"Penatnya.." Asya melompat ke atas katil setelah sampai ke rumah, matanya berasa berat dan mengantuk tanpa menyalin pakaian Asya terus lelapkan mata seketika sebelum mengulangkaji. 'Asya tak perlu tahu siapa dia, yang Asya perlu tahu dia tinggalkan Asya kerana dia tidak menyayangi Asya lagi' ' tapi kenapa ibu, kenapa dia tak sayang Asya?' ibunya hanya memandang kosong ke arah Asya tanpa balasan ibunya pergi meninggalkannya, Asya memanggil ibunya tetapi dia tidak berpaling ke arahnya lagi Asya menangis sekuat hati dan tersedar dari tidur, " lah mimpi rupanya" Asya menyapu air mata yang mengalir akibat mimpinya itu tadi "mimpi pun boleh menangis" kata Asya sambil ketawa dengan sinisnya. Dalam kesunyian malam telefon Asya berdering dia melihat nama ibu terpapar di skrin telefon ,"ya ibu, kenapa tak tidur lagi" tanya Asya " ibu nak cakap ibu nak datang esok jumpa Asya dekat rumah Asya, bila Asya sampai rumah?" " ibu nak datang buat apa? tak kerja ke esok ?" apa yang aku merepek ni mak sendiri nak datang pun tanya, " ibu nak jumpa anak sendiri pun tak boleh dah ke sekarang?"balas ibu dengan nada suara yang perlahan, hmm merajuklah tu dah boleh agak dah " hehe ibu Asya gurau je, ibu nak datang bila-bila masa pun boleh Asya suka kalau ibu ada" " hmm yela habis kelas petang esok ibu datang" kata ibunya sebelum memutuskan talian telefon, setelah mematikan telefon Asya bangun dari katil menuju ke kamar mandi apabila sedar bahawa dirinya tidak mandi dari balik kelas tadi, ' haih Asya ikan pun tak bau macam kau, jom mandi !!! ' teriaknya seorang diri.
Seawal 6:30 pagi Asya keluar dari rumah untuk berangkat ke Universiti, maklumla perjalanan dari rumahnya ke sana memakan masa sebanyak 20 minit, dia tidak ingin lewat tiba sekiranya ada kelas pagi. Setibanya dia di sana sahabat baiknya Amy menyapa " Asya awal kau harini" " bukan aku yang awal kau yang lambat" balasnya sambil membuka nota yang dibuatnya semalam, " kau ni kan dalam sehari tak perli aku tak boleh ke? aku bukannya sengaja lambat" katanya sambil membuat muka "yelah Amy kau tak lambat dan kau tak akan lambat kalau tak berbual dengan teman lelaki kau dalam telefon sampai pagi, apa nak jadi dengan kau ni" " amboi sedapnya mulut kau Asya dah lama tak makan kaki nampak gaya ni" Amy dalam kedudukannya yang bersedia untuk mengangkat kaki tiba-tiba mereka berdua berhenti bergurau apabila mendengar bisikan-bisikan kecil dari orang sekeliling yang menyebabkan mereka berdua berpaling untuk melihat apa yang berlaku, kelihatan seorang lelaki yang tampan lalu di hadapan mereka " boleh tahan mukanya " desis hati Asya tapi siapa tu kenapa semua berhenti apabila dia melintas? dalam leka memandang kawannya berkata
"mesti kau tertanya-tanya siapa dia tu kan? kalau kau nak tahu tu Hafiz, pelajar perniagaan macam kita juga semester 4 " kata Amy tanpa menunggu respon Asya, Asya hanya mengangguk faham apabila mendengarnya, "kenapa handsome ke? dia tidak berpunya lagi, kalau kau nak bolehlah mencuba nasib mana tahu sangkut lepas tu kahwin" usik Amy " merepek apa kau ni aku ni malas nak cuba nasib ikutkan hati nak minta ibu aku tolong carikan untuk aku, pilihan ibu selaluya betul" balas Asya sambil berlari meninggalkan Amy " tunggu!!!!" mereka berlari seperti kanak-kanak menuju ke kelas. Dari jauh Hafiz memerhatikan gelagat mereka berdua sambil tersenyum 'comel'desis hatinya sebelum melangkah pergi.