WebNovelprefect100.00%

prolog & content

Prolog Prefect Part 2 Episod 1

 

Apakah perjuangan aku pada nasib sekolah tiada erti? Apa ini semua tidak berguna? Apa aku kejam? Apa aku yang membiarkan kematian berlaku? Kerana sentuh organisasi pengawas, aku yang dipertanggungjawabkan atas kematian Aisyah. Semua ini hanya permainan dunia. Dunia ini tidak lebih sekadar mainan buat sesiapa yang tidak punya kudrat. Kepala aku sudah berbunyi. Bingit. Kesakitan yang dahsyat akan bermula. Perang yang sebenar akan nyata. Aku akan kembali dengan niat yang baharu. Organisasi aku akan teguh berdiri. Tekad tujuanku yang nekad akan terus membulat lagi.

 

Sedih. Pilu. Kisah hidup yang telah sarat dengan kemalangan. Uratku semakin lenguh. Kepala semakin sarat dendam. Dada makin menyala. perjuangan akan dilipatgandakan. Pengawas, aku akan pastikan kau ke kuburan terdalam. Tetapi….ah!

 

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? Qs Al-An'am : 32

 

Aku tidak sanggup lagi untuk hidup seperti ini!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prefect part 2 episod 1

 

Amir terus merubah perwatakannya. Daripada seorang yang ceria kepada seorang yang serius. Dia betul-betul mahu mara dengan tujuan baharu. Aisyah—manusia yang menjadi korban organisasi pengawas. Dia telah terjerat dengan permainan organisasi itu. sejak dari itu, Amir jarang tersenyum. Bahkan, dia sering kali kelihatan seperti seorang yang psikotik.

"Aisyah—aku cium dinding ni bukan sebab aku sayang batunya. Tetapi aku sering kali anggap kau adalah dinding ni. Dinding belakang sekolah ni."

Rahimin yang menyedari kejadian itu memegang bahu Amir. Menyuruh manusia itu bersabar. Sedikit sahaja lagi dia akan dapat capai objektif perjuangan Anti-Cronysm Organization. Rahimin menarik nafasnya sebelum berbicara.

Rahimin : Aku tahu.

Amir : Kau takkan faham macam mana rasanya hilang orang yang kau sayang. Berkali-kali.

Rahimin : Ya…Allah akan ganjarkan kau dengan lebih baik. Mungkin perjuangan kau akan berjaya.

Amir : TDAK.

Suasana menjadi sepi. Rahimin terdiam. Air mata Amir mengalir sebelum dia menyambung.

Amir : Tanpa jawatan, kita semua ikan remora.

Rahimin : Ha?

Amir : Kita tak boleh tundukkan pengawas.

Rahimin menyuruh Amir bertenang. Fikir dengan waras sebelum bertindak. 

Amir : Tak apa Min..aku boleh berjuang sendiri. SERASI…Aku harap korang buat dengan terbaik.

Rahimin akur akan keputusan Amir. dia beredar dari situ. Amir marah dan kumpul kod 0000-0090, iaitu Sembilan puluh orang ahlinya untuk melakukan serangan besar-besaran pada pengawas, Ops Barbarossa. Itulah nama ops yang akan dilakukan oleh Amir dan anti-Cronysm Organization.

 

 

 

 

 

Prefect Part 2 Episod 2

 

Amir berdehem beberapa kali. Dia masih cuba untuk bercakap. Walaupun suaranya tersekat-sekat, dia perlu untuk kuat. Ini semua demi sekolah. Tidak. Mungkin ini semua telah bertukar asbab. Ini semua demi dendamnya terhadap pengawas. Terhadap wafiq. Terhadap Shaz. Sedu-sedan menyukarkannya untuk bercakap. Dia perlu menyembunyikan tangisan terhadap ahli organisasi.

 

Amir : Maaf. Aku panggil korang untuk tukar strategi. Kita masih akan berperang. Tetapi perang kita akan bertukar arah dan dimensi kepada Perang Saraf.

Seorang 0004 mengangkat tangan untuk bertanya. Dia merupakan antara orang terawal yang masuk ke dalam anti-cronysm organization

0004 :Macam mana. Diorang dah pegang cikgu!

Amir : Itu tak jadi masalah. Kita akan berlindung di sebalik undang-undang

0004 : Tapi diorang yang pegang undang-undang tu, Kapla!

Amir : Sebab itu, kumpulkan bukti. Kita akan lapor pada orang luar akan keburukan sekolah ni. 0004, disebabkan kau ada bakat menulis, aku nak kau war-warkan benda ni pada media. Tulis tentang cerita ni untuk semua. Tak ada yang lebih layak untuk tugas ini.

 

0004 terdiam. Dia tahu ini tugas yang berat. Perang yang lebih besar akan tercetus. Jika mereka mempunyai langkah kanan, merekalah pemenang permainan ini. Melawan pengawas umpama menjadi bidak di papan catur. Perlu merangka strategi.

Amir mengarahkan supaya mereka semua bersurai dan bersiap sedia untuk strategi berikutnya.