Selepas kehilangan sang buah hati akibat kecuaian suami sendiri, Safiyah diusir dari rumah oleh keluarga mertua. Dia ditinggalkan, dihina dan tanpa arah dia terpaksa meneruskan perjalanan hidupnya. Takdir Allah telah menemukan dia dengan seorang CEO yang bernama Haris Iskandar. Kisah mereka berbeza namun hampir sama. Alia ditawarkan untuk berkhidmat dengan Haris Iskandar sebagai pengasuh anaknya yang baru berusia enam bulan. Dengan kasih yang masih tersisa, Safiyah mengasuh anak Haris Iskandar seolah-olah dia mengasuh anaknya sendiri. Setiap pelukan, setiap senyuman si kecil menyembuhkan luka dihatinya. Dalam tak sengaja, Haris Iskandar mula melihat wanita ini lebih dari seorang pengasuh anaknya. Haris Iskandar mula merasakan wanita yang bernama Safiyah itu mungkin ditakdirkan untuk mengisi kekosongan hati mereka berdua. Namun, mampukan kisah luka sembuh sepenuhnya? Atau masa lalu akan menghancurkan apa yang baru dibina?