MATH TO CHAMPION

'I'm not your party favors~' bunyi jam lonceng dari telefon bimbit Juyu berdering menandakan jam 6.

"Errmm... Haish, perasaan macam baru sahaja tidur." Merenggangkan badan sambil menggapai telefon bimbitnya untuk mematikan jam lonceng. Dia letakkan kembali telefon bimbitnya lalu berdiri dari tempat tidurnya. Dia melakukan senaman ringkas lalu dia minum air kosong yang ada di atas meja di sebelah katilnya. Dia mengambil tuala mandi dan langsung mandi.

Setelah beberapa menit, Juyu akhirnya keluar dari bilik air dan langsung bersiap untuk ke sekolah. Dia mengambil beg sekolah nya lalu dimasukkan buku latihan, buku teks dan kotak pensil. Tidak lupa dia mengambil tanda namanya di rak kecil yang berada di atas mejanya lalu keluar dari biliknya. Berjalan menuju ke dapur untuk minum air dan mengambil bekalnya lalu pergi ke pintu hadapan. Mengambil kunci motorsikalnya di belakang pintu lalu keluar dari rumah. Tidak lupa dia mengunci pintu agar tidak di masuki orang yang tidak di kenal. Dia memasukkan kunci lalu menghidupkan enjin motosikalnya. Dia menunggangnya dan langsung pergi sekolah.

...

Selamat sejahtera. nama saya Juyu, Juyu Vinency. Saya seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Bahru atau selalu

dipanggil Smk JB Champion. Kenapa dipanggil 'champion'? Disebabkan sekolah Smk JB telah memenangi anugerah pelajar cemerlang sebanyak

952 kali sejak sekolah ini di buka. Boleh dikatakan bahawa Smk JB ini adalah sekolah yang paling cemerlang selama ia di buka.

Saya pelajar baharu yang baru sahaja masuk pada tahun lepas di Smk JB. Kesemua maklumat tadi saya dapatkan dari pembicaraan sekitar jadi tidak pasti antara itu benar atau tidak.

...

"Juyu!! Kau kenapa lambat? Bukan kau cakap hari ni nak pergi Cafe ke." Panggil seorang perempuan bernama Ajija.

"Maaf, tadi aku bangun lambat sikit sebab jam lonceng aku tak kuat sangat." Jawab Juyu.

"Mana Qanae? Dia sekolah kan hari ni?" Tanya Juyu sambil tercari cari seorang lagi teman nya.

"Dia datang, tapi lambat sikit kata nya. Sebab pemandu dia bangun lambat. Tadi dia chat aku" jawab Ajija dengan cepat.

"Okey, kalau dia tak sampai lagi dalam 15 minit kita gerak." Ucap Juyu kepada Ajija.

...

"Pengumuman pengumuman, semua murid diminta ke Dataran Tertutup dengan segera" seorang guru berucap di pembesar suara sekolah.

"Eh jom ah, Madam Rade dah panggil tu." Ajak Ajija kepada Juyu.

"Baiklah, dia tak sampai lagi. Kalau ada masalah, itu dia bukan aku." Jawab Juyu lalu berlari pergi ke dataran bersama Ajija.

...

"Untuk pengetahuan semua pelajar Smk JB Champion. Seluruh sekolah yang berada di Johor akan mengadakan sebuah ujian mendadak mengenai mata pelajaran Matematik pada minggu hadapan. Ujian ini di dipanggil 'Math To Champion'. Ujian ini di buat kerana untuk menjadi pelajar cemerlang pertahun perlu mendapatkan sekurang kurangnya A+ Matematik. Dan pihak atasan akan memberi sebuah hadiah berupa uang untuk 3 orang yang mendapat markah paling tinggi. Ujian ini juga mempunyai syarat iaitu tidak boleh meniru. Jika kamu melakukan sebuah langkah yang salah yang boleh dicurigai meniru juga anda akan di batalkan walaupun anda tidak meniru." Ucap Madam Rade di hadapan Dataran Tertutup.

"Ada sebarang pertanyaan?" Sambung Madam Rade lagi.

Semua pelajar hanya diam dan tidak bergerak seakan akan batu. Madam Rade adalah guru disiplin paling ditakuti kerana dia telah mengeluarkan hampir 56 pelajar dari sekolah dikeranakan masalah disiplin.

"Baik, tidak ada soalan. Jika ada yang bertanya selepas ini tengok nasib telingan awak nanti" Ucap Madam Rade dengan nada yang sedikit tinggi.

"Bersurai!" Sambung Madam Rade lalu pergi.

...

Juyu mengucapkan selamat tinggal kepada Ajija lalu berjalan menuju ke kelas nya. Sesampainya di kelas, betapa terkejutnya dia melihat Qanae yang berada di hadapan kelasnya.

...

wrote by JuyNov

tele acc : @juynovofficial

TQ FOR READING