Bab 10: Jealous Level: 100%
Hari ke-29 tinggal bersama.
Festival Musim Luruh bermula hari ini.
Seluruh sekolah dihiasi kain warna oren dan kuning, daun kering ditabur sepanjang koridor, dan bau yakisoba serta jagung mentega memenuhi udara. Suasana meriah, bunyi sorakan dan muzik kedengaran dari pelbagai booth.
Haruna memakai yukata ringkas warna biru gelap, rambut disanggul separuh. Dia berdiri di booth kelas mereka, menyusun minuman berkarbonat dalam baldi ais.
"Haruna-chan!"
Toma datang, juga dalam yukata. Tangannya bawa dua cup ais krim.
"Aku belikan untuk kau."
Haruna terima dengan senyum. "Terima kasih."
Mereka duduk di bangku hujung taman kecil sekolah, tempat tak ramai pelajar lalu.
Tapi, tanpa Haruna sedar, dari jauh… Keisuke perhatikan mereka.
Keisuke berada di booth permainan tradisional, membantu kelas 3-B. Dia pakai jinbei gelap, rambut sedikit basah kerana bantu setup awal pagi tadi.
Di sebelahnya, Shiori senpai datang semula — kali ini ajak bergambar "sebagai pasangan pentas."
Shiori ketawa kecil sambil pegang telefon.
"Keisuke-kun, tolong rapat sikit. Kamera ni tak cukup wide."
Keisuke hanya ikut… tapi jelingannya meleret ke arah Haruna dan Toma.
Waktu Shiori peluk lengannya dan klik gambar, Haruna ternampak.
Dan dadanya... bergetar pelik.
Malam itu, Haruna dan Keisuke balik bersama. Jalan kaki dari festival ke rumah mereka agak sepi, hanya ditemani bunyi cengkerik dan angin musim luruh yang lembut.
Tiada siapa bersuara.
Keisuke simpan tangan dalam poket.
Haruna pula genggam beg plastik kecil berisi hadiah dari booth permainan.
Mereka berhenti di depan vending machine.
Haruna bersuara dulu.
"Kau nampak bahagia dengan Shiori tadi."
Keisuke tersentak. "Bukan macam tu…"
"Tak apa," Haruna potong. "Kau berhak. Lagi pun... kau bukan milik aku."
Keisuke pandang dia. "Kenapa kau cakap macam tu?"
Haruna berpaling.
Dan tanpa fikir panjang, dia bersuara:
"Aku rapat dengan Toma sebab aku fikir... mungkin aku patut berhenti tunggu sesuatu yang tak pasti."
Keisuke terdiam.
Angin malam meniup rambut Haruna perlahan.
"Aku fikir kau suka dia," kata Keisuke akhirnya.
"Dan aku fikir kau tak kisah," balas Haruna.
"Mana mungkin aku tak kisah...!" suara Keisuke tiba-tiba naik sedikit. "Aku… aku…"
Dia berhenti. Nafas berat.
"Aku tak tahu nak letak semua ni dalam kata-kata."
Haruna melangkah satu tapak lebih dekat.
"Kau tak perlu guna kata-kata. Cuma jawab satu soalan."
Keisuke angguk perlahan.
"Waktu aku duduk dengan Toma, hati kau rasa apa?"
"Rasa… pedih. Marah. Dan…" Dia tunduk.
"Takut."
"Takut?"
"Takut kehilangan sesuatu yang aku sendiri belum pasti aku layak miliki."
Mereka berdiri diam. Masing-masing terlalu jujur dalam hati, tapi lidah masih separuh terikat.
Haruna akhirnya berkata perlahan:
"Kita hanya ada satu hari lagi…"
Keisuke angkat kepala, pandang dia dalam-dalam.
"Kalau aku minta kita sambung... bukan atas nama markah. Tapi atas nama perasaan. Kau akan…"
Haruna letakkan jari telunjuk ke bibirnya.
"Shhh. Aku belum bersedia jawab."
Tiba-tiba bunyi mercun kecil dari arah sekolah. Mereka berpaling ke langit, melihat bunga api kecil berwarna biru mekar di udara malam.
Dan dalam cahaya itu, Haruna bersuara perlahan:
"Jealousy tu menyakitkan. Tapi rasa hilang kau… lebih sakit."
Malam itu, dalam rumah sewa kecil mereka, Keisuke tidur lambat. Dia duduk di meja belajar, melihat satu gambar — gambar dia dan Haruna yang diambil waktu tugasan pasangan minggu lalu.
Haruna pula duduk di tepi katil, menulis dalam jurnal tugasan.
"Hari ke-29. Aku sedar, aku bukan lagi berlakon. Aku benar-benar suka 'suami' aku."
Tamat Bab 10