08 || HyderZharyella

SETELAH selesai mengebumikan jenazah Tuan Iskandar Deris. Izul masih berdiri di situ bersama Hyden. Orang-orang memandang kasian terhadap Izul. Hyden menoleh ke arah Izul yang berdiri di sebelah kanannya seperti Dinding.

"Iz. Jom balik." Ajak Hyden lembut.

"Aku taknak. Aku nak temankan ayah aku." Balas Izul. Matanya masih menatap kubur ayahnya. Kaki mula rasa lemah.

"Ayah kau dah..." Hyden tidak menghabiskan ayatnya. Dia menggigit bibir bawahnya, tangan nya naik mengusap belakang lehernya.

"Aku tak nak tinggalkan ayah aku seorang diri," ucap Izul. Hyden mengeluh. Dia menarik Izul masuk ke dalam dakapannya. Mulut Izul ternganga luas mengeluarkan esak tangisan kuat. Terasa seperti rahangnya diusap, semakin lebat tangisan Izul.

Hyden terpaksa mengendong Izul dalam gaya bridal style. Tiba sahaja di rumah Izul. Hyden menemani lelaki itu yang kini sudah tidak lagi mempunyai sesiapa dalam hidupnya.

"Goodnight, Iz." Hyden mengucup dahi Izul lalu menyelimuti tubuh itu dengan selimut. Mereka berdua sudah terlelap tidur, menghayati mimpi indah mereka.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

PINTU masuk dan keluar rumahnya dibuka lantas beberapa orang melangkah masuk ke dalam rumah mereka itu.

Zharyella yang masih di dalam biliknya mula merasa gelisah dah takut. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus keluar. Tanganya naik mengusap dadanya supaya tenang.

TOK!! TOK!! TOK!!

Pintu biliknya dibuka terpampang jelas wajah ibu nya, Puan Maira. Zharyella menoleh dan memandang wajah jelita ibu nya.

"Mama." Zharyella bangun dari kerusi itu lalu menghampiri ibu nya. Zharyella masuk ke dalam dakapan ibunya.

"Mama. Siapa dekat bawah?" Tanya Zharyella sedikit gagap. Gelisah sangat tu. Air liur diteguk.

"Ada lah. Kamu kena pergi turun dan tengok siapa dia." Jawab Puan Maira. Zharyella mendongak memandang ibunya, Puan Maira mengusap kepala Zharyella yang sudah ditutup dengan tudung.

"Tapi mama. Ella takut lah," ucap Zharyella lembut. Matanya menatap dalam anak mata mama nya.

"Jangan lah takut. Dia tak makan kamu lah." usik mama nya.

"Hm, okey mama." Zharyella menjawab lembut.

"Think positive, not negative." Kata mama nya. Zharyella mengangguk lalu mereka keluar dari bilik dan turun ke bawah. Saat mereka berdua melangkah menuju ruang tamu. Langkah Zharyella terhenti apabila melihat jejaka yang bakal meminangnya.

"Mama. Itu, bos Ella." Kata Zharyella. Puan Maira tersengih-sengih.

"Ye, mama tahu." ucap mama nya.

"Kenapa? Kenapa dia ada dekat sini?" Soal Zharyella bingung.

"Dia adalah bakal suami kamu." Balas Puan Maira. Zharyella terkejut dan terkaku namun Puan Maira membawa Zharyella menuju dapur dan menenangkan Zharyella.

Setelah itu mereka berdua terus berjalan menuju ruang tamu dimana keluarga Zharyella dan keluarga jejaka itu. Mereka semua kini membincangkan tentang pinangan itu.

Zharyella merasa seperti tidak selesa. Abang ketiga nya yang begitu peka terhadap nya berbisik kepada nya.

"Adik, kau kenapa? Tak senang duduk nampak?" Soal Zayden Asyraad.

"Tu bos Ella. Bukan setakat bos tapi abang angkat Ella juga." Balas Zharyella gelisah.

"Huh? Kau biar betul, dik. Tak cukup lagi ke yang kau tu ada abang lima orang?" Tanya Zayden. Nada suaranya tiba-tiba berubah tegas.

"Mesti lah cukup tapi abang-abang Ella semuanya strict." Kata Zharyella dengan riak berlagak nya. Setelah lama berbincang tentang hal itu. Mereka semua pulang. Zharyella hanya melihat pemergian mereka yang kini akan pulang ke rumah mereka. Matanya hanya fokus pada Bos nya, Tuanku Daniall Amsyar.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

"APA yang akan kita lakukan sekarang, bos?" Tanya Theo. Dia berdiri tegak di hadapan meja pejabat Raez. Kedua-dua tangan berada di belakang nya.

"Soal itu kau tak perlu risau. Aku tahu apa yang perlu dan akan kita lakukan. Just wait." Jawab Raez. Kakinya disilangkan lalu dia memandang ke arah anak buahnya itu.

"Baik, bos. Kalau begitu, saya minta diri dulu." Kata Theo

"Okey." Setelah itu Theo melangkah menuju pintu masuk dan keluar pejabat itu. Setelah dibuka pintu pejabat itu Theo melangkah keluar dari pejabat Raez.

Raez mengeluarkan rokok dari kotak rokok lalu mancis di ambil. Dia menyalakan api lalu dia membakar separuh rokok itu sekilas lalu diletakkan di dalam mulut. Dihirup lalu di hembus keluar.

"Kau tunggu Hyder. Aku akan musnahkan kau." Senyuman sinis terukir di bibir Raez. Rokok dihirup berkali kali dan dihembus keluar asapnya.

Terdapat foto seorang gadis jelita dalam lingkungan umur 19-20+ an. Tersenyum sinis dia melihat foto gadis itu. Gambar itu diambil dari meja lalu di melihat. Ditenung lama.

"Zharyella Asyura." Ucap Raez. Foto itu dibelek-belek sambil melihat foto itu. Kerana kecantikan Zharyella membuat Raez gila lalu dia mencium foto itu.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

ZHARYELLA yang sedang shopping bersama sahabat kerjanya, Siti Aisya di mall mula rasa seperti tidak sedap hati. Mereka saling mengetahui antara satu sama lain. Mereka secara serentak menoleh ke arah belakang dan melihat dua jejaka gagah berdiri di belakang mereka yang sedang memakai uniform tentera.

"Hyder?"

"Qayyum?" Ucap Zharyella dan Aisya serentak. Mereka terkejut. Mereka menatap wajah kedua jejaka itu, menunggu jawapan daripada mereka berdua.

"Fine, kami nampak kau orang jalan berdua. Jadi kami fikir nak ikut. Aku dah cakap taknak tapi di Hyder ni gedik sangat. Katanya nak perhatikan buah hati supaya selamat." Terang Qayyum menjengkelkan. Bola matanya diputarkan saat menoleh ke arah Hyder yang berdiri di sebelah nya yang tersenyum seperti kerang busuk.

"Hmm... I see. Kamu berdua tak ada kerja ke?" Soal Aisya.. Qayyum menepuk dahinya lalu bahu Hyder dipukul keras. Hyder mencebik dan mengadu kepada Zharyella sambil menggoyangkan beg tangan Dior milik Zharyella.

"Sayang. Tengok tu. Qay pukul saya." Adu Hyder yang masih mencebik seperti budak kecil. Zharyella menggeleng kepala namun pandangan nya terhadap Qayyum adalah pandangan maut. Qayyum meneguk air liur lalu menoleh ke arah lain.

"Baby, tak adil lah Hyder boleh mengadu dekat awek dia tapi saya tak boleh ngadu dekat baby." Adu Qayyum terhadap Aisya.

"Siapa kata awak tak boleh?" Kata Aisya. Tangan nya naik membelai rambut Qayyum lembut. Hyder dan Zharyella yang melihat itu terkejut dan terkedu.

"Wait. Korang mana boleh sentuh. Belum halal lah!" Kata Hyder namun mereka tidak menghiraukan apa yang Hyder katakan malah eratkan dakapan itu ada lah.

"Kami dah halal, korang dua aje yang belum, betul tak, baby?" Soal Qayyum. Aisya mengangguk setuju. Mereka berdua masih terkejut. Tidak percayakan apa yang dilihat dan didengari.

"Wait... Jadi, Aisya ambil cuti selama dua minggu tu sebab Aisya kahwin? and pergi honeymoon?"

"Yes, kami berkenan satu sama lain. Kami solat istikharah and jawapan still sama. Jadi, kami terus meminang and kahwin lah. Lepas tu kami pergi honeymoon." Jelas Qayyum. Mereka berdua mengangguk faham. Aisya dan Qayyum masih berpelukan membuat Hyder dan Zharyella ingin muntah namun mahukan itu juga.

"Asyura. Jom kita buat macam tu juga." Kata Hyder tiba-tiba. Zharyella terkejut lalu Zharyella bersuara.

"Haishh... Tak nak lah. Saya belum ready lagi. Tunggu saya berjaya beli Ferrari and BMW M8 lepas tu kita meminang and kahwin." Kata Zharyella. Hyder mencebik namun setelah mendengar perkataan 'meminang dan kahwin' terus tersenyum lebar Hyder.

"Yeay!!" Ucap Hyder gembira. Hyder melompat bahagia, mereka bertiga menggeleng kepala melihat gelagat Hyder.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

SADIYAH yang sedang sarat mengandung enam bulan itu sedang berehat di sofa. Buah-buahan yang sudah dipotong disuapkan ke dalam mulutnya menggunakan garfu sambil matanya fokus menonton K-drama.

"Love." Panggil Zul. Zul menghampiri Sadiyah yang sedang duduk di sofa sambil menikmati buah-buahan dan menonton K-drama. Zul mengambil tempat duduk di sebelah kanan Sadiyah. Tanganya melingkar di bahu Sadiyah. Sadiyah hanya tersenyum manis.

"Sayang." Panggil Zul lembut lalu Sadiyah membalas

"Iya abang?" balas Sadiyah lembut. Dia menyuapkan buah kepada Zul. Zul hanya menggigit dan makan. Setelah mengunyah, Zul menelan lalu kembali bersuara.

"Baby, abang nak request something boleh?" Tanya Zul. Matanya menatap dalam anak mata milik isterinya.

"Apa tu, abang?" Soal Sadiyah sambil memakan buah.

"Mmm, saya nak makan nasi kerabu tapi dekat Kelantan, boleh?" Soal Zul sekali lagi. Sadiyah hampir ketawa lalu dia bersuara...

"Lah, dekat KL ni pun ada nasi kerabu." Kata Sadiyah.

"Tapi saya nak makan nasi kerabu versi Kelantan punya. Alang-alang tu boleh lah kita pergi melawat umi baba dekat Kelantan." Ujar Zul yang mencebik seperti kera. Sadiyah menggeleng kepala nya.

"Hmm, ye lah abang. Kalau itu yang abang mahukan. Bila kita pergi?" Tanya Sadiyah lembut.

"Esok. Pasal sekolah Afiq kita biarkan dulu Kita bagitahu cikgu tu yang Afiq tak boleh datang sebab ada hal keluarga di Kelantan." Balas Zul. Kepala nya disandarkan pada bahu Sadiyah lalu Sadiyah membalas...

"Hmm, iya lah abang kesayangan sayang." Mereka meluangkan masa bersama. Tiba sahaja waktu untuk mengambil Afiq di tadika nya. Mereka terus bergegas dan mengambil Afiq dari tadika nya. Pulang sahaja dari tadika. Mereka berehat bersama, meluangkan masa bersama, dan selebihnya.

BERSAMBUNG....