Aiman merupakan anak tunggal yang berumur 20 tahun. Aiman seorang yang sangat baik tanpa disedari ramai. Aiman selalu percaya pada diri sendiri kerana Aiman tahu Aiman seorang yang kuat. Banyak halangan yang Aiman tempuhi dari kecil sehingga dewasa.
"Ya aku seorang yang tidak akan gagal"
kata Aiman pada dirinya sendiri. Aiman masih berasa dirinya seorang yang kuat tetapi hanya diri dia sahaja boleh atasi semua masalah. Aiman menghadapi penyakit "Anxiety" dan "depression" kerana berkemungkinan dari masa silam kecilnya.
Kesedihan selalu ada pada diri Aiman cuma tiada siapa yang akan lihat terutama ibu dan bapanya. Aiman seorang yang pendiam dan tidak pernah mengganggu ketenteraman orang lain. kisah ini bermula dari sejak kecilnya.