Pada pukul 6:45 p.m,
"Elena, turun kejap. Papa nak cakap sesuatu" Rizal berdiri di tangga.
"Ye" suara Elena kedengaran dari atas.
'Tap, tap, tap, tap' Elena menuruni tangga.
"Ada apa, papa? " Tanya Elena
"Nak ikut tak? Motocross" Rizal memberikan pakaian hitam kepada Elena.
"Boleh.yey! " Elena mula senyum dan menerima pakaian itu daripada ayahnya.
"Tapi. Elena masih marah dengan papa ke? " Rizal memegang bahu kanan anaknya
"Tak. Elena faham kalau lelaki tu mungkin tak bahagiakan Elena macam papa bahagiakan Elena". Elena tunduk dan memainkan jarinya.
" maafkan ayah ye. Ayah tak mampu nak buat lebih untuk Elena. Ayah nak Elena tahu, benda yang paling ayah takutkan adalah melihat orang yang ayah sayangkan disiksa dan dipukul. Okey? " Rizal mengelap air mata puterinya
"Tak apa papa. Mesti papa penat, kan? Nak jaga Elena lepastu kena buat kerja. Pengorbanan papa tak setanding dengan air mata yang menetes oleh kerana Imran tu. Papa lah yang terbaik. Papa dah berjaya ambil peranan untuk menjadi ibu dan ayah". Rizal rasa terharu mendengar akan hal itu.
"dah naik dan tukar baju" Rizal menyuruh Elena.
'Tap, tap, tap, tap' bunyi tangga dinaiki oleh Elena.
Beberapa minit kemudian,
Damian datang ke Rizal yang sedang berdiri di bawah tangga
"Ehh? Zal. Mana Elena? "
"Sini" Elena berada di tangga sambil memakai topi keledar. Mulut Damian ternganga sedikit dan matanya terbeliak
"Hoi, apasal muka kau macam tu, Mian? " Rizal heran melihat Damian.
"Tak ada apa-apa" ucap Damian
Apabila berada di Motorsport,
Elena, Damian dan Rizal sedang mencari topi keledar yang sesuai.
Elena memilih topi keledar yang berwarna merah jambu berserta corak api berwarna hitam.
Damian pula memilih topi keledar warna hitam dengan corak harimau warna oren.
Rizal memilih topi keledar warna biru dengan corak ombak warna baby blue.
Rizal juga menyewa seorang pangadil untuk mereka.
Mereka tiba di barisan permulaan motocross,
"Dalam kiraan" pengadil mengambil wisel
"1"
"2"
"3. Pruffffd" wisel dibunyikan.
Mereka berada di dalam persaingan sengit,
Elena mendahului Rizal dan Damian, tapi Rizal dan Damian mengejar rapat.
Rizal berhati-hati kekal di posisi ketiga tetapi memerhati pergerakan lawan untuk mencari peluang.
"Elena, pak cik yakin. Pak cik yang akan menang" kata Damian menjeling ke arah Elena.
"Ouhh.. Pak cik yakin? " Elena tersenyum sinis.
Saat kedua-dua lawan sedang berbual, inilah peluang Rizal untuk menang, Rizal melewati trek berbonggol. Rizal lompat tinggi dengan motornya untuk melepasi Damian dan Elena.
Damian dan Elena kagum melihat Rizal dan aksinya itu. Lalu Rlena dan Damian fokus terhadap jalan di depan.
Kini ketiga-tiga mereka bersebelahan, hanya tinggal 100 meter ke barisan penamat. Namun Damian dan rizal sama-sama laju, tetapi Elena pecut dari belakang. Elena tiba di barisan penamat terlebih dahulu.
Damian mengalih perhatian Rizal dengan memberitahu bahawa ada bonggol di depan. Rizal panik dan Damian melepasi garisan penamat. Juara ialah Elena dan tempat kedua dimenangi oleh Damian.
"Tahniah! " Rizal mengucap taniah kepada kedua-dua lawan.
"Tak apa, Zal". Rizal dan Damian bersalam.
" yey! " Elena gembira dan memeluk Rizal dan Damian.