Long Distance Relationship

"Alone but not problem because no one problem in my life haha" Ruwi bicara sendirian di dapur sambil membuat air susu.Bak katanya nak putih.Sudah berapa Kali ditegur oleh teman sekelas tapi tidak juga dipeduli malah tidak mempercayai kata kata mereka yang mengatakan bahawa Ruwi itu sudah putih semula jadi lagi sejak dia Masih kecil.Mana tak nya anak orang Thai yang ada mix bule memang lah gebu kulitnya.

"Kau ni kan cantik tapi asal kau tak laku lalu haaa? Ejek Naim kepada Ruwi sambil berdekah dekah gelakkannya hingga menggemakan satu kelas yang sedang sunyi itu.

"Kalau aku tak laku aku ni ada menyusahkan hidup kau ke?!! Balas Ruwi dengan nada yang agak sedikit kedengaran marah disitu.Hmm harap lawa tapi panas baran juga si Minah Salleh mix awek Thai ni ya..

Selak amat bergaduh sampai tidak sedar yang professor mereka sudah Lama berdiri dihadapan pintu kelas sambil melihat tingkah laku mereka,agaknya dia pun dengar apa yang digaduhkan Naim dengan Ruwi tadi.Selepas puas melihat professor tu pun bersuara dengan sedikit perlahan Dan dengan nada yang malas.Maklum lah agak nya dah tua tua malas nak maki hamun orang.

"Siapa yang tak laku,awak jual orang ke Naim?

Tercengang lalu duduk di tempat nya sendiri.

Sesi kelas bermula.

Selepas 2 jam kelas berlangsung Dan Prof Edward pun terlihat sedikit penat tidak endah juga dengan rakan sekelas aku yang banyak Kali sudah menguap ,aisss nasib tak masuk lalat kat dalam mulut tu.

Aku melirik jam melihat jam sudah menunjukkan pukul 3.

"Aerrr akhirnya habis juga kelas harini,I'm so tired laaa" cebil aku dalam hati

Lepas keluar dari kelas itu aku melangkah kan kaki dengan penuh longlai ke arah tempat menunggu bas diluar pagar sekolah.

Akhirnya bas sekolah kami sudah pun tiba di perkarangan sekolah itu.Aku pun apa lagi terus berlari lari naik ke bas itu.Nak heran tapi dah itu tabiat aku berebut tempat duduk walaupun tidak lah ramai pelajar Divora School music itu yang menaiki bas mungkin dalam 20 orang macam tu je yang naik.

Sambil menunggu sampai di rumah,aku sempat menghidupkan telefon pintar aku yang disimpan dalam beg.

Sempat lagi aku scroll TikTok dan melihat apa video yang akan keluar di fyp aku.Kebanyakannya fyp aku dipenuhi dengan video quote,Maklum lah aku ni kan single lepas tu sendu lagi hmmm.Aku terkejut tiba tiba.Macam mana lah aku boleh tertekan button tengok live orang,aku dah lah tak suka tengok live orang.Tiba tiba seorang figura lelaki ada di dalam live itu.Aku tengok menarik juga aku komen jelah.

"Hi bro"

Lelaki itu kusyuk bercakap lalu membaca Komen yang aku taip itu Dan membalas semula hi itu.Aku berniat nak keluar dari live tu tapi berat hati pula emm tengok jelah dulu.Tapi aku terpaksa juga keluar live tu sebab aku dah sampai rumah.Tapi lelaki itu tadi sudah follow akaun TikTok aku Dan aku follow semula.Lepas dah jadi friend di aplikasi tu lelaki tu mula mesej aku di situ.

Nervous nak membalas mesej itu,rambut ditarik tarik nya pula.Tanpa fikir panjang lagi mesej itu pun dibalas.

"Hi ruwica"

Segera juga dibalas olehku lepas selang 3 minit.

"Hi"

"Where you from Ruwica?"

"Chiang Rai,Thailand"

"I know laa Thailand"

Balas nya sambil macam nada yang gelakkan aku.

Aku dulu yang meminta nombor nya dia pun lekas bagi Dan suruh mesej nya di Whatsapp.Aku pun menyimpan nombor itu dan mula chat di Whatsapp.Perbualan kami lebih kepada memperkenalkan diri masing masing.Ternyata umur nya 20 tahun...hmm jauh sangat ke beza dengan aku yang baru 16 tahun ni.

Aku mengacukan wayar pengecas ke telefon ku yang sudah kekurangan bateri itu.

Selepas 1 jam di cas,tiba tiba telefon aku berbunyi sepertinya ada mesej masuk.Ternyata mesej daripada lelaki itu tadi yang masuk.

"Ruwi,what are you doing?"

"Err nothing"

Dia segera mengajak aku untuk berbual di dalam telefon.Dia menghubungi aku dulu.

Sudah ku dengar suaranya agak sedikit garau.

Bermula hari itu dia sudah mula menghantarkan gambar dan video random nya kepada aku.Aku semakin Lama merasa dilayan seperti lebih dari kawan sedangkan kami hanya berkawan.Mesej nya pada malam itu yang membuatkan aku terkejut.

Aku bengang tidak tahu mahu berkata apa.

Aku sudah mula selesa dengannya tapi trauma dari masa lalu ku masih tertusuk di hati sanubari aku.Parut nya masih menusuki jiwaku,kini harus aku memulai lagi percintaan yang mungkin tidak bermakna.

"Ruwi.. would you be my gf?"-he

"We just meet,are you joking?"-me

"I'm serious,I'm thinking it the whole day.."-he

"I'm not ready for the love..."-me

"We can try it.." -he

"I hate the fake love"- me

"Im not gonna give you fake love..."-he

"I hate the feeling of jealousy..."-me

"You can tell me the thing make you jealous.."-he

"I'm still don't know what your name "-me

"My name safee"-he

Aku kemudian berfikir sejenak..

Perlukah aku menerima lagi cinta yang seperti ini.Sejujurnya aku juga sudah jatuh cinta kepada dia walaupun kami tidak pernah bertemu.Aku tidak boleh menipu perasaan ku lagi.Difikiranku mungkin dia tidak sama seperti masa lalu ku jadi apa salahnya kalau aku mahu bahagia seperti orang lain yang mempunyai pasangan.Hatiku menyuruh aku untuk menerima dia dan aku ikut kata hati aku.

Sejak hari selepas itu,kami sudah memulakan hubungan lebih daripada kawan.Aku seperti nya sudah mula menyayangi nya.Aku tidak tahu lah sekiranya dia menyayangi aku ataupun tidak tapi yang pentingnya hatiku sudah menjadi miliknya sepenuhnya.Aku percaya bahawa dia mampu bahagiakan aku walaupun kami terpisah dengan jarak yang sangat jauh.

Ketika aku memikirkan tentang jarak kami berdua secara automatik nya air mata ku jatuh.Iya lah rindu tapi tidak dapat bertemu.

Hanya dapat saling melihat melalui telefon.

Hubungan ini berlangsung nys sehingga 2 bulan.Mahu sedih tapi logik ada pergaduhan dalam setiap hubungan.Selepas 2 bulan itu Safee kelihatan seperti selalu sibuk dengan kerja nya.Aku pun memahami kesibukannya itu.Tapi kadangnya aku juga meminta waktu untuk bersama nya.Aku tidak sangka dia akan memarahi aku.Malah setiap Kali video call dia mesti mematikan call secara tiba tiba.Aku mula mula nya bersabar dengan sikapnya itu.Lambat laun aku juga akan hilang kesabaran.

"U busy sangat sampai tak ada waktu langsung untuk I ke?.."-me

"I tak boleh nak ada waktu I sendiri ke?"Safee

"You can take your time as long as you want..."-me

"Ok"-Safee

Semenjak di hari itu,dia sudah tidak mencari aku lagi.Pada tiap malam nya aku menangis.Di dalam kelas juga aku tidak dapat fokus sehingga ada seorang teman baik aku sudah mula curiga dengan keadaanku yang dulu nya ceria tapi sekarang selalu sahaja muram mau senyum pun susah.