03

"Tuan, fail untuk meeting petang esok saya dah letakkan di atas meja dalam pejabat Tuan." kata Ain selaku PA kepada CEO Haji Syed Hamid, "baiklah terima kasih, awak boleh keluar sekarang." PAnya menunduk hormat sebelum keluar dari ruangan Haji Syed, leka Haji Syed melakukan kerja tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk lagi,"masuk"katanya, " Tuan, saya dah dapatkan maklumat yang tuan mahukan" lelaki itu menyerahkan dokumen ke tangan Haji Syed," mana dia berada sekarang?" lelaki tersebut menjawab kesemua soalannya dengan lancar, Haji Syed mengangguk faham dan menyuruhnya untuk keluar 'begitu rupanya' desis hatinya

Masih terngiang-ngiang perbualan Asya bersama ibunya walaupun sudah seminggu berlalu' aku ni mimpi ke, kalau aku mimpi tolonglah bangun' katanya, "mimpi apa" tegur Amy yang baru sahaja datang, "tak ada apa" Asya mengelak dari menjawab soalan Amy itu tadi , "yelah tu, aku datang ni nak jemput kau, jom lah" katanya sambil menraik tangan Asya, "jemput? ke mana ni?" Asya kebingungan, "kau ni tak baca mesej dalam group eh? kita ada perjumpaanlah untuk karnival tu esok, nak bagi baju untuk kau pakai masa jualan tu nanti"Amy hanya menarik tangan Asya kerana tahu kalau dia berbahas dengan Asya soal hal ini samapi ke esok tidak akan selesai, "dah jom" katanya Asya hanya mengikuti dengan rela.

dalam perjumpaan tersebut Asya banyak mendiamkan diri dan hanya terima sahaja pakaian yang dipilih oleh rakan-rakannya. "ha yang ini okay kan sebab baju macam ni sekarang sedang menjadi trend dalam kalangan belia" kata Amy, " hmm, cantik, awak rasa macam mana Asya? sesuai tak dengan awak untuk pakai esok?" "saya tak kesah, mana-mana pun cantik, tapi saya tak nak yang ketat dan singkat tu je"balas Asya dengan ringkas, "baiklah kalau macam tu yang ini" Amy menarik satu baju blouse berwarna putih yang dihiasi bunga berwarna hijau lumut, " cantik saya suka" kata Asya, "okay baju dah untuk kau dah pilih sekarang baju untuk pasangan kau pula"mereka mencari baju untuk seorang lagi, pasangan aku? "pasangan aku? maksud kau Hafiz ke? aku kena pakai baju sama macam dia ke esok?"tanya Asya dengan nada yang kurang pasti, "yelah nama pun pasangan kau dengan dia kan jaga gerai bersama esok, mestilah pakai baju sama, we called it 'C.O.U.P.L.E T.E.E'

apa!!! terbangun Asya bila terdengar perkataan itu " jangan mengarut boleh tak, aku tak nak ", " Asya kau dah setuju haritu masa meetingkan, tak akan kau nak batakkan macam tu je" kata Amy sambil mendekati Asya, "lagipun kau yang cakap bagi tak kesahkan, kau ikutkan je, tak ingat ke?" haishh kenapalah aku cakap macam tu, tak akan nak tolak pula lepas mereka dah cari baju yang sesuai, tapi kalau aku terima aku kena hadap benda yang aku tak suka esok, mesti ramai perempuan yang datang nak marah aku, aku tak nak kena baling dengan telur esook!!! menjerit Asya dalam hati "okay"katanya, "yess, terima kasih Asya" Amy dan rakannya yang lain sudah lega apabila dia berkata begitu, 'haishh hati kata lain, mulut kata lain, nasiblah kau esok Asya', senyumnya sambil melihat rakan-rakannya itu.