Amira berbaring di atas katil. Hari ini merupakan cuti hujung minggu. Kebiasaannya, dia hanya akan duduk rumah melayan perasaan. HA HA HA
Dia men scrool gambar-gambar lama. Ya dia masih simpan lagi semua gambar itu.
Dia menatap sebuah gambar yang dia curi-curi ambil semasa Zikri membaca buku. HAHAHA. Jahatnya kau Amira.
Sebenarnya Zikri pun not bad.
Tapi kenapa hati ini masih belum menerima dia?
Tiba-tiba satu mesej masuk :
ZIKRI ⚽
Amira... Free x mlm ni 😁
AMIRA ❤
Free je mlm ni. Knp?
ZIKRI ⚽
Nk ajak gi i-City. Nk x ?😄
AMIRA ❤
Sapa nk belanja?☹
ZIKRI ⚽
Saya lah belanja xkan awk pulak.
AMIRA ❤
Ok.. saya on jer. Tapi kalau awk suruh sy belanja sy xnk pergi.
ZIKRI ⚽
Ok ok 😂
.
.
.
Apa mimpi Zikri pulak ni ajak pergi i-City. Kalau main game semua ke dia nak bayar? Tak bazir ke nanti?
Dah lah baik sediakan makanan untuk ayah nanti balik takde makanan atas meja tak pasal-pasal kena marah. Eh ? Ayah pernah marah kita ke?
* * *
Amira akhirnya dapat keluar rumah juga. Itupun dia bincang dengan ayahnya. Sekejap ayah dia bagi sekejap tak. Risau sangat dengan aku ni.
Amira menuju kearah kereta Zikri yang terpakir di hadapan rumahnya. Dia membuka pintu di bahagian belakang.
"Eh buat apa duduk belakang? Duduk lah sebelah saya ni."kata Zikri.
"Hm... Yelah-yelah." Amira duduk di tempat duduk hadapan.
Dalam perjalanan
" Macam mana tadi.Ayah awak marah tak bila kita keluar ni?" Tanya Zikri.
" HA HA HA... Payah jugak lah nak minta izin dia. Dia risau sangat."kata Amira.
" Hmm... Ayah mana yang tak risau. Anak dia keluar dengan orang yang dia tak kenal." kata Zikri.
Sesampainya di sana...
" Welcome to my town. HA HA HA." Zikri keluar dari kereta.
" My town pebendenya. Awak ke yang bina." kata Amira menyepak kaki Zikri. Biar sedar diri tu sikit.
" Sakit lah. Memang suka sepak kaki orang ea? Tak baik gila." kata Zikri sambil memegang kakinya.
Ceh... Tak macho betul.
" Memang awak sorang je baik kat sini." kata Amira.
Kelihatan kawasan i-City sedikit lenggang. Dia ada pernah juga datang di sini tetapi pada hujung tahun dan semasa hari kemerdekaan sahaja. Itupun hanya mahu tengok bunga api.
Nak main apanya pada waktu itu memang ramai orang nak tengok bunga api. Memang mampat lah tempat itu dipenuhi rakyat Malaysia.
Jadi harini inilah peluang keemasannya. Bolehlah dia mencuba bermain ice skating. Itulah yang dia inginkan selama ini.
Amira pergi ke arah tempat ice skating. Dia melihat-lihat beberapa orang sedang meluncur . Siap boleh menari sekali. Dia kelihatan teruja.
" Gembira nampak. Sampai lupa saya ni hah." kata Zikri yang dari tadi mengikuti Amira dari belakang. Macam budak-budak.
" Mestilah !" kata Amira teruja.
Zikri memandang ke arah Amira yang khusyuk melihat beberapa orang meluncur.
" Nak main ke?" tanya Zikri.
" Eh boleh ke? Tapi mahal lah. Nak kena beli ni beli tu. Nanti duit habis macam mana?" kata Amira.
" Takpa..."
" Boleh ke ni? Serius ar?"
" Serius lah !"
" Yeay !"
Zikri memandang Amira lalu menggeleng. Amira ni serupa budak-budak.
" Woi cepatlah... Lambat sangat." kata Zikri. Dia sudah berada di atas ais.
" Sabarlah. Aduh macam mana nak pakai ni?" kata Amira.
" Haih." Zikri pergi ke arah Amira.
" Sini."
" Nak buat apa?" Amira sudah berpeluk tubuh. Insecure sudah.
" Awak ingat saya nak buat apa? Sinilah kaki. Tadi suruh orang pakaikan." kata Zikri.
Amira memberikan kakinya. Zikri mengikat tali kasut tersebut. Selepas itu , Zikri terus pergi.
" Urmm..."
Zikri pusing kebelakang. Dah kenapa Amira ni. Tadi dia yang excited nak main tadi. Amira masih duduk di atas bangku. Zikri sudah buat muka nakalnya. Habislah Zikri nak kacau pulak.
" Kalau nak kata tak pandai main cakap jelah." kata Zikri lalu tergelak.
" Hish. Dahlah." marah Amira. Hilang moodnya ingin bermain. Semua salah Zikri. Tak baik betul.
Zikri memandang Amira. Sikit-sikit nak merajuk. Tak faham betul dengan perempuan ni.
" Amira...."
Berkali-kali Zikri memanggilnya tetapi Amira buat tidak tahu.
" Okay² saya ajarkan." Zikri menghulurkan tangan nya.
Amira pula hanya memandang tangan itu.
" Haish sinilah." Zikri memegang pergelangan tangan Amira lalu menariknya. Nasib baik pakai glove.
" Okay cuba diri tegak. Pegang tiang tu."
" Tengok dulu ya macam mana saya main." Zikri sudah mula dengan acahnya. Ceh tahu lah pandai main.
Amira pula memandang sambil bertepuk tangan tidak sedar yang tangan nya sudah terlepas dari memegang tiang.
" Tengok tu... kan boleh." kata Zikri.
" Apa dia ?!" Tiba-tiba dia tak dapat mengimbangkan dirinya. Serta-merta Zikri memegang bahunya
" Fuh nasib baik tak jatuh kebelakang. Belakang ni kalau jatuh dengan kuat boleh lumpuh separuh badan tau." kata Zikri lega apabila dia sempat menyelamatkan Amira daripada jatuh kebelakang.
" Terima kasih." kata Amira.
" Sama-sama... Dah jom nanti kan tak dapat main." kata Zikri lalu membawa Amira perlahan-lahan.
* * *
Mereka duduk di sebuah kerusi sambil makan.
" Mana elok makan Maggi." kata Amira lalu menggigit jagungnya.
" Eh suka hati ar." kata Zikri.
Amira memandang Zikri. " Terima kasih tau."
" Terima kasih sebab belanja saya , ajar saya macam mana nak skating."
" No hal lah." kata Zikri.
Suasana sepi seketika....
Amira memandang ke arah orang-orang yang terdapat di situ. Ada yang dari luar negara mahupun rakyat Malaysia sendiri.
Ada yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan sama seperti dia sekarang ini. Bezanya dia dengan lelaki.
Amira pandang ke arah Zikri yang sedang melihat bintang berkelipan di langit. Maggi dia sudah habis. Entah apa yang difikirkan Zikri dia pun tidak tahu.
" Setiap malam... saya akan naik atas atap rumah saya hanya mahu tengok bintang." Zikri bersuara.
" Bila tengok bintang ni buat saya teringat dekat awak."
" Tapi bintang tak dapat nak menandingi awak sebab awak lebih daripada bintang."
" You are my STAR , Amira." kata Zikri sambil memandang Amira.
Amira tergamam.
" Awak tahu kan. Saya tak nak bagi awak harapan tapi..." Amira berhenti seketika. Dia mengeluh.
" Tapi saya..." ayat Amira tergantung apabila Zikri tiba-tiba menariknya. Membawanya menuju ke kereta. Wei nak gi mana ni.
" Nak bawa saya pergi mana ni?" Tanya Amira.
" Nak bawa awak pergi rumah saya awak kan dah lama tak pergi sejak kita berpisah waktu kecil dulu." kata Zikri lalu enjin kereta di start kan.
* * *
Akhirnya sampai di rumah Zikri.
" Assalamualaikum." Zikri memberi salam.
" Waalaikumussalam, ha balik pun kamu Zikri. Manalah pergi tengah malam baru nak balik." kata Puan Syuhada.
Puan Syuhada memandang ke arah Amira. Sudah dia dah fikir lain ke?
" Siapa ni?" Tanya Puan Syuhada.
" Ni lah Amira , ibu." kata Zikri.
" Oh ni ke , Amira yang selalu kamu cerita tu." Puan Syuhada duduk di atas sofa lalu menyuruh Amira untuk duduk sekali.
" Ibu, Zikri pergi bilik Zikri tau . Nak tukar baju." kata Zikri lalu pergi ke biliknya.
" Tau tak , dulu waktu kecil-kecil dulu Zikri selalu kata kat mak cik yang dia rindu kamu. HA HA HA dia kata kamu ni special friend. Bila dah pindah tu... BLA BLA..." Puan Syuhada bercerita panjang. Habis buku dia bercerita.
Zikri keluar dengan berpakaian t-shirt dan berseluar tracksuit.
" Lambat nya kamu. Mengalah kan perempuan." kata Puan Syuhada.
Amira ketawa. Zikri menjeling Amira. Amira senyap. Zikri tersengih.
" Malam ni kamu bermalam kat sini lah ye." kata Puan Syuhada.
" Mmm... Tapi..."
" Arghh... Takde tapi-tapi dah tengah malam ni. Saya mengantuk. Esok je lah saya hantar awak." kata Zikri.
Eh kasarnya.
Puan Syuhada menjeling anak lelakinya. Boleh pulak berkasar macam tu dengan Amira. Yes Amira menang.
Amira menuju ke arah bilik tetamu yang ditunjukkan Puan Syuhada. Dia mengunci pintu lalu menuju ke katil dan menghempaskan badannya di atas katil. Arghh.. nikmatnya.
Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu biliknya. Eh bilik tetamu.
Dia membuka pintu dan ada makhluk di depannya. Dia terkejut lalu dengan cepat-cepat dia menutup pintu. Tangan makhluk tersebut terselit di celah pintu. Sakit yang amat.
" Woi bukak woi."
Amira membuka pintu apabila dia terdengar suara yang dikenalinya. Nasib baik tidak buka tudung lagi kalau tidak nanya.
Zikri terus menarik tangannya yang tersepit tadi. Sakit lah wei tersepit. Dah lah tutup pintu kuat sangat . Dia meniup-niup tangannya yang sakit.
" Wei sorry... sakit ke?" soalan apa kau tanya ni Amira. Dah ternyata dia sakit.
" Takpa sikit je ni. Nah. Ibu saya suruh bagi. Lepastu ambil terus." kata Zikri lalu memberikan baju itu kepada Amira.
Kau sakit pun masih nak tunjuk acah sangat.
" Oh ... terima kasih." kata Amira.
" Good Night. Have a sweet dreams."
" Good Night too." kata Amira lalu mengunci pintu.
TO BE CONTINUED ✨