" Soalku.
"Kau gugur Raa." Jawab Aireen.
Krekkk!
Pintu bilik dikuak.
"Firdaus!" Jeritku dengan teruja. Tapi alangkah sedihnya aku bila Iskandar yang datang dan bukannya Firdaus.
Aireen sedih melihat keadaan ku.
"Iera, awak okey?" Soal Iskandar.
"Sorry sebab saya lawat awak lambat. Saya baru tahu semalam and saya terus balik Malaysia." Ujar Iskandar.
"Takpe." Jawabku ringkas dan tersenyum tawar.
Doktor pun masuk ke bilik kami.
"Okey, iera. Make sure makan ubat ni yer? Pastikan awak tak tinggal makan ubat ni." Arah doktor.
Aku mengangguk.
"Satu lagi, kalau awak tak makan ubat ni, keadaan awak memang akan jadi teruk. Sebabnya boleh dikatakan selagi kami tak jumpa penderma yang sesuai untuk awak, awak tak kan sembuh and saya nasihatkan awak supaya jangan buat sebarang kecederaan pada diri awak. Sebab sekarang awak kekurangan darah. Tapi," Doktor itu berhenti bercakap.
"Tapi ape doktor?" Soal Iskandar.
"Kalau masih tak ada penderma darah yang sesuai, keadaan iera mungkin akan melarat, dan kebarangkalian untuk meninggal adalah tinggi." Jawab doktor itu membuatkan kami terkejut.
Sebaik sahaja doktor keluar, aku pandang Aireen and Iskandar.
"Korang, aku nak rest. Korang keluar boleh?" Soalku.
"Awak tak lapar ke?" Soal Iskandar.
Aku menggelengkan kepala.
"Takde takde, makan bubur ni. Kesian la kat kawan awak ni buatkan bubur untuk awak pastu awak taknak makan." Pujuk Iskandar.
"Betul tu, kau tak kesian kat aku ker?" Soal Aireen.
Betul jugak yang diorang cakap.
Iskandar pun terus mencapai bubur itu dan menggaul gaul kan bubur tersebut.
"Bukak mulut, kapal terbang nak mendarat ni." Arahnya. Tak ubah macam seorang ayah ingin memberikan anaknya makan.
Tanpa aku sedar, aku tertawa kecil dengan gelagat Iskandar.
Aireen tersenyum melihat aku ketawa.
Aku pun makan la bubur tu sampai habis, entah kenapa rasa berselera pulak when Iskandar suapkan. Aku suka dia ker? Tak mungkin la.Mungkin aku suka perangai dia.Hahaha.
Berhari-hari lamanya aku menghabiskan masa di hospital, Syazliana and Aireen dah ke Perth. Tinggalah aku sorang kat Hospital, tapi Alhamdulillah aku semakin okey. Firdaus pulak aku tak tahu dia kemana. Takde sape sape tau pun dia kat mana. Aku pun dah malas ambik tahu dah pasal dia. Disebabkan dia lah aku jadi macam ni. sejujurnya aku benci dia.