DI TEMPAT BARU
Lili berasa teruja dia dapat mengikuti Villiam bersama pekerjanya,oleh kerana Lili masih baru di sini,dia tinggal bersama Felisha.Pada mulanya Lili memberi alasan supaya dia dapat tinggal serumah dengan Villiam, tetapi Villiam juga memberi alasan,jadi Lili tidak dapat membuat Villiam menuruti kehendaknya,dia terpaksa tinggal di rumah Felisha,bila Diana tahu hatinya sangat lega.Lili bukanlah wanita yang di cintai oleh Villiam,dari situ Diana mengerti mengapa mereka bercerai,tapi mengapa fikir Diana.Diana dapat memerhatikan sikap Villiam terhadap Lili, begitu juga sikap Lili kepada Villiam, sepertinya Lili cuba untuk mendekati Villiam lagi, sedangkan Villiam melayan Lili seperti saudaranya sendiri.Diana tidak tahu orang seperti apakah Villiam?pasti dia sukar di kawal, Villiam bukan seperti Quan.Quan terkadang kelihatan tegas,tapi dia tewas juga, sedangkan Villiam kelihatan seperti seorang budiman yang mesra, tetapi seperti ikan belut.
Lili agak bosan terpaksa tinggal di rumah Felisha sendirian, Felisha telah pergi berkerja lebih awal pagi ini kerana ada mesyuarat,jadi dia mesti pergi awal menguruskan persediaan mesyuarat nanti, sementara Lili menunggu di rumah,dia pun tidak tahu ingin pergi ke mana.Lili juga tidak yakin sendiri berjalan di tempat baru, semua nya kelihatan asing dan menakutkan.Lili perlukan orang yang dia kenal untuk keluar menglangkah merasai keadaan sekitar.Bunyi kenderaan yang bertalu-talu agak menganggu pendengarannya, mengapa mereka boleh tinggal dengan selesa di sini,fikir Lili.Lili mengambil bantal duduk di sofa,dia memeluk bantal dengan kuat, hatinya ingin melihat Villiam.Villiam sudah berjanji malam nanti mereka akan pergi makan malam,jadi sekarang dia perlu membuat sesuatu agar masa cepat berlalu.
DI PEJABAT VILLIAM
Diana juga turut menyertai mesyuarat kali ini,dia lebih tertarik untuk mengetahui keadaan Lili di rumah Felisha, Felisha berkata Lili kelihatan baik saja,dia dapat menyesuaikan diri di rumahnya, mendengar kata Felisha, Diana berasa lucu,mana mungkin Lili sesuai tinggal di tempat yang bising, orang sepertinya kelihatan tenang dan mesra,gelak Diana sendiri.Diana sendiri pernah pergi ke rumah Felisha,tidak tahu mengapa Felisha boleh tinggal di situ, mungkin harga sewa rumah itu murah.Diana sendiri tidak tahan walaupun sekadar datang melawat.
RUTH DAN QISTINA
Ruth dan Qistina akan keluar berdua pada hari cuti, mereka ingin membeli belah dan bersantai seketika,sejak sekian lama mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing.Mereka berdua pasti akan berbual hal pribadi,keduanya saling memahami dan saling bertukar pandangan.Untuk memiliki sahabat tidak perlu sahabat dari kecil,tetapi sahabat yang menbuat kita berasa selesa dan sahabat Itulah yang Ruth bersyukur semenjak dia bertemu dengan Qistina.
Di luar kafe kecil, mereka berbual dengan santai tidak peduli orang yang lalu lalang memerhatikan gelagat mereka berdua,mereka tertawa gembira membuat orang yang memandang merasakan kesenangan yang mereka rasai.Qistina mengetawakan Ruth kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada Quan,yang encik Tan menginginkan cucu.Quan dan Ruth masih ingin hidup berdua tanpa anak, kerana saat mereka mempunyai anak,kehidupan romantik yang mereka nikmati akan terganggu.Tetapi Ruth juga kasihan kepada ayahnya,kalau menunggu kedua abangnya berkahwin,pasti lama lagi, sedangkan Ruth sudah lama berkahwin dan masih tidak mahu memikirkan anak.
DIANA MEMASANG JERAT
Malam minggu Villiam dan Diana keluar menemani rakan niaga di sebuah kelab malam di pusat bandar.Diana sangat tidak menyangka Villiam menjemput dia menemaninya malam ini,biasa Felisha dan Loy yang akan dibawa bersama,tetapi oleh kerana kedatangan Lili dan tiada siapa di sisinya,Villiam menyuruh Felisha tidak perlu ikut dia malam ini.Villiam mahu Felisha dan Loy membawa Lili pergi bersiar-siar.Diana sangat gembira bila dia dapat mengiringi Villiam,lengan Villiam di pegang dengan erat,wajahnya yang manis tak dapat di sembunyikan,itulah pancaran dari hatinya.Diana sungguh gembira melihat perempuan lain melihatnya dan berbisik,mereka menganggap Diana sangat bertuah menjadi kekasih Villiam,lelaki kacak yang datang ke kelab malam ini.
Memuji dan mengeji pada masa yang sama,itulah sifat perempuan di saat mereka terasa cemburu dan iri hati,mereka memanggil Diana murah seperti pelacur,kerana fikir mereka perempuan yang datang ke sini adalah perempuan simpanan atau pendamping lelaki kaya.Diana tidak kisah apa pun bila orang berkata buruk tentangnya,kerana yang pasti malam ini dia akan menjadi ratu kepada Villiam.Menemani orang yang suka minum arak agak menbosankan bagi Diana,tetapi melihat Villiam sudah diluar batasnya,Diana memujuk untuk pulang,Diana teringat akan pesan Loy,bosnya tidak boleh minum banyak kerana masalah kesihatan.
James Yeap lelaki kaya suka borus sewaktu minum,dia akan memesan minum keras yang mahal,menberi rakannya dan wanita pelayan untuk minum,demi tidak mahu menyakiti hatinya,mereka terpaksa minum.Mereka perlu minum sehingga James Yeap sendiri tidak boleh minum.Diana memerhatikan lelaki itu,orang nya sangat kaya,tetapi dia kurang menarik kerana tidak bersenam dan kelihatan tua,walaupun dia masih muda,mungkin kerana tabiat kehidupan yang tidak sihat dia nampak teruk di mata Diana.James Yeap sebenarnya menyukai Diana,dia sudah berapa kali mengundang Diana untuk makan malam bersama,tetapi ditolak oleh Diana kerana penampilannya.
James Yeap sudah tidak banyak bercakap lagi,dia seperti sistem yang dimuat turun,tidak mampu bergerak lagi.Diana mengambil peluang menbawa Villiam keluar dari bilik itu,yang lain juga ingin pulang bila melihat ada yang mula bergerak keluar.Diana melihat James Yeap tinggal sendiri,dia tidak mahu di salahkan meninggalkan James Yeap sendiri,sewaktu tiba di luar kelab,Diana melihat pengawal James,lalu memaklumkan kepada pengawal peribadinya tentang keadaan James,pengawalnya segera pergi mencari James Yeap,Diana pula perlu menbawa Villiam pulang,pada mulanya dia ingin menbawa Villiam ke rumahnya tetapi ini tidak seronok fikirnya,dia perlu menbuat drama kecemburuan.
Di depan rumah tempat tinggal Felisha,Diana menberhentikan kereta lalu dia mula bertanya kepada Villiam,untuk memastikan Villiam masih sedar atau tidak.Diana bertanya apakah Villiam ingin pergi ke rumah Felisha,sebab dia tidak tahu di mana Villiam tinggal.Loy mungkin masih menunggu bos di rumah Felisha.Villiam menjawab,Loy akan menghantar dia balik,jadi tunggu mereka di sini saja.Diana tahu Villiam masih sedar,jadi dia cuba untuk mengodanya,Diana berkata kepada Villiam yang dia sudah lama jatuh hati kepada Villiam,dia ingin menjadi kekasih Villiam.Villiam seketika tersenyum melihat Diana,lalu berkata kenapa kamu kelihatan sedih,apa tidak yakin dengan jawab yang akan saya berikan kata Villiam.
Diana menbuat wajah sedih untuk meraih simpati dari Villiam,dia ingin Villiam melihat keikhlasannya.Villiam menyentuh hidung Diana lembut.Diana tidak mengerti maksud sentuhan itu,Diana mencuba untuk menbuat Villiam berkata.Diana berkata dia faham sekiranya Villiam tidak dapat menerima cintanya.Lalu Villiam mencapai tangan Diana,Diana agak terkejut.Villiam berkata kalau dia menolak perempuan seperti Diana,sudah pasti dia rugi.Diana tidak menyangka luahan hatinya di terima oleh Villiam,dia sangat gembira.Kemudian Diana terlihat Lili di luar kereta di sebelah tempat Villiam duduk dengan cepat Diana memeluk Villiam,matanya bertentangan dengan mata Lili,Lili yang melihat sangat terkejut,hatinya luruh bagai di tikam pisau,dia terlambat.Lili yakin hubungan Villiam dan Diana sudah berada di tahap yang dia tidak dapat menjangkau.Lili berlari meninggalkan tempat itu,saat dia berlari naik ke rumah Felisha,Loy menegurnya,tetapi Lili berlalu tanpa senyuman lagi.Loy ke bawah melihat Villiam dan Diana berbual mesra.Loy merasakan sesuatu sudah terjadi diantara mereka.Biasa Villiam tidak terlalu ingin melayan Diana.
Loy mendekati mereka,Villiam mengarahkan Loy menghantar Diana dulu sebelum mereka pulang ke rumah,Villiam tidak menanya lagi keadaan Lili seperti biasa,malah keduanya kelihatan mesra berpelukan di tempat duduk belakang.Loy tidak mengerti dan tidak mahu masuk campur,itu urusan mereka,tetapi Loy merasa kasihan kepada Lili,Lili dari jauh datang untuk cuba memulihkan hubungan mereka,tetapi gagal juga akhirnya.Lili menahan kekecewaan di hatinya,matanya hampir mengeluarkan air mata,Felisha menyedari perubahan Lili yang pada mulanya sangat gembira menanti Villiam,sekarang dia hampir berendam dengan air mata.Felisha bertanya kepada Lili,kenapa Lili nampak sedih?Lili hanya berdiam dan mengalirkan air mata,Felisha agak panik dan dia menelefon Villiam,tetapi telefon Villiam tidak kedengaran bunyinya.Diana tiba di rumahnya,Villiam menlayannya seperti puteri,pintu kereta di buka.Diana keluar dari kereta dengan gembira,perbualan mereka tadi menbuat mereka seperti saling mengenali dengan lebih lama.Villiam menarik tubuh Diana dan memeluknya,Loy yang melihat tidak percaya mengosok matanya,dia akhirnya jelas melihat bosnya memeluk dan mencium dahi Diana.
Loy terlihat telefon Villiam ada pemanggil lalu menjawab saat melihat nama Felisha,Felisha ingin menberitahu keadaan Lili,mendengar suara Loy Felisha terdiam.Loy dengan cemas menberitahu yang Felisha mungkin tidak percaya dengan apa yang dia nampak,dia melihat bos mereka berpelukan dengan Diana dan menciumnya.Felisha tercenggang mendengar kata-kata Loy,Felisha sudah mengerti mengapa Lili bersedih mungkin Lili sudah tahu cerita sebenar.Lili mengetahui cerita selanjutnya dengan melihat wajah Felisha,dia tahu benarlah apa yang dia lihat tadi,Villiam dan Diana sudah bersama.Lili mengelap matanya dan bertanya kenapa kepada Felisha,Felisha agak tergagap untuk menjawab pertanyaan Lili,Lili tidak mahu Felisha berasa serba salah,dia berkata yang dia sedih kerana rindu kepada keluarganya dirumah cahaya,dia fikir sudah tiba masanya untuk dia pulang.Felisha bertanya apakah Lili sudah tidak menpunyai perasaan terhadap Villiam lagi?Lili menjawab sudah pasti ada,tetapi sebagai kawan.Lili gembira kalau Villiam menpunyai kekasih baru,agar dia tidak risau akan Villiam lagi.Felisha yang dunggu pun menberitahu kepada Lili,Loy melihat Villiam dan Diana berpelukan dan bercium baru tadi.Lili yang mendengar tersenyum dingin menahan hati yang sakit.Fikiran Lili mula bertanya apakah ini pengakhiran di antara mereka,dulu Ruth sekarang Diana,apakah dia perlu mengalah lagi?Mata Lili yang kemerahan menahan kesakitan di hatinya,dia tidak rela lelaki yang dia cintai lepas bergitu saja,hatinya menbara menyebut nama Diana...