Bab 4

Sabtu, di pagi hari. Seperti yang dijanjikan, Tasya membawa Safiyah ke salah sebuah bangunan tinggi yang terletak di tengah bandaraya yang pesat dengan pembangunan. Safiyah tergamam seketika melihat bangunan tinggi itu gah mencecah langit. Seketika, dia memerhatikan nama yang terpampang besar pada dinding bangunan tersebut.

"Syarikat Raiy Sdn. Bhd."

Safiyah mengerutkan dahi. Sepertinya, dia pernah mendengar nama syarikat itu sebelum ini.

"Tasya, ni… bukan tempat kau kerja ke?"

"Haah lah. Kau pernah ke sini kan dulu?"

"Eh, bila?"

"Tahun lalu la, bulan Jun. Masa tu aku bawa kau jalan-jalan dekat sini. Lepastu kau tanya aku kerja mana, aku tunjuk lah syarikat ni."

Safiyah mula mengimbas kembali memorinya di masa lalu. Seketika, mindanya membayangkan kembali dirinya melihat syarikat itu di masa lalu bersama Tasya.

"Eh, haah la. Macam mana aku boleh lupa eh?"

"Ai, aku mana tahu. Tu otak kau." Tasya tergelak kecil.

"So… tempat ni ke kita nak jumpa orang yang boleh tolong aku tu?"

"Ya lah." balas Tasya.

Safiyah mengerutkan dahi. Dia tidak menyangka insan yang dimaksudkan Tasya itu berada di sebuah syarikat yang mewah seperti yang dia lihat.

"Ingatkan tempat tu dalam hutan. Jumpa orang tu dalam pondok yang menyeramkan. Pastu orang tu tipu kau." Safiyah tergelak kecil.

"Ada pula. Mustahak la kau ni."

"Musyrik bengap."

Safiyah dan Tasya tergelak kuat.

"Jomlah. Aku bawa kau jumpa dia." Tasya menarik lengan Safiyah bergerak masuk ke dalam syarikat gah itu.

Usai mereka berdua memasuki bangunan tersebut, ruangannya terlihat nyaman dan indah dengan warnanya yang serba biru. Beberapa orang dalam syarikat itu mula menyapa Tasya seakan Tasya adalah orang penting dalam syarikat. Tasya berhenti di hadapan pintu lif yang terletak tidak jauh daripada bahagian pintu masuk.

"Cantiknya tempat ni." Safiyah tidak henti meliarkan kedua matanya ke arah sekeliling.

"Serba biru. Kau suka biru kan?" Tasya menekan tombol lif tersebut.

"Suka sangat."

"Ting!" Pintu lif terbuka.

Tasya dan Safiyah masuk ke dalam. Tasya menekan nombor 30. Lif bergerak menuju ke tingkat 30 iaitu tingkat teratas bangunan itu.

"30 tingkat Tasya?"

"Haah."

"Kita ke tingkat paling atas?"

"Ye Fiy. Jangan jakun sangat please. Nanti kau malu." Tasya tergelak kecil.

Safiyah tertunduk malu.

"Aku tak pernah la naik lif sampai tingkat ke 30. Memang la aku jakun."

"Kalau kau nak, aku boleh bawa kau hari-hari naik ke tingkat 30. Kau nak kerja sini pun boleh."

Safiyah memuncungkan bibirnya.

"Bukannya… kerja sini kena pandai bisnes ke? Aku mana tahu benda alah tu."

"Eh, aku ada kut. Kau special kes. Tak pandai nanti aku ajar la. Nak?"

"Tak nak lah. Memang akauntan boleh ambik pekerja kat sini?"

"Siapa akauntan?" Tasya menyoal kembali.

"Kau la. Kau kata kau akauntan kan masa nak masuk rumah sewa aku dulu."

Tasya tergelak kuat.

"Aku tipu la."

"Ish kau ni! Kalau bukan akauntan, kau kerja apa dekat sini?"

"Aku PA." Tasya tersenyum bangga.

"PA? Personal Assistant?" Safiyah mengerutkan dahi.

Tasya menganggukan kepala membuatkan Safiyah tergamam seketika.

"Bukannya… kerja tu direct dengan bos kau ke? Macam dalam movie tu?"

"Apa pula hubungan dia dengan wayang? Ni reality la."

Mulut Safiyah melopong kagum dengan kerja rakan serumahnya itu.

"Tasya!!! Asal kau tak bagi tahu aku!"

Tasya menutup kedua telinganya terkesan dengan teriakan Safiyah itu.

"Bukan aku tak nak bagi tahu, aku takut kau segan nak kawan dengan aku."

"Aku tak peduli yang tu. Duit aku tu yang aku peduli. Kalau aku tahu kau kerja besar, tak adanya aku belanja kau makan banyak kali tau."

Tasya tergelak kembali terhibur dengan telatah kawannya itu.

"Sebelum aku pindah rumah kau dua tahun lalu, aku tinggal kondo sorang diri tak ada kawan. Tu yang aku cari rumah sewa cari member. Bolehlah dapat member macam kau. Jakun… berkira. Kira okey la."

"Hey! Berkira apanya. Tak adil la. Kau banyak duit…"

Ting!

Pintu lif terbuka.

"Sambung bebelan kau tu dekat rumah nanti. Kita jumpa bos aku dulu." Tasya menarik lengan Safiyah.

"Bos? Aku tak peduli. Kau…" Safiyah tergamam seketika memandang ruangan tingkat ke 30 itu yang tersangat luas.

Ruangan itu di jaga ketat oleh beberapa orang pengawal peribadi yang berbadan sasa, berkaca mata hitam dan memakai suit hitam. Safiyah menundukan wajahnya sedikit sambil kedua mata melirik ke arah pengawal peribadi yang menyeramkan itu.

Tasya menarik lengan Safiyah menuju ke salah sebuah bilik yang pintunya berwarna biru gelap. Safiyah hanya mendiamkan diri menurut tanpa sebarang bantahan. Setibanya di hadapan pintu bilik itu, Tasya bergerak membetulkan pakaian Safiyah lalu pintu bilik itu pun dibuka. Terlihat, seorang lelaki tinggi berpakai suit biru sedang menghayati pemandangan di luar bangunan daripada bahagian dinding yang terbentuk daripada kaca lut sinar.

"Bos…" Tasya menundukkan wajahnya.

Lelaki itu menoleh. Kini terlihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Wajahnya tampan dihiasi rambut pendeknya yang berwarna perang disisir kemas. Kedua matanya bundar dihiasi lagi dengan hidungnya yang mancung.

Safiyah tergamam seketika memandang wajah tampan lelaki itu yang seakan kacukan arab. Lelaki itu hanya membalas padangan Safiyah dengan senyuman kecilnya yang menawan. Secara tiba-tiba, Safiyah mengerutkan dahinya. Memorinya seakan pernah mengenal gerangan lelaki itu di masa lalu.

"Rayyan… Rai?" soal Safiyah.

Lelaki itu tersengih kecil.

"Rai?" soal Tasya pula.

Imbas kembali…

Safiyah berlari kencang mengejar kedudukan Rai yang sedang memegang sepasang kasutnya di lorong tingkat tiga kelas tingkatan lima.

"Lelaki tak guna! Pulangkan kasut aku!"

Safiyah membuka sepasang lagi kasutnya yang tersisa. Dia melemparkan kasut itu ke arah Rai.

Pap!

Rai dengan tangkas menangkap kasut Safiyah. Dia menghentikan langkah sambil menoleh ke arah Safiyah semula. Kedua tangannya mengangkat kedua kasut Safiyah.

"Nak?"

Kedua mata Safiyah mula berkaca. Rai yang terkesan dengan kedua mata Safiyah yang ingin mengalirkan air mata itu bergerak menghampiri gadis itu semula.

"Cengeng la kau ni. Usik sikit nak nangis. Tengok kaki kau tu. Dah macam orang yang kerja dekat sawah padi."

Safiyah hanya mendiamkan dirinya bersama kedua tangan yang digenggam erat.

Pap!

Rai melempar kedua kasut Safiyah ke hadapan.

"Ambiklah balik kasut kau."

Safiyah merenung tajam kedua mata Rai dengan penuh kebencian. Tidak tertahan jiwanya yang sering menjadi bahan buli lelaki tampan tersebut.

"Aku benci kau! Aku benci kau sampai bila-bila."

Rai tergelak kuat.

"Kau ingat aku kisah. Aku bagi kau peringatan, kalau kau terus membenci aku… suatu hari nanti kau akan jatuh cinta pada aku." Rai membentangkan kedua tangannya.

"Kau tahu… aku penat tau asyik kena buli dengan kau. Dompet aku kau buang, beg aku kau masukkan dalam tong sampah, kau conteng muka aku, kau…" Safiyah mengalirkan air mata.

Rai tergamam dengan luahan singkat Safiyah itu. Terusik jiwanya apabila melihat gadis itu mengalirkan air mata untuk yang pertama kali dihadapannya.

"Janganlah nangis macam tu. Okey… aku minta maaf. Aku…"

"Dahlah! Aku tahu aku miskin tak macam kau tapi aku bukan orang yang bodoh. Jatuh cinta dengan orang kejam macam kau, itu satu kebodohan buat aku." Safiyah akhirnya mengalirkan air mata. Dia mencapai kedua kasutnya lalu bergerak pergi meninggalkan Rai seorang diri.

Safiyah berubah tegang apabila mengenang kembali kekejaman Rai yang juga merupakan teman sekelasnya dengan Mardhiyah sewaktu zaman sekolah menengah dulu.

"Tasya… aku nak balik."

Tasya tersentak.

"Kenapa Fiy?"

"Kawan kau penat-penat bawa kau datang sini. Bukan semua orang tau boleh jumpa aku." Rai bergerak menghampiri Safiyah.

Safiyah merenung tajam kedua mata Rai sehinggalah lelaki itu berdiri tepat dihadapannya.

"Kalau kau nak pulang sekarang, aku tak kan bantu kau dengan Mardhiyah lagi." ugut Rai.

Safiyah memejamkan kedua matanya. Kedua tangan digenggam dengan penuh geram.

"Kau… langsung tak berubah. Darilah dulu sampai sekarang suka sangat memaksa."

"Fiy… bawa bertenang. Ni bos aku." Tasya cuba melembutkan kemarahan Safiyah.

Safiyah memalingkan wajahnya. Ingin sahaja tangannya itu mendaratkan satu tamparan di wajah tampan milik Rai. Namun dikala akal teringat akan Mardhiyah, kemarahan dipaksa untuk berundur.

"Pandang aku…" arah Rai.

Safiyah tersengih kecil. Dia menoleh semula ke arah Rai dengan penuh kebencian.

"Senang kan?" Rai tersenyum sinis.

Safiyah menarik lembut kolar suit milik Rai.

"Macam ni senang?"

"Kau nak peluk aku? Peluklah." Rai menaikkan keningnya.

Tasya dan Safiyah tersentak. Safiyah dengan pantas menarik kembali tangannya bersama wajah yang ditundukkan.

"Dari dulu sampai sekarang, kau masih juga dengan perangai tak senonoh kau tu. Orang kampung betul." Rai tersengih.

"Orang kampung betul la kau ni. Dengan baju sekolah kau yang kekuningan lagi…" Rai tersengih.

Kemarahan Safiyah memuncak. Kedua mata dipejam menahan sakit hati yang teramat. Kata-kata Rai itu, adalah kata-kata yang sama sering menyakitkan hatinya sewaktu zaman sekolah dulu.

"Tasya, aku nak balik. Kau nak hantar aku ataupun tak, aku tak peduli. Aku boleh naik Grab."

Safiyah memalingkan wajahnya. Kedua kaki digerakkan keluar daripada ruangan itu dengan penuh kebencian.

Pam!

Pintu bilik ditutup kencang.

"Fiy…" Tasya berubah tidak keruan.

"Hantar la dia balik Tasya. Biarkan kata-kata aku tu mengimbas kembali kenangan aku dengan dia. Kalau dia dah ingat, dia akan terima aku juga."

"Tapi bos… macam mana dengan Mardhiyah?"

"Nanti aku sendiri yang akan jumpa kau orang berdua. Aku nak settle kan terlebih dahulu urusan syarikat kita. Cumanya, kenapa sekarang baru kau bawa Safiyah jumpa dengan aku? Ada apa-apa masalah besar yang jadi ke?"

"Safiyah dah buntu bos, sebab tu saya bawa dia jumpa dengan bos. Lagipun saya ada dengar, yang ayah Mardhiyah tu bukan orang sembarang."

"Siapa ayah dia?"

Tasya menggelengkan kepala.

"Safiyah tak bagi tahu saya pula nama ayah dia tu."

Rai menganguk-angguk.

"Tak apa, nanti kita cari tahu. Sekarang, hantar lah kawan kau tu pulang dulu."

Tasya mengangguk seraya pergi mengejar kedudukan Safiyah.

Tasya mengejar kedudukan Safiyah yang sedang menunggu Grab di hadapan syarikat itu.

"Fiy…"

Safiyah menoleh.

"Bos kau nak apa lagi?"

"Ish! Fiy! Kalau kau marahkan dia, janganlah kaitkan aku sekali. Aku kawan kau kut." wajah Tasya berubah masam.

"Aku tahu la."

"Habis?" Tasya memegang lengan Safiyah.

"Aku tak nak jumpa dia lagi. Kau boleh buat tak?"

"Tapi… macam mana kita nak bantu Mardhiyah kalau tak jumpa dia?"

"Aku cari cara yang lain." nada bicara Safiyah terdengar tegas.

Tasya melepaskan keluhan.

"Okey… kita takkan jumpa dia lagi. Kita balik sama-sama ya? Kita pergi makan aiskrim. Nak?"

Safiyah merenung tajam kedua mata Tasya. Seketika, dia mendiamkan diri cuba untuk memisahkan kebencian dan persahabatan yang hampir berbaur.

"Cepat! Emosi aku dah nak meletus dah ni. Aku nak aiskrim pink tu." Safiya mula mengukir langkah menuju ke tempat kereta Tasya terletak.

Tasya tersenyum lebar. Dia berjaya memujuk Safiyah dengan hanya bermodalkan aiskrim.

"Easy…" ucapnya pula.