Di perpustakaan
Amira mengelamun.Dibiarkan ketepi semua assignmentnya.Dia asyik teringat kali terakhir dia berjumpa dengan Raziq.
Saya just nak cakap
Apa yang Raziq ingin katakan.Dia mengeluh sendirian.Tiba-tiba seseorang menegurnya.
"Ada orang duduk sini tak?"
Amira memandang ke arah empunya suara.Ternyata itu Zikri.Zikri senyum kearahnya.Amira membalas senyuman nya.
"Takda."jawab Amira.Zikri yang mendengar jawapan Amira segera duduk di sebuah kerusi berhadapan dengannya.Dia membawa sebuah buku novel.
Zikri tak ada kawan ke?Kenapa dia tak duduk dengan kawan dia?Selalunya lelaki lepak dengan geng-geng dia.
"Kenapa termenung?Tak nak sambung buat assignment ke?"tanya Raziq sambil memandang Amira.
Amira yang hanya diam tu memandang ke arah Zikri.Tersenyum dia.Entah mengapa hadirnya Zikri dapat mengubat hatinya yang sedang lara.
"Asyik senyum je cakap lah."
"Nanti lah saya buat."
Sebenarnya duduk kat library ni saja nak dapat aircond😂
Dia memandang Zikri yang sedang tekun membaca novel.Dia memandang pula ke arah lain apabila Zikri menyedari perbuatannya.
Pada masa yang sama dia terlihat Raziq.Raziq dengan orang lain.Dengar kata orang dia dah jumpa.
Perempuan yang berada dia hadapan Raziq tersebut memandangnya dengan pandangan tajam.Amira mengalihkan pandangannya.
"Kenapa?" tanya Zikri
"Takda apa-apa."jawab Amira.
* * *
"You pandang apa Raisyah?Semacam aja muka you." Kata Raziq yang menyedari tingkah laku Raisyah
"Takda apa-apa jom."jawab Raisyah lalu pergi dari situ diikuti oleh Raziq.
* * *
Amira keluar dari perpustakaan untuk pulang kerumah.Dia tidak membuat apa-apa pun disitu.Hanya mengelamun sahaja.Zikri pula ikut nya dari belakang.
'Eh mamat ni.Ikut aku keluar apasal.'Amira bermonolog sendirian.
"Apa dia?"tanya Zikri.
Amira senyap.
"Saya nak belanja awak makan.Nak tak?"tanya Zikri.
"Takpalah saya dah nak balik ni."jawab Amira.
"Sekali je.Mana boleh tolak rezeki orang."Kata Zikri.
Amira menjeling ke arah Zikri.Eh mengada betul dia ni.
Tiba-tiba Zakwan menegur Amira.
"Aku nak minta maaf."kata Zakwan.
"Hah, kenapa pulak?"kata Amira keliru.
"Huh,pasal Raziq."Zakwan mengeluh.
"Tak pa.Mungkin jodoh tak panjang."kata Amira.
Zakwan memandang ke arah Zikri yang bersebelahan dengan Amira.Dia sudah mula menunjukkan riak cuak.Zikri pun sama.Dia terus berpaling ke belakang.
"Amira.Aku nak kau hati-hati dengan dia."kata Zakwan lalu terus pergi dari situ.
Amira pula memandang kearah Zakwan yang sudah berlalu pergi.Kenapa pula?
* * *
Zikri duduk di sebuah pondok di lorong belakang restoran.Sementara menunggunya ibunya yang sedang mengemas.
Tiba-tiba sekumpulan manusia yang dikenalinya datang ke arahnya.
"Aku cakap tak nak lah.Berapa kali aku nak cakap."kata Zikri.
Disebabkan jawapan itu seorang daripada mereka ingin menumbuk Zikri tetapi tidak mengena.Seorang demi seorang tumpas.
"Kau cakap kat bos kau aku tak nak."Zikri mencengkam baju salah seorang daripada mereka.Mereka lari meninggalkan Zikri di situ.
"Ya Allah, Zikri kenapa ni?" Tanya ibunya.
Terdapat sedikit calar di bahagian dagunya akibat tergesel di jalan tar tadi.
"Tak apa sikit je ni ibu."jawab Zikri.
"Dah lain kali jangan duduk luar lagi.Meh tolong ibu basuh pinggan."
"Baik Ibu."jawab nya.
* * *
Pasu pecah berderai bersebelahan ketua samseng tersebut.Dia sudah menggigil.Habislah angin bosnya sudah naik.
"Setakat dia sorang tu pun tak boleh nak setel?"tanya 'bos'
"Dia tak nak juga bos."jawabnya.
'bos' mengeluh."Dah lah kau pergi balik."
Dia keluar.Rakan-rakannya bertanya bagaimana keadaannya ok ataupun tidak.Dia hanya menggeleng kepala.
* * *
Encik Hisham sudah pulang kerumah.Dia memandang ke arah anaknya.
"Aik,Amira?tak tidur lagi?" Tanya Encik Hisham.
"Ni ha ada cerita best tengah malam ni.Tu yang stay up tu."kata Amira sambil memandang ayahnya.
"Ayah nak Amira buatkan air?"tanya Amira
"Takpa."jawab Encik Hisham lalu terus masuk ke dalam bilik.
Amira kesian dengan ayahnya itu.Mencari duit demi dia.Duit untuk dia gunakan untuk membeli keperluan belajar.Dari subuh sampai ke tengah malam dia bekerja.
TO BE CONTINUED ✨