Bab 13

"Maaf, nak tanya. Dapat tak kalau saya nak bawa kereta masuk bagi senang load barang?", tanya Izzati.

"Maaf, tak dapat. Sebab parking dalam ni khas untuk warden sahaja dan kalau kami benarkan pun hanya untuk load barang, takut nanti pihak parents student lain akan query kat kami, kenapa cik sahaja yang boleh.", jawab urusetia asrama perempuan.

"Oh, hmm takpe lah kalau macam tu.", kata Izzati.

"Tapi, kalau nak parking yang dekat untuk load barang, saya cadangkan dekat surau sana. Kalau parking sana, ada laluan shortcut dari surau ke sini. Tapi, ye lah ada jauh sikit lah berbanding parking kat dalam ni.", kata urusetia tersebut.

 

 

"Syukur ada tempat yang dekat sikit untuk load barang. Terima kasih ye, adik urusetia. Hahaa apa lah aku ni adik-adikkan dia. Obviously dia tua lagi dari aku, kalau dah kat sini sebelum aku dengan Nabila and jadi urusetia.", kata Izzati kepada diri sendiri di dalam kereta selepas mengingati kembali situasi dia bertanya kepada urusetia sambil memandu keluar kereta sewa daripada tempat letak kereta tersebut dan memandu ke arah tempat letak kereta di kawasan surau atas cadangan daripada pihak urusetia.

Setelah memakirkan kereta di tempat letak kereta di kawasan surau, Izzati keluar dari kereta dan mencuba untuk mencari jalan pendek yang dinyatakan oleh urusetia tersebut. Apabila tidak menemukan jalan pendek tersebut, Izzati mengambil keputusan untuk bertanya kepada sesiapa yang berada di kawasan itu.

"Maaf, nak tanya. Dekat area sini ada jalan shortcut ke untuk ke asrama perempuan?", tanya Izzati.

"Ada. Dekat belakang sana. Boleh pakai laluan tepi surau ni untuk ke sana. Nanti akan jumpa pagar kecil, masuk je. Dah masuk tu, dah sampai lah ke asrama perempuan.", kata seorang wanita seperti ibu kepada pelajar di situ.

"Oh, terima kasih.", kata Izzati kepada ibu tersebut sambil memberi tunduk hormat.

"Sama-sama.", jawab wanita tersebut sambil memberi balas tunduk hormat.

Setelah itu, Izzati berlalu ke arah pagar tersebut dan apabila menjumpai pagar yang dimaksudkan, Izzati mengambil keputusan untuk kembali ke kereta bagi mengambil sedikit barang Nabila dan menuju ke bilik Nabila.

Bunyi ketukan di pintu bilik asrama Nabila.

Nabila yang sedang bermain dengan telefon pintarnya di sisi katil terkejut dan kemudiannya bangkit menuju ke arah pintu.

Setelah membuka pintu bilik, Izzati bertanya, "Lama betul kau nak buka pintu?"

Nabila menjawab, "Laa, aku terkejut tadi masa kau ketuk pintu. So, ambik masa la nak relax jantung aku ni.", kata Nabila sambil memberi laluan kepada Izzati untuk masuk.

Izzati berkata, "Baiklah.", sambil meletakkan barang Nabila di atas lantai di sisi katil.

Nabila bertanya, "Jap, bukan kau kata kau akan roger aku ke kalau dapat parking dalam?"

Izzati menjawab, "Oh, haah. Tapi tadi masa aku tanya urusetia, dia kata tak boleh sebab parking dalam ni khas untuk warden. So, paling dekat parking untuk kita is parking yang dekat surau tepi tu."

Nabila bertanya, "Oh. Habis tu kenapa kau tak call or WhatsApp aku bagitau pasal ni? Boleh je aku pergi sana sama-sama dengan kau bawa barang aku ke sini. Tak perlu kau bawa barang aku sorang-sorang."

Izzati menjawab, "Laa, takpe lah. Nanti payah lak nak explain kat kau jalan nak ke sana. Baik aku tunjuk je. So, nak tunjuk jalan tu aku kena lah ada dengan kau. Jadi, aku terfikir daripada aku pergi ke bilik kau dengan tangan kosong, baik aku bawa sikit biar nanti tak banyak sangat barang yang kita kena bawa dari kereta ke sini. Dapat lah kurangkan sikit jumlah ulang-alik kita dari sini ke kereta. Haa, gitu. Hahaa.", lalu tergelak selepas membuat gaya yang gedik di depan Nabila.

Nabila tergelak melihat gaya gedik Izzati yang kemudiannya tergelak sendiri dan berkata, "Baiklah. Tapi ni bukan sikit barang yang kau bawa, ni kira banyak ni.", lalu menjeling Izzati.

Izzati berkata, "Takpe lah. Okay je ni. Takde lah banyak sangat."

Nabila berkata, "Ye lah tu tak banyak sangat.", sambil membuat muka tidak berpuas hati.

Izzati tergelak dan berkata, "Dah, jum. Tak yah nak buat muka monyok gitu."

Nabila tetap membuat muka tidak berpuas hati dan berdiri di tempatnya tanpa berganjak.

Tanpa menunggu, Izzati menarik lembut tangan Nabila dan berkata, "Dah. Jum."

Nabila mengikuti langkah Izzati tanpa soal dan berkata, "Eh, jap. Kunci bilik."

Izzati melepaskan pegangan tangannya di tangan Nabila untuk memberi laluan kepada Nabila mengambil kunci bilik yang terletak di atas meja. Tanpa berlengah, Izzati keluar daripada bilik Nabila dan menunggu Nabila di hadapan pintu.

Setelah mengambil kunci bilik yang terletak di atas meja, Nabila keluar dari biliknya dan segera mengunci pintu bilik.

Nabila berkata, "Jum.", setelah selesai mengunci pintu bilik.

Izzati dan Nabila bergerak menuju ke arah kereta sewa, dan kembali ke bilik asrama Nabila dengan tangan yang penuh dengan barangan Nabila. Mereka berbuat demikian berulang kali sehingga barangan Nabila sudah di bawa sepenuhnya ke bilik asrama Nabila.

 

 

Dalam pada masa yang sama...

"Hello, Mir." - Irman

"Hello. Kenapa?" - Zamir

"Kau free tak sekarang? Tak pun satu jam dari sekarang?" - Irman

"Aku free je sekarang. Kenapa?" - Zamir

"Okay. Aku nak minta tolong kau dengan Alif. Tolong apa tu nanti aku bagitau. Aku call Alif jap, kalau dia free sekarang juga, aku pick up korang sekarang selepas bersiap lah." - Irman

"Ah, okay lah." - Zamir

"Okay. Aku call Alif jap. Nanti aku call kau balik." - Irman

"Okay." - Zamir

 

"Hello, Lif." - Irman

"Hello. Ha, kenapa?" - Alif

"Kau free tak sekarang? Tak pun satu jam dari sekarang?" - Irman

"Aku free je sekarang. Kenapa?" - Alif

"Aku nak minta tolong kau dengan Zamir. Tapi, tolong apa tu nanti aku bagitau. Zamir kata dia free sekarang. Kau free juga. So, selepas aku bersiap, aku terus pick up korang. Pakai biasa je." - Irman

"Ah, okay. Nanti kau roger nak sampai." - Alif

"Okay. Bye." - Irman

"Bye." - Alif

 

"Hello, Mir." - Irman

"Hello." - Zamir

"Alif free sekarang. Selepas aku bersiap, aku pick up korang. Bersiap biasa je." - Irman

"Okay. Aku memang dah siap kalau nak pakaian biasa. Tunggu kau je lah ni." - Zamir

"Hahaa baiklah. Aku kemas dulu. Nanti aku dah nak sampai, aku call kau. Jangan kau tertidur pulak." - Irman

"Kalau kau lama, aku tertidur lah jawabnya. Hahaa" - Zamir

"Ishh, kau ni. Okay lah. Aku bersiap jap. Bye." - Irman

"Okay. Bye." - Zamir

 

Setelah selesai membuat panggilan kepada Zamir dan Alif, Irman bersiap dengan pakaian yang ala kadar. Setelah itu, Irman dengan pantas membawa diri ke perkarangan rumah dan memasuki kereta miliknya. Setelah menghidupkan enjin kereta, Irman dengan pantas memandu kereta miliknya ke rumah rakan-rakannya.

Apabila Zamir dan Alif sudah berada di dalam kereta, Zamir menegur Irman,

"Wei! Asal kau bawa laju sangat ni? Apa yang kau rushing sangat?", dengan nada cemas.

Irman menjawab, "Apa yang laju nya? Baru 80km/h."

Zamir berkata, "Laju lah tu. Laju daripada yang biasa kau drive."

Irman berkata, "Dah sampai nanti aku bagitau."

Zamir berkata, "Fine."

Zamir dan Alif hairan akan tingkah laku Irman. Namun, mereka hanya mendiamkan diri dan bermain dengan telefon pintar mereka.

 

 

Setibanya di destinasi yang dituju...

Irman berkata, "Dah sampai."

Zamir bertanya, "Dah sampai?"

Alif bertanya, "Ni rumah siapa, Man?"

Irman menjawab, "Rumah aku. Baru siap. Jum masuk."

Setelah berada di luar kereta, Zamir bertanya, "Bila masa kau beli rumah? Tak bagitau kiteorang pun."

Irman menjawab, "Aku tak beli rumah. Aku beli tanah and aku upah orang untuk buat rumah ni."

Zamir dan Alif berpandangan sama sendiri, dan Alif bertanya, "Jap, parents kau tau tak pasal ni?"

Irman hanya memandang wajah mereka memberi tanda dan mereka faham maksud pandangan Irman.

Zamir bertanya, "Tapi, kau ada plan tak nak bagitau parents kau?"

Irman menjawab, "Ada. Tapi, bukan sekarang."

Alif bertanya, "Habis tu bila?"

Irman menjawab, "Bila aku introduce future wife aku ke parents aku or masa kiteorang dah nikah and ready nak pindah sini.", dengan tenang sambil membayangi wajah Nabila di fikiran dan hati.

Zamir dan Alif terkejut, lalu berpandangan antara satu sama lain. Zamir dan Alif bertanya, "Future wife? Kau dah ada calon ke?", dengan serentak.

Irman menjawab, "Calon dalam hati tu ada, tapi depan-depan takde.", dengan tenang dan senyuman.

Alif berkata, "Kalau calon yang tu, aku dah tau siapa."

Zamir berkata, "Haah, aku pun tau siapa."

Irman tersengih dan Alif bertanya, "Tapi, kau yakin ke dia jodoh kau?"

Irman menjawab, "Kalau part yakin tu, aku yakin. Tapi, taktau lah nanti orang lain yang ternyata jodoh aku. Still, rumah ni memang aku buat untuk kegunaan aku sendiri and future wife aku. Tak kisah lah siapa future wife aku."

'Siti Nabila', terdetik nama Nabila di hati Irman setelah berkata begitu.

Zamir dan Alif mengeluh dan berkata, "Baiklah. Terpulanglah kat kau. Jangan kau frust menonggeng sudah."

Irman tergelak dan berkata, "Okay. Tapi, nanti kalau aku frust menonggeng gitu pun, aku akan cari korang juga. Maksudnya korang pun kena hadap aku dengan keadaan macam tu. Haha"

Zamir dan Alif menjeling dan memberi pandangan tajam kepada Irman, dan berkata secara serentak, "Memang taklah kiteorang nak menghadap kau masa tu. Kau yang cari pasal, kau lah yang tanggung sendiri.", lalu membuat riak wajah merajuk.

Irman tergelak dan berkata, "Janganlah begitu, sahabatku yang baik hati.", dengan nada memujuk.

Zamir dan Alif kegelian dan Zamir berkata, "Ish kau ni. Kalau kau awek aku, takpe lah juga macam tu."

Irman dan Alif tergelak, dan Irman berkata, "Dah, jum masuk."

Alif bertanya, "Kau dah ada kunci rumah ni ke?"

Irman menjawab, "Takde lagi. Rumah ni tak berkunci lagi sebab baru je siap and orang nak merompak apa dalam ni, takde apa pun lagi. Perabot pun takde lagi, apatah lagi barang-barang lain."

Zamir berkata, "No wonder kau tenang je rumah tak berkunci. Tapi, apa pasal kau rushing sangat tadi sampai drive 80km/h? Tak pernah lagi kau bawa sampai 80km/h. Ye lah, kau kan pemandu yang berhemah."

Irman menjawab, "Sebab orang yang aku deal untuk process buat rumah ni, ada urusan lepas ni. So, kena pergi sini awal biar masa panjang sikit untuk dia bagi tour kat kita."

Zamir berkata, "Oh, dah tu.."

Sebelum Zamir sempat menghabiskan ayatnya, Irman menegur seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu utama rumah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Dapat juga sampai awal.", kata lelaki tersebut.

"Ye, alhamdulillah dapat juga. Lama ke tunggu?", tanya Irman.

"Tak juga. Baru je selesai tengok dalam tadi, so bila keluar, korang pulak sampai. Sorry, Irman. Aku terpaksa minta kau datang awal.", kata lelaki tersebut.

"Eh, takpe. Aku faham. Ni, aku kenalkan bestfriend aku. Zamir dan Alif.", kata Irman sambil memperkenalkan Zamir dan Alif.

"Eric.", kata lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sambil berjabat tangan dengan Zamir dan Alif.

"Aku kiranya nak minta pendapat dieorang pasal interior design sebelum aku upah professional interior designer. Kau tau je lah aku macam mana masa process dealing benda macam ni.", kata Irman.

"Haah, aku tau. Kau memang perfectionist. Okay juga kalau kau minta pendapat bestfriend kau. Mana tau ada yang kau terlepas pandang and kawan kau tau benda tu akan buat kau tak puas hati nanti, dieorang boleh tegur.", kata Eric.

"Betul. So, boleh tengok lah sekarang?", tanya Irman.

"Boleh. Jum, masuk.", jawab Eric.

Apabila sudah memasuki rumah, Zamir dan Alif terkejut akan bentuk dalaman rumah Irman, "Wow!"

Zamir berkata, "Boleh tahan design dalam rumah kau ni. Cantik.", dan bertanya lagi, "Ni design kau buat sendiri ke, Man?"

Irman menjawab, "Haah. Aku design sendiri dengan bantuan lah daripada yang Pro."

Alif berkata, "Hebat kau. Kau boleh design sendiri rumah. Nanti rumah aku, kau design kan, boleh? Hehe"

Irman menjawab, "Boleh. Tapi, ada upah lah. No free-free.", lalu tergelak.

Alif membuat muka tidak berpuas hati dan Zamir bertanya, "Boleh buatkan untuk aku sekali tak? Upah tu onz.", lalu tergelak.

Irman menjawab, "Okay, boleh."

Eric berkata, "Lepas ni kau je lah yang buat designing rumah kawan-kawan.", lalu tergelak dan diiringi oleh gelak ketawa Zamir dan Alif.

Irman berkata, "Nampaknya macam tu lah.", sambil tersenyum.

Eric berkata, "Okay, jum. Kita ke sana."

Setelah selesai melihat sekeliling dalaman dan luaran rumah, Irman bertanya, "Mir, Lif, apa pendapat korang pasal keseluruhan rumah ni, dalam and luar?"

Zamir menjawab, "Kalau okay je. Mantap."

Alif menjawab, "Aku pun okay je. Terbaik. Cuma hiasan dalaman tu je lah lagi. Kau kena hias bagi up kan rupa dalam rumah. Layout tu dah okay, cuma tinggal hiasan dalam macam wallpaper, perabot, and seumpama tu."

Zamir berkata, "Haa, betul. Pasal layout and taman kat luar ni dah okay. Cuma kat dalam tu kau kena tambah dengan perabot-perabot yang sesuai. Aku suggest yang sesuai untuk mata kau dan mata future wife kau."

Irman berkata, "Okay. Aku take note semua yang korang kata."

Eric berkata, "Kalau kau takde idea berkaitan hiasan tu, aku boleh suggest kat kau interior designer yang professional yang aku kenal. Aku dah biasa deal dengan dia. Kiranya setiap client aku yang nak rumah or bilik dieorang dibuat oleh interior designer yang pro, aku memang akan suggest dia ni. Kira package dengan aku, hehe. Setakat ni ramai yang berpuas hati lah dengan kerja dia. Kalau kau nak lah, aku bagi nombor dia. Kalau kau taknak, boleh je kau cari siapa-siapa professional interior designer yang lain. Aku tak paksa."

Irman berkata, "Hmmm, aku fikir dulu. Tapi, nanti kau boleh je tunjuk results yang dia dah pernah buat. Mana tau boleh convince aku lagi."

Eric berkata, "Okay, boleh."

Zamir berkata, "Tak sangka kau nak juga orang lain tolong kau. Ye lah, kau kan selalunya nak buat sorang-sorang, taknak orang lain tolong sebab takut kerja dieorang tak match-up dengan kau. So, tak sangka kau nak juga minta tolong dari orang lain."

Irman berkata, "Wei! Kau ni. Kalau aku rasa aku dapat buat sorang, aku buatlah sorang. Kalau tak dapat, aku minta lah tolong. Aku bukan selfish sangat pun."

Alif berkata, "Mengaku juga kau ye, yang kau selfish.", lalu tergelak diikuti Zamir.

Wajah Irman berubah merah menahan malu dan geram dengan Zamir dan Alif, dan berkata, "Ish, korang ni kan. Taknak lah minta tolong korang lagi lepas ni.", dengan nada merajuk.

Zamir dan Alif tergelak kuat melihat reaksi Irman.

Zamir berkata, "Janganlah macam tu. Kiteorang mengusik je. Tau kau tengah stress dengan kerja kau lagi, dengan parents kau lagi, rumah ni lagi, so saja lah nak mengusik. Relax lah, minta lah tolong dengan kiteorang.", dengan nada dan cara memujuk yang bermula dengan cara untuk kawan kepada untuk kekasih.

Irman mencebik, sementara Zamir, Alif, dan Eric tergelak melihat reaksi Irman.

Irman bertanya, "Eh Eric, kau tak lambat ke nak pergi ke urusan kau?"

Eric melihat jam tangan miliknya dan berkata, "Oh ye. Kalau macam tu aku gerak dulu. Nanti apa-apa kau roger aku. Ni, kunci rumah dan pagar. Sekarang, pagar tu tak automated lagi, biar senang nanti kalau kau nak upah orang buat hiasan dalam ni, tak perlu bazir 'kebaruan' pagar tu. Settle hiasan dalam ni, baru aku tolong kau aturkan pagar ni."

Irman berkata, "Thanks, bro. Faham aku maksud kau. Boleh gak macam tu. Nanti apa-apa aku roger kau."

Eric berkata, "Sama-sama. Okay lah, aku gerak dulu. Assalamualaikum. Bye.", sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Irman.

Irman berkata, "Okay. Waalaikumussalam. Bye.", sambil menyambut huluran tangan daripada Eric.

Eric berjabat tangan dengan Zamir dan Alif, serta mengangkat tangan tanda selamat tinggal kepada mereka bertiga; Irman, Zamir, dan Alif.

Setelah Eric berlalu pergi, Zamir bertanya, "Apa maksud Eric pasal pagar tu? Tak faham aku."

Irman menjawab, "Maksudnya masa buat interior tu nanti, aku tak buat pagar ni automated, masih manual kunci guna padlock. Nanti bila dah settle interior and takde apa lagi nak di ubah or tambah, kira dah siap sepenuhnya, baru aku buatkan pagar ni automated. Kiranya lagi, bila aku start duduk dekat rumah ni yang dah siap furnished, aku pun boleh lah merasmi pagar yang baru dengan automated function."

Alif bertanya, "Oh, so maksudnya masa first day kau duduk rumah ni, semuanya baru lah termasuk pagar?"

Irman menjawab, "Haah."

Zamir berkata, "Oh, faham. Tu aku pelik kenapa nak kena tunggu lepas settle semua baru nak tukar ke automated. Kalau nak kata pasal safety barang-barang, yang automated pun boleh je pakai masa tu. Rupanya ada reason lain. Reason yang tu boleh terima.", lalu tergelak.

Alif berkata, "Aku pun pelik pasal tu juga."

Irman berkata, "Kalau pasal safety tu, aku pun tak kisah kalau terus guna automated sekarang.", sambil menjeling Zamir dan Alif.

Zamir bertanya, "Kau masih bengang lagi ke dengan kiteorang pasal tadi?"

Irman bertanya, "Pasal apa?"

Zamir menjawab, "Pasal kes selfish tadi tu lah."

Irman berkata, "Takde lah. Aku tak bengang pun."

Alif berkata, "Ye lah tu. Kalau tak bengang, asal kau jeling-jeling kiteorang masa jawab pasal safety tu?"

Irman menjawab, "Aku tak bengang. Saja jeling.", lalu menuju masuk ke dalam rumah dengan wajah tiada emosi.

Zamir dan Alif memandang Irman melangkah ke dalam rumah, dan Zamir berkata, "Bengang lah tu.", dengan suara kecil supaya hanya Alif sahaja yang mendengar kata-kata tersebut.

Alif berkata, "Haah. Biar je lah dia gitu. Kejap lagi okay tu."

Zamir berkata, "Betul. Dah, jum. Kita masuk. Temankan 'girlfriend' kita yang sorang ni."

Alif tergelak kecil dan berkata, "Jum."

 

 

Zamir dan Alif memasuki rumah Irman, dan mendekati Irman….

Zamir bertanya, "Kau dah tau ke nak decide mana satu?"

Irman bertanya, "Maksud kau, mana satu?"

Zamir menjawab, "Pasal kau nak pilih professional interior designer yang Eric sarankan or kau cari sendiri or kau hias sendiri?"

Irman menjawab, "Oh, yang tu. Tak lagi decide. Tengah fikir lagi."

Alif berkata, "Kalau takde idea lagi, tak dapat nak decide lagi, apa kata kita order makanan dulu or makan kat kedai?"

Zamir berkata, "Haa, okay gak. Kebetulan aku pun lapar sekarang ni. Man, macam mana?"

Irman menjawab, "Okay lah. Kita order je lah. Kalau dapat, order sekali dengan cutlery. Dalam rumah ni, sudu pun takde."

Alif berkata, "Okay. Kalau macam tu aku order dulu."

Zamir bertanya, "Nak order apa?"

Irman menjawab, "Apa-apa je lah. Aku takde craving apa-apa sekarang. Korang tau aku punya taste macam mana. Korang pilih lah."

Alif berkata, "Okay. Aku pilih mana-mana yang ada sini je lah."

Zamir berkata, "Kalau macam tu, kita order kat satu kedai ni lah. Kedai yang aku suka makan dia punya fast food."

Alif bertanya, "McD?"

Zamir menjawab, "Bukan. Fast food dia sama lah macam McD, burger, fries, semua tu. Tapi, bukan McD."

Irman bertanya, "Kalau dah sama macam McD, kenapa tak McD je? Ke kau craving makanan kat kedai tu?"

Zamir menjawab, "Haah.", sambil tersengih.

Irman dan Alif berkata, "Baiklah."