Bab 5 (Keluarga angkat dtg ke rumah)

Seperti yang di khabarkan keluarga Robert memang layak disebut keluarga terkaya di kota Linxia. Vila saja seluas 5.000 meter persegi. Kereta-kereta mewah itu melintasi taman yang penuh dengan bunga dan padang golf peribadi sebelum akhirnya berhenti di depan pintu villa.

Pemandu mereka membuka pintu kereta.

"Vina, kita sudah sampai di rumah." sara berkata dengan nada gembira. Ketika dia hendak menuntun Vina masuk, pintu rumah tiba-tiba terbuka. Para pembantu berbaris di kedua sisi, lalu dua orang berjalan maju untuk keluar.

Mereka adalah Dylan dan Arlyka.

"Vina, ini adalah ayahmu dan ini.." kata-kata Sara terhenti saat dia hendak memperkenalkan Arlyka. Dia merasa sedikit kekok. Vina dan Arlyka lahir pada hari yang sama. Jika tidak, mereka kemungkinan tidak akan tertukar.

Memperkenalkannya sebagai kakak atau adik sangatlah tidak sesuai.

Arlyka tiba-tiba menyampuk. Dia memperlihatkan senyuman tulus sambil berkata pada Vina, "Kakak, selamat datang!"

Vina mengerling ke arah Arlyka. Sikap dan perkataannya sama seperti dikehidupan lalu. Ekspresi wajah yang ditampilkan juga sama ramah.

Namun, hanya Vina yang tahu betapa jahatnya Arlyka disebalik wajah lugunya itu. Betapa banyaknya helah licik yang tersembunyi disebalik senyumannya ini.

Vina berkata dalam hatinya, "Hai Arlyka, kita bertemu lagi. Tapi kali ini, aku mahu nampak sejauh mana lakonan dan sandiwaramu."

Vina merenung Arlyka beberapa saat. Setelah itu, Vina dia mengalihkan matanya dan berkata dengan dingin, "Ermm... Kita berdua sama sekali tidak serupa. Tapi macam mana kita boleh tertukar."

Apatah lagi, keluarga Robert adalah keluarga terkaya di Kota Linxia. Sara juga bersalin di hospital bersalin swasta yang terbaik pada saat itu. Jadi, peristiwa bayi tertukar ini sebenarnya sangatlah mustahil.

Tetapi, perkara yang dianggap mustahil ini telah pun berlaku. Tapi adakah ini cuma sebuah kesilapan? Betulkah hanya sekadar kesilapan?

Ucapan Vina yang sarkastik itu membuat Sara dan Dylan terkerisma. Pasangan suami isteri itu saling menatap antara satu sama lain.

Setelah mengetahui bahawa anak perempuan mereka tertukar, mereka terus menyiasat. Tapi, kejadian ini sudah lama dan lewat 18 tahun. Akhirnya, mereka hanya dapat menyimpulkan sebagai kesilapan bahawa bayi mereka tidak sengaja tertukar. Kejadian yang sebenar pada saat itu tidak dapat dipastikan dan tiada bukti.

Arlyka tertegun, dia menelan air liurnya pun terasa pahit. "Apa kakak mahu menyalahkanku? Masa tu aku hanyalah bayi kecil, aku juga tidak tahu kalau aku anak perempuan yang ditukar." kata Arlyka dengan nada yang menyedihkan. Matanya juga memerah dan berlinang airmata.

Saat mendengar kata-kata itu, hati Sara tersentuh. Dia ingin mengatakan sesuatu, tetapi Vina tiba-tiba memotong dan berkata dengan dingin, "perkara bayi tertukar ini, kita sama-sama korban. Tidak ada yang akan menyalahkanmu, kamu jangan terlalu cepat terasa dan menangis."

Jangan terlalu cepat terasa?

Arlyka tidak tahu apakah dia harus nangis atau tidak.

Bayi yang baru lahir hanya dapat menerima kenyataan pada takdir saat ditukar. Tapi macam mana dengan keadaan yang sekarang ini?

Trik licik dan kejam, serta cara kotor ialah kemahiran Arlyka!

Selain itu, fakta tentang kejadian bayi yang ditukar pada waktu itu tidak masuk akal.

Dylan terlihat mengelamun, namun segera dia kembali fokus. Dia tersenyum dan berkata kepada Vina, "Vina, syukurlah kamu sudah pulang. Bilikmu sudah dikemaskan. Ayo, ayah tunjukkan kamu ke sana".

Sara mengeluh, sikap suaminya seperti tidak terlalu menyambut kedatangan anak mereka. "Ayah macam apa kamu, Anakmu baru saja ditemui, sepatutnya kamu gembira".

"Aku gembira. Tadi aku mundar-mandir di ruang tamu kerana terlalu semangat" balas Dylan.

Bimbang jika Sara tidak mempercayai, Dylan memberi isyarat kepada Arlyka untuk mendekat dan berkata, "Arlyka, beri tahu ibumu apakah perkataan Ayah tadi jujur atau tipu. "

"Iya, Ayah sangat gembira apabila mendengar khabar bahawa kakak sudah ditemukan." ucap Arlyka sambil tersenyum. Namun, tidak ada yang tahu gejolak di dalam hati Arlyka. Dia mengepalkan tangannya dengat erat di belakang.

Mendengar ucapan Arlyka, Sara akhirnya percaya.

Ketika mereka hendak mempelawa Vina masuk, seorang pembantu tiba-tiba datang dengan tergesa-gesa dan memberitahu.

"Tuan, Puan, ada orang di luar yang membuat masalah. Mereka juga telah bertindak kasar kepada dua pengawal sambil berteriak kalau cik Arlyka adalah anak mereka. Mereka juga mengatakan ingin membawa cik Arlyka."

Suasana yang tadinya hangat di sana seketika hancur.

Muka Arlyka berubah pucat lesi.

Jemmy terus-menerus menendang pagar besi besar vila sambil memandang segala yang ada di sekitar dengan perasaan yang takjub. Vila itu sungguh besar dan luas. Ada taman bunga, padang golf peribadi dan juga kolam renang.

"Ayah, ibu, sebentar lagi kita akan kaya raya" Jemmy berkata dengan nada yang bangga. Dia telah membuat keputusan untuk meminta duit pampasan sebanyak yang dia inginkan dari keluarga kaya itu. Sepuluh juta saja tidak cukup untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Dia akan meminta 100 juta.

Tidak boleh kurang walau satu sen sekalipun!

David Hugo merokok sambil menganggukkan kepalanya setuju, sambil berkata " Nak, minta saja berapa banyak pun yang kamu mahu! Kalau mereka menolak memberikannya, maka akan ku hancurkan pagar besi ini!"

Micheal mendabikkan dadanya dengan sombong dan berkata. " Sudah ku duga, rancanganku saat itu akan berjalan lancar. Kalau saat itu aku tidak.. "

" shut.. Sudah, ada yang datang" pintas David memotong percakapan Micheal.

Micheal langsung dia dan menutup mulutnya.

Seperti yang di suruh oleh sang majikan, seorang pembantu datang membuka gerbang pagar besi. Dia berkata dengan wajah yang jengkel. "Tuan dan Puan meminta kamu masuk, silakan ikut saya."

Ketiga orang itu segera memasuki vila.

Mereka melihat dekorasi mewah di dalam vila yang bak istana. Lampu kristal berkilau tergantung tinggi di atas kepala. Setiap perhiasan objek dan design terletak di sana memperlihatkan kekayaan tuan rumah.

Meskipun takjub dengan Kemewahan vila, Jemmy tidak melupakan niat sebenar kedatangannya.

Dia meliarkan pandangannya ke sekitar. Lalu segera mengenali Sara dan Dylan yang duduk di sofa. Dia menegakkan badannya dan berkata dengan berani.

"Kamu adalah Tuan Dylan dan Puan Sara Kan?, kami datang untuk menjemput adikku. Dia dibesarkan di rumah kalian selama lapan belas tahun dan kami juga telah menjaga anak perempuan kamu selama lapan belas tahun. Kerana identiti keduanya sekarang sudah diketahui, mereka perlu kembali ke tempat mereka masing-masing."

Begitu mendengar perkataan abang kandungnya, Arlyka yang bersembunyi di belakang Sara langsung menangis.

" Ibu, aku tidak kenal mereka dan aku tidak mahu ikut mereka. Ini rumahku, aku tidak mahu pergi"

Perhatian David dan Micheal segera tertuju kepada Arlyka yang sedang menangis.

Oh, ini dia anak perempuan mereka.

Gadis itu memakai gaun yang begitu indah. Terlihat bahawa dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Pasangan suami isteri itu saling bertukar pandangan. Lalu mereka serentak menghampiri Arlyka sambil berkata, "Anakku, sampai hati kamu berkata seperti itu. Kami orang tua kandungmu, cepat ikut kami pulang"