10 || HyderZharyella

IZUL yang kini tinggal di rumah seorang diri merasakan kesepian yang amat sepi dalam hidupnya. Matanya fokus menonton K-drama yang terlayar di Televisyen. Melihat terdapat scene pembunuhan membuat Izul ingin melakukan sesuatu.

Matanya beralih melihat ke arah pisau yang ada di dapur nya.Dia berdiri dan perlahan-lahan melangkah masuk ke ruang dapur. Pisau itu dicapai olehnya.

Hyden yang dalam perjalanan menuju rumah Izul mula merasa seperti tidak sedap hati dan gelisah. Hyden mula memandu kereta nya dengan kelajuan 160km/h.

Tiba sahaja di hadapan rumah Izul. Hyden terus keluar dari perut kereta menuju pintu masuk dan keluar rumah Izul. Buka sahaja pintu dia terkejut malah terdiam seribu bahasa.

Titisan mutiara mulai mengalir lewat celahan mata nya. Kakinya perlahan membuka langkah menuju ke arah Izul yang kini berbaring lemah di lantai bersama darah yang mula mengalir di perut Izul.

Hyden terduduk di lantai longlai itu kepala Izul di angkat dan diletak pada riba Hyden. Kepala Izul diusap lembut. Titisan mutiara yang mengalir lewat celahan mata nya jatuh mengenai pipi Izul.

Bunyi seperti tingkap ruang tamu dibuka dan seperti ada yang keluar dari tingkap ruang tamu itu. Hyden laju menoleh dan melihat anak buah musuh ketat Hyder, Brayan.

Hyden terpaksa membiarkan anak buah Raez pergi melarikan diri. Ambulans sudah tiba di rumah Izul. Mereka membawa Izul menuju ke Hospital.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

Tuan Zubir dan Puan Amirah masih berada di kampung menjaga ayah Puan Amirah. Adik lelaki Puan Amirah, Tuan Faizal mendapat panggilan daripada Hyden. Telefon yang elok melekat di telinga kanannya jatuh ke lantai.

Mereka sekeluarga yang melihat Tuan Faizal begitu terus menegur.

"Zal, kau kenapa?" Soal Tuan Zubir kebingungan. Faizal menoleh ke arah mereka.

"Izul."

"Kenapa dengan Izul?" Soal Puan Anisah lembut.

"Izul ada dekat hospital sekarang. Hyden kata Izul kena tikam." Beritahu Tuan Faizal. Mereka semua terkejut. Jantung Puan Anisah berdegup laju semakin laju membuat Puan Anisah mendapat serangan jantung.

Mereka cuba menenangkan Puan Anisah. Faiz menghampiri mereka dengan inhaler asma lalu diberikan kepada Tokmi nya. Setelah lega sedikit, mereka mula berbincang untuk pergi ke hospital. Cukup lah hanya 5 orang atau 3 orang.

"Zubir." Panggil Faizal sayu. Zubir menoleh ke arah Faizal.

"Iya, Zal? Kenapa?" Tanya Zubir.

"Aku sayang Izul. Aku anggap Izul macam anak aku sendiri. Please, apa-apa terjadi beritahu aku." Kata Faizal. Zubir hanya mengangguk lalu berkata.

"Mungkin Izul dan arwah Izal kembar berbeza ibubapa. Wajah mereka terlalu sama seperti kembar." Kata Zubir dan Faizal mengangguk setuju.

"Aku pun fikir begitu, sebab itulah aku layan Izul macam mana aku layan arwah Izal. Allah terlalu sayangkan isteri dan anak aku." Ucap Tuan Faizal lembut tapi sayu. Tuan Zubir mengangguk faham tangan nya naik menepuk bahu Tuan Faizal lembut. Tuan Faizal hanya senyum lembut.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

LAUK-PAUK yang ada di atas meja itu ditenung lama. Pinggan di ambil lalu nasi di kaut dan di letakkan pada pinggan. Dia mula menjamu selera.

Setelah lama, perut sudah kenyang. Dia juga mengeluarkan sendawa menandakan dia sudah kenyang. Para maids datang mengambil pinggan dan barangan kotor di meja.

Dia berdiri melangkah menuju ruang tamu. Bunyi ketukan pintu membuatnya menoleh ke arah pintu masuk dan keluar rumahnya.

"You can come in." Lelaki disebalik belakang pintu itu masuk. Matanya naik memandang lelaki yang kini ada dihadapannya.

"Raez. Aku nak bekerjasama dengan kau," kata si lelaki yang lingkungan umur 20-25 itu.

"Dengan aku? Untuk?"Tanya Raez dingin.

"Untuk musnahkan Hyder." Jawab si lelaki. Raez mengeluh.

"Fahmi. Kau tu dulu seorang nerd yang kena buli tapi Hyder yang selamatkan kau. Dan pembuli itu adalah aku." Katanya dingin. Fahmi mengerti. Raez mula menghisap rokok nya.

"Kau tak patut bekerjasama dengan aku." Ucap Raez.

"Tapi Hyder maki, marah, pukul dan tendang aku." Raez mengerti lalu Raez menggeleng kepala nya.

"Dia buat macam tu sebab kau rogol dan bunuh adik perempuan dia!" Tengking Raez, terkejut Fahmi apabila ditengking.

"Aku—" Tidak sempat Fahmi ingin menghabiskan ayatnya Raez memotong percakapan nya.

"Kau rogol perempuan yang aku suka. Kau bunuh orang yang aku suka!" Marah Raez dingin namun tegas. Fahmi meneguk air liur nya.

"Aku... Aku tak sengaja," Ujar Fahmi.

"Tak sengaja?! Sengaja atau tak sengaja aku takkan pernah bersubahat dengan kau!" Ujar Raez dingin. Mata kebiruannya naik memandang wajah Fahmi.

"Berambus!" kata Raez dingin. Fahmi menatap wajah Raez. Fahmi terus keluar dari rumah agam milik Raez. Fahmi mengeluh.

・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・

ZHARYELLA yang sibuk fokus membeli novel di kedai bookstore bersama Aisya disapa seseorang yang tidak dikenali.

"Miss Zharyella kan?" Tanya si gadis pekerja bookstore ini.

"Iya saya, ada apa ye?" Soal Zharyella.

"Bookstore ni sudah jadi milik Puan Zharyella. Jadi, semua buku yang ada disini Puan boleh pilih, ambil dan bawa pulang." Beritahu pekerja wanita itu. Zharyella dan Aisya yang mendengar itu terkejut. Terbeliak mata mereka.

"Wait tapi kenapa tiba-tiba?" Soal Zharyella bingung.

"Ini semua atas arahan Tuan Hyder." Kata pekerja wanita itu. Zharyella melihat ke arah nametag yang ada di atas dada wanita yang bertudung itu. Mulutnya membaca nama itu 'Fazura'.

"Tapi kenapa tiba-tiba? Saya masih tak faham lah." Kata Zharyella. Fazura mengangguk mengerti. Fazura menerangkan semuanya kepada Zharyella. Akhirnya Zharyella dan Aisya faham.

Dia mula mengukir senyuman manis pada bibirnya. Pipi nya mula memerah padam. Crush. Belikan bookstore ni untuk kita? Awwwww... suka nya.

Selesai sahaja memilih, Zharyella dan Aisya membawa pulang novel dan buku yang mereka pilih. Akhirnya mereka pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan gembira.

BERSAMBUNG...