terpaksa kehilangan

Hari ke 4,

Rizal dan Elena berada di dapur untuk sarapan.

Rizal memandang tingkap di dapur. Sedangkan Elena membuat roti bakar untuk Rizal dan Damian.

Eoena membawa roti bakar untuk Rizal yang berdiri di depan tingkap

"Papa, nah"

"Terima kasih" Rizal mengambil roti bakar itu.

"Papa, pak cik tak bangun lagi ke? " tanya Elena.

"Tak. Biarlah dia tidur dulu. Mesti penat tu" jawab Rizal.

"Elena, papa nak cakap sikit, boleh? "

"Apa dia? " Elena memandang Rizal.

"Nak, setiap kali Elena melihat matahari terbit, anggaplah pelukan dari papa. Setiap kali hujan turun, anggaplah itu air mata rindu dari papa"

"Kan.. Mula lagi papa ni. Elena tak faham, kenapa papa tiba-tiba bagi ayat ni kat Elena? Seolah-olah papa tahu bila hari papa" bebel Elena.

"Takde. Ni yang dinamakan nasihat, nak"

Tiba-tiba, Rizal muntah

"Papa! Papa! Papa kenapa ni? Roti bakar Elena tak sedap sangat ke? Papa? " Elena risau dan menepuk-nepuk belakang ayahnya.

Damian berlari menuju Rizal dan Elena.

Rizal perlahan-lahan baring ke atas lantai selepas muntah dan mukanya mula pucat ibarat mayat dan pengsan.

"Papa! " Elena menangis.

"Zal! Zal?! Elena call ambulans! " Damian menepuk pipi Rizal dengan lembut untuk memastikan bahawa dia masih hidup.

"Hello! 999?! Tolong! ..... " Elena menelefon nombor kecemasan.

15 minit kemudian,

Ambulans tiba. Rizal masih tidak sedarkan diri..

Di hospital,

Rizal dimasukkan di ruang ICU, dan doktor keluar dari bilik tersebut

"Siapa di sini keluarga mangsa? " tanya doktor sambil melihat Elena dan Damian

"Saya! Saya! " Elena menangis teresak-esak.

"Baiklah, macam ni. Dia ada kanser otak. Sebanarnya dia dah lama ada kanser ni. Dia dah sampai tahap yang penyakit tu tak dapat dirawat mahupun dipulihkan. Salah satu caranya adalah kamu terpaksa melepaskan dia pergi. Kamu ada masa 24 jam untuk melihat dia. Semoga bertabah ye".

Elena terduduk dan menangis dengan kencang saat mendengar hal tersebut.

Damian cuba menenangkan Elena.

" dah Elena. Jom masuk bilik Rizal. Kita boleh jumpa dia 24 jam je ni tahu" Damian cuba menenangkan Elena.

Damian membantu Elena berdiri dan berjalan sehingga ke bilik rawatan Rizal.

Elena dan Dmaian melihat Rizal terbaring dengan wajah yang pucat sambil memakai alat pernafasan.

"Papa! Papa! Kenapa papa nak tinggalkan Elena! Kenapa! " Elena duduk di lantai sambil menangis di tangan Rizal.

"Elena. Sabar Elena". Damian mengelus belakang Elena.

" Elena, jangan menangis terlalu lama sebab papa, nak. Sebab papa nak kamu terus tersenyum, terus hidup dengan baik dan kejar impian kamu. Papa tak boleh pasti akan sentiasa bersama, tapi satu hal yang pasti... Papa akan sentiasa mencintai kamu, tak kira di mana pun ayah berada".

Elena berdiri dan menutup kedua-dua matanya dengan kedua-dua tangannya. Elena menumbuk dinding untuk melepaskan geram. Damian hanya mampu menangis tanpa riak wajah dan diam.

Keesokan harinya,

Elena tidur di samping ayahnya. Sedangkan Damian berada di luar bilik.

Elena bangun, Elena melihat ayahnya bangun dengan senyuman yang lemah, tapi tetap cuba buat Elena nampak tenang. Elena tahu,masa yang tinggal cuma beberapa jam lagi. Elena memegang tangan ayahnya yang sejuk. Tak banyak yang Elena faham, tapi dia tahu yang ayahnya sekain jauh darinya.

Air mata Elena jatuh, tanpa dapat dihentikan, walaupun ayahnya hanya tersenyum lemah.

Rizal cuba berkata sesuatu kepada anaknya iaitu Elena. Namun, suaranya lemah dan sukar keluar

"Kamu akan membesar tanpa papa di sisi, tapi itu tak bermaksud kamu sendiri. Ada orang yang menyayangi kamu, dan papa percaya kamu akan temui kebahagiaan kamu sendiri. Nanti mama dan papa akan tunggu kamu ye, nak. Teruskan hidup".

Elena menangis dan mengigit mulutnya untuk menahan tangisan.

Masa yang tinggal hanya 3 jam,

Elena mengambil foto dengan ayahnya untuk kali terakhir.

Elena cuba untuk tersenyum demi menahan kepahitan yang akan berlaku.

" puan, ini makanan untuk pesakit bernama Rizal " nurse datang sambil membawa makanan ayah Elena.

Damian yang berada di dalm bilik itu, mengambil gambar bersama mereka berdua.

"Papa, nah.. Kapal terbang nak masuk mulut papa" Elena menyuapi ayahnya dan meneteskan air mata. Rizal mengelap air mata di pipi anaknya.

"Papa, terima kasih tahu sebab dah jaga Elena dan mengambil peran sebagai ibu bapa. Nanti tunggu Elena ke syurga ye?.. " suara Elena bergetar, mata Elena berkaca.

1 jam kemudian,

"Elena, papa dah tak ada banyak masa dah ni... Maafkan papa ye,sayang.... Papa tak boleh temani kamu lebih lama" Rizal mengusap tangan anaknya dengan ibu jari.

"Maafkan Elena juga, papa. Sebab Elena tak sempat nak bahagiakan papa dan menjaga papa" Ucap Elena.

"Damian" Rizal memanggil Damian.

"Ye, Zal" Damian menarik dan menghembuskan nafas agar dia tidak menangis.

Damian menghampiri Rizal dan berlutut lalu memegang tangan kiri Rizal.

"Tolong gantikan aku, Mian. Tolong jaga anak aku. Jaga dia macam aku jaga dia, tolong. Dialah satu-satunya yang aku ada. Aku percayakan kau" mohon Rizal

"Baiklah, Zal. Kau dah macam abang aku sendiri. Tak mungkin aku akan cederakan anak kau. Jangan risau. Aku janji aku akan jaga dia" mata Damian mula berkaca.

Tibalah masanya,

Rizal terbaring di atas katil seolah-olah tak berdaya. Wajahnya pucat seperti mayat. Doktor-doktor berkumpul di dalam bilik itu. Elena dan Damian berdiri di hujung katil Rizal.

Elena terlebih dahulu menangis sedangkan Damian hanya memandang ke bawah dan perlahan-lahan air matanya turun.

"Elena... Jaga diri ye... " ucapan terakhir dari Rizal untuk anaknya.

'Tiiiiiittt..... ' jantung Rizal berhenti.

"Papa!! " Elena menangis histeria.

Damian memeluk Elena untuk menenangkan Elena.

"Nama Rizal anak Hendry

Umur 39 tahun

Mati pada pukul 8:15 am" doktor mengucapkan tarikh pengumuman kematian Rizal.Dua jururawat menutup seluruh badan Rizal dengan kain putih.

"Saya turut bersimpati ye... " setiap doktor yang berada di bilik tersebut mengucapkan hal yang sama dan mengusap belakang Elena atau menepuk bahu Elena.