Seorang pria bertubuh kurus dengan rambut kuning dan mata biru dipanggil oleh ibunya.
“Andrian Joseph, adakah kamu sudah bersiap? Kita harus pergi sekarang untuk menyambut ulang tahun Malik Zanagi,” kata ibunya.
Andrian menoleh dan menjawab, “Sudah, ibu. Adakah kita benar-benar perlu ke Kerajaan Zanagi?”
“Ya,” balas ibunya dengan lembut. “Ini adalah undangan rasmi dari Kerajaan Zanagi bagi menyambut kunjungan ayahmu.”
Elisa Bryi mengukir senyum kecil. “Kita harus segera berangkat sebelum jam enam petang. Adakah kamu sudah berasa lebih baik? Dan sudahkah kamu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor?”
“Sudah, ibu… tetapi aku masih belum sembuh sepenuhnya daripada penyakit aneh ini,” balas Andrian perlahan.
Andrian sering mengeluh kerana penyakit itu menjadikan tubuhnya lemah dan dia kerap pengsan. Ibunya mengusap kepala Andrian dengan penuh kasih sayang.
“Ibu yakin kamu akan sembuh, Andrian. Percayalah, tidak lama lagi kamu akan kembali sihat,” bisiknya lembut.
Elisa menambah, “Doktor juga berkata penyakitmu akan sembuh dalam tempoh sebulan, paling lama.”
Namun, di sebalik senyum manis itu, tersembunyi niat dan rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
“Baiklah, kita harus bergerak sekarang. Ayahmu sudah lama menunggu di pintu hadapan,” ujar ibunya lagi.
Seorang pria tua dengan topi berwarna gelap, berambut perang dan bermata biru sedang berdiri di hadapan pintu utama. Wajahnya kelihatan tegas namun tenang, sambil memerhati isterinya dan anaknya yang baru sahaja keluar dari rumah.
Zall Joseph, ayah kepada Andrian Joseph, mengeluarkan jam saku dari poketnya yang menunjukkan pukul 12:20 tengah hari. Dia menghela nafas perlahan sebelum berkata dengan suara tegas,
“Kamu berdua lambat sekali. Kita harus segera ke kereta kuda. Pelayan sudah sedia menunggu di luar bersama kuda.”
“Maaf, ayah,” ucap Andrian. “Saya baru sahaja makan ubat yang diberikan oleh doktor. Kata ibu, saya akan sembuh paling lama dalam setahun,” ujarnya dengan gembira.
Zall Joseph tersenyum kecil dan berkata, “Ayah sudah tahu, kita harus segera pergi.”
Namun, di sebalik senyumannya yang manis, tersimpan niat jahat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Seorang pelayan segera membukakan pintu kereta kuda, lalu keluarga Joseph melangkah masuk ke dalamnya. Di dalam kereta, Zall Joseph dan isterinya, Elisa Bryi, berbincang perlahan. Dalam perbualan itu, Zall Joseph sempat menghulurkan sebotol ubat kecil kepada isterinya sambil mengangguk dan tersenyum.
Andrian pula menikmati pemandangan dari balik jendela kereta kuda. Dia tersenyum sambil berkata dalam hati,
“Bila aku sudah sembuh… aku ingin membantu kedua orang tuaku dan belajar di sekolah ternama seperti yang selalu aku baca di surat khabar.”
Selama ini dia jarang keluar rumah kerana penyakit aneh yang membuatkan tubuhnya lemah dan tidak tahan lama di bawah sinar matahari.
Elisa Bryi memandang anaknya sambil mengukir senyum. Dia memberikan ubat yang baru diterima daripada suaminya kepada Andrian.
“Ini ubat kamu, makanlah dulu,” kata ibunya dengan lembut.
Andrian mengerutkan dahi, sedikit kehairanan. “Bukankah saya sudah makan ubat dari doktor tadi, ibu?” soalnya perlahan.
Elisa Bryi hanya tersenyum masam. “Lebih banyak makan ubat, lebih cepat kamu akan sembuh,” balasnya tenang.
Dia memberikan ubat itu bersama segelas air putih. Tanpa banyak soal, Andrian mengambil ubat tersebut, memasukkannya ke dalam mulut dan meneguk air sehingga habis.
30 minit kemudian, Andrian tiba-tiba merasakan sakit kepala yang amat sangat. Kepalanya berpusing, matanya terasa berat. Ketika dia cuba melihat ke hadapan, dia mendapati kedua-dua orang tuanya, Elisa Bryi dan Zall Joseph, sedang tersenyum… namun senyuman itu kelihatan mengerikan, penuh kejahatan.
“Andrian memejamkan matanya, tubuhnya lemah lalu terjatuh ke tepi tempat duduk di dalam kereta kuda.”
Zall Joseph segera mengetuk dinding hadapan kereta kuda, memberi isyarat kepada pemandu.
Kereta kuda itu serta-merta berhenti. Tidak lama kemudian, pintu kayu terbuka, menampilkan wajah seorang pelayan yang bertubuh kurus, rambut biru sedikit panjang dan mata hitam yang menunggang kuda sejak tadi. Pelayan itu tersenyum sinis, matanya memancarkan niat buruk.
“Kerja bagus,” ujar pelayan itu. “Seperti janji kita tiga belas tahun yang lalu… saya akan membayar anak ini dengan harga 100.000 pound.”
Zall Joseph tersenyum puas. “Kirim sahaja wang itu ke Kerajaan saya.”
Pelayan itu mengangguk. Tanpa membuang masa, dia mengeluarkan sebuah karung hitam dan dengan kasar memasukkan tubuh Andrian yang tidak sedarkan diri ke dalam karung tersebut.
Dari kejauhan, sebuah lagi kereta kuda yang sejak tadi mengekori mereka turut berhenti di tepi jalan.
Sebelum pelayan itu beredar, Zall Joseph sempat bertanya dengan suara perlahan, “Kita sudah merancang semua ini selama tiga belas tahun… bolehkah saya tahu nama sebenar anda, tuan?”
Pelayan itu terdiam selama dua minit. Udara terasa sepi, hanya bunyi kuda bernafas kedengaran.
Kemudian dia menjawab dengan senyuman dingin, “Panggil sahaja aku… Mr. A.”